Selamat Datang Ke Laman Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) (1/13/2010 2:02:51 PM)
Kemaskini:
8 February, 2010
 
 
 
Tiada peristiwa terdekat


 
 
 
 


+ Tazkirah Bulan Ini

+ Tazkirah Lepas

MUTIARA AYAT
Firman Allah S.W.T :

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang Telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. "
Surah Al-Hasy: 18
 
(9/14/2008 | 9:00:12 AM )
PROFIL TOKOH ISLAM
Abu Huzaifah bin Utbah (meninggal dunia pada tahun 11 Hijrah):
Beliau ialah Abu Huzaifah bin Utbah bin Rabiah bin Abdu Syams bin Abdul Manaf. Seorang sahabat dari kalangan Qurays, merupakan orang yang terawal memeluk Islam. Beliau telah berhijrah pada dua hijrah dan sempat bersembahyang menghadap kea rah dua kiblat. Telah menyertai peperangan Badar dan telah gugur syahid di Yamamah.
(4/7/2008
11:59:08 AM)


     
Bil. Tokoh Terkini: 12
 


Reformasi Fatwa Rokok: Dulu Khilaf Kini Ijmak (Siri 3) [Isu Semasa]
................................
Reformasi Fatwa Rokok: Dulu Khilaf Kini Ijmak (Siri 2) [Isu Semasa]
................................
Puasa Sunat Enam Syawal: Persoalan Sunat Sebelum Qadha & Qadha Campur Sunat
[Ibadat]
................................
Perlukah Wanita Ke Masjid?
[Ibadat]

Isu Semasa
 
 
Perpustakaan KIAS
Unit Pelajar Antarabangsa
Unit Kualiti
 
 
Ruangan ini
menghimpunkan artikel-
artikel dan maqalah-maqalah ilmiah khususnya hasil karya pensyarah KIAS.


TERKINI..!!
Sejarah Ringkas Ibnu Khaldun: Sarjana Muslim Sepanjang Zaman
Hijrah Rasulullah S.A.W Dan Realiti Semasa?
Bilakah Rasulullah S.A.W Berhijrah Ke Madinah?
Pembuka Lorong Neraka
Husnuzan (Berbaik Sangka) Sesama Manusia
 
 
 

Koleksi Audio Video:

Menu Pilihan:
 
 
 
 
 
 

Pengerusi
Dr. Yaacob bin Yusoff

Setiausaha
Ust. Shafwan bin Ismail

Webmaster
En. Mohd Rawizal bin Mohd Nawi

Unit Berita & Maklumat
Ust Ahmad Fadhli bin Syaari

Unit Berita Pentadbiran
Pn. Zaizura binti Che Zakaria

Editor Bahasa Arab
Ust Hisyamuddin bin Mohd Yusof

Editor Bahasa Inggeris
En A. Rahman bin Ramli

Editor Bahasa Cina
Pn. Siti Zaleha binti Mohd Daud

 
 

Search:



WWW KIAS

 

 


 

 

IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN

PROGRAM DIPLOMA

PROGRAM SIJIL

 

 
PELUANG PENGAJIAN DI KIAS
KIAS Menawarkan Pengajian di Peringkat Sijil,Diploma & Ijazah;


IJAZAH SARJANA MUDA DGN KEPUJIAN (4+0) DENGAN KUIN di bidang:

1. Usuluddin

2. Syariah

DIPLOMA di bidang:

1. Usuluddin

2. Syariah

3. Al-Dakwah Wal Qiadah

4. Bahasa Arab

5. Kewangan Islam

6. Qiraat & Tarannum

7. Tahfiz Al-Quran

SIJIL:

1. Pengajian Islam
Pengambilan Bulan JUN dan November Setiap Tahun...
[Permohonan Online]
.......................................... KURSUS PENGAJIAN ILMU QIRAAT & TARANNUM (PKPII) SESI NOVEMBER-FEBUARI 2009
PKPII akan mengadakan kursus-kursus berikut:
1. Kursus Pengajian Ilmu Qiraat & Tarannum

2. Kursus Pengajian Bahasa Arab Awam

3. Kursus Seni Kaligrafi Islam (Khat)

4. Kelas Talaqqi Qiraat Al-Quran Bersanad - Baru!

5. Kursus Pengajian Bahasa Arab Melalui Al-Quran - Baru!

6. Kursus Ilmu Tarannum - Baru!
* Yuran Pendaftaran: RM 20.00

[Lihat Iklan]
.......................................... KURSUS PENGAJIAN ILMU QIRAAT & TARANNUM DENGAN KERJASAMA PERSATUAN GURU-GURU AL-QURAN SINGAPURA
Tarikh Kursus: 7 & 8 November 2009 , 14& 15 November 2009 dan 28 & 29 November 2009. Yuran: SD 250.00. Hubungi Hjh. Zainab Abdul Ghani 97372656 (Naib Presiden PERGERAQ), Bertempat Di: Masjid Muhajirin, Singapura.

.......................................... KURSUS PENGAJIAN ILMU QIRAAT & TARANNUM (SUBJEK KAEDAH RIWAYAT WARSY) DI HOTEL SERI MALAYSIA, JOHOR
> Tarikh: 24/25 Januari 2009 > Anjuran: Kerjasama PKPII dengan Pusat Pengajian Al-Quran Qiraati, Pasir Gudang. > Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pusat Pengajian Al-Quran Qiraati, Pasir Gudang No. Tel: 07-2554046 /013-7290481 (Ust Sanusi) /013-7375510 (Ustz Rahmah)

.......................................... PROGRAM QAFILAH ILMUAN
Ikuti Siri Pengajian Tafaqquh Fiddin Secara Talaqqi Kitab (Sistem Pondok). Dimulakan dengan pengajian:
1. متن الأجرومية

2. متن البناء الأساس

3. سفينة النجا فى علم الفقه
Oleh guru-guru agama Pondok Pasir Tumboh. Setiap pagi jumaat dalam semester pengajian di KIAS. WAJIB kepada semua mahasiswa-mahasiswi KIAS dan terbuka kepada sesiapa yang berminat. Anjuran: Bahagian Hal Ehwal Pelajar KIAS


..........................................

 
 

Sebarang Masalah & Kekeliruan : Klik

 
 

Tiada Jawatan Kosong Buat Masa Ini

Kemaskini Pada:
8 February, 2010

....................................
Untuk Download Borang, Sila
Pilih Menu Dibawah:

P/S: Borang Bukan Akademik Untuk Jawatan Selain
Pensyarah, Borang Akademik Untuk Jawatan Pensyarah

 
 

Assalamualaikum...
Pihak kami sedang mengemaskini halaman yang belum siap dan sedang memperbaharui imej laman utama. Oleh itu, kami memohon kemaafan sekiranya terdapat kelemahan pada laman ini...
Harap maklum.

Login:

Username:
Password:

Webmail KIAS:

E-mel Webmaster:

Status Website:
Terbaik dengan paparan Internet Explorer 4.0 dan Netscape 7.1
(1024 X 768 piksel)

Jika Paparan Server Anda Masih Tidak Mempunyai Flash Player Sila Download Disini

Webcounter:

 Anda pelawat ke
aluminum recycling
semenjak 09 Julai 2006

 
 


 
 

Untuk mengemukakan pendapat berkenaan website ini, sila isi ruangan Buku Tamu


Sign my Guestbook

 
 
RISALAH AL-SYARIAH
Tahun Kedua - Bil. 5

Keluaran dua bulan sekali dengan pelbagai topik menarik...


Indeks Kepada Penghayatan Al-Quran

..salah satu sumbangan
KIAS kepada umat Islam...


JURNAL KIAS
Bilangan 1, 2, 3 & 4

berada di pasaran
sekarang dengan harga
RM 10 senaskhah!!
[Menarik di dalam]


Kalendar Akademik KIAS 2007/2008

Kalendar Akademik
KIAS
Sesi 2007/2008

Jadual Peperiksaan KIAS Sesi Khas 2008/2009
(Telah Dikemaskini )

 
 
...


LAWATAN MAHABBAH KELAB KURSUS SENI AL-QURAN KUIN KE KIAS
1/26/2010 | 8:06:55 AM

23 Januari 2010 - KIAS telah menerima rombongan lawatan daripada Kelab Kursus Seni Al-Quran, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah. Lawatan ini telah disertai oleh 80 orang mahasiswa bersama seorang pensyarah iaitu Ustaz Khairul Anuar bin Hj. Kassim. Rombongan yang tiba di KIAS seawal jam 8.30 pagi sempat bersiar-siar di kawasan Masjid Kampung Laut sebelum di sambut oleh Ustaz Tuan Sapuan bin Tuan Ismail, Penyelaras Program Kerjasama KIAS-KUIN merangkap pensyarah KIAS. Turut hadir dalam majlis tersebut iaitu wakil Persatuan Mahasiswa KIAS yang sempat memberikan sepatah dua kata kepada pihak rombongan.

Lawatan ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan yang sedia ada di samping bertukar-tukar pandangan dan berkongsi maklumat berkaitan kursus pengajian di KIAS. Turut dibincangkan berkaitan cara pelaksanaan pengajian al-Quran yang menjadi kursus yang penting bagi kedua-dua pihak. Menurut Ustaz Tuan Sapuan, pihak mahasiswa yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian yang ditawarkan dengan kerjasama KIAS-KUIN turut merancang untuk membuat lawatan ke Kolej Universiti Insaniah (KUIN) tidak lama lagi.
------------------------------------------------------------------------------------------------

KURSUS PANDUAN ARAH KIBLAT
1/19/2010 | 10:08:17 AM

18 Januari 2010 - Mahasiswa KIAS khususnya bagi yang mengambil kuliah Falaq Syari'e sebagai pilihannya telah mendapat pendedahan apabila Jawatankuasa kuliah Falaq Syari'e menganjurkan Kursus Penentuan Arah Kiblat dengan kerjasama Unit Falaq Jabatan Mufti Kelantan bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia cawangan Kelantan. Antara yang turut hadir pada kursus tersebut ialah Encik Mohd Rozaimi Yaacob, Penolong Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Kelantan dan Ustaz Talhah bin Abdul Rahman Pegawai di Jabatan Mufti Kelantan serta beberapa kakitangan dari kedua-dua jabatan tersebut.

Peserta mendapat pendedahan awal melalui sesi taklimat oleh Penolong Pengarah Jabatan Ukur sebelum diberi latihan bertulis dalam pengiraan bagi menentukan arah kiblat. Selepas itu, peserta telah diberi peluang untuk mempraktikkan dan mencuba sendiri menggunakan alatan penentu arah kiblat yang dibekalkan. Masjid Kampung Laut juga dijadikan tempat dimana peserta mengukur dan menentu arah kiblat yang sebenar dengan dibimbing sendiri oleh Kakitangan yang berkaitan.
------------------------------------------------------------------------------------------------

PEMBENTANGAN KEPENTINGAN TERANNUM DI DALAM AL-QURAN
1/17/2010 | 10:25:38 AM

17 Januari 2010 - Siri tazkirah mingguan KIAS diteruskan lagi dengan perbentangan kepentingan tarannum al-Quran yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Usuluddin KIAS, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Lukman bin Ibrahim Al-Hafiz. Pembentangan beliau mendedahkan tentang tarannum adalah sebahagian daripada maksud tartil bersama-sama dengan fasahah, tajwid dan sebagainya. (التغيى) Al-Taghanni mencakupi beberapa pengertian (تحسين الصوت) Tahsin al-Saut (memperelokkan bacaan), الاستغناء)) Al-Istighna’ (kaya dan mencukupi). Walaubagaimanpun jumhur ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan Al-Taghanni ialah tahsin al-Sout. (التحزن) Al-Tahazzun bermaksud merasa sedih dan terharu. Kepentingan unsur-unsur ini di dalam bacaan al-Quran. (التشاغل به) Al-Tasyaghul Bihi sentiasa berdamping dengan al-Quran.
------------------------------------------------------------------------------------------------

PROGRAM DERMA DARAH DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN
1/12/2010 | 12:19:08 PM

11 Januari 2010 - Unit Tabung Darah Hospital Raja Perempuan Zainab II telah mengadakan Program Derma Darah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Program ini yang bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang di Qa’ah An-Nawawi telah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh Pelajar, Staf dan Pensyarah KIAS. Menurut Unit Tabung Darah, beliau menjangkakan sehingga 50 penderma darah untuk kali ini tetapi penderma yang menderma telah mencapai sehingga lebih 90 orang sehingga tamat pada jam 4 petang. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada penderma semoga sumbangan yang diberikan di terima oleh Allah dan diharap dapat membantu pihak hospital untuk memberi bantuan kepada mana-mana insan yang memerlukan. Program ini juga dapat mendidik warga KIAS dalam merasai tanggungjawab terhadap orang yang memerlukan melalui apa juga sumbangan yang mampu diberikan.
------------------------------------------------------------------------------------------------

PERUTUSAN KETUA EKSEKUTIF SEMPENA TAHUN BARU
1/11/2010 | 3:35:01 PM

10 Januari 2010 - Majlis Perutusan Ketua Eksekutif KIAS, Dr. Johari bin Mat telah berlangsung bersempena tahun baru Hijrah 1431/2010 yang bertempat di Qa’ah An-Nawawi KIAS. Majlis ini telah dihadiri oleh seluruh Kakitangan KIAS dari semua peringkat dan pensyarah-pensyarah KIAS. Dalam ucapannya, Ketua Eksekutif telah menekankan ke arah memperkukuhkan asas yang telah diletakkan sejak awal penubuhan KIAS iaitu Visi dan Misi KIAS. Antara isi kandungan Perutusan Ketua Eksekutif, Beliau telah menyebut beberapa pelaksanaan dan kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2009 serta menggariskan lima Plan Strategi 2010 yang akan dilaksanakan dengan menekankan KIAS kearah Kolej Universiti sebagai perkara utama pada tahun ini. Di akhir ucapan, Ketua Eksekutif mengucapkan terima kasih kepada semua warga KIAS atas sokongan yang diberikan selama ini dan mengharapkan tahun 2009 dijadikan iktibar untuk menghadapi tahun baru dengan penuh yakin.
------------------------------------------------------------------------------------------------

BENGKEL APLIKASI ‘UMI’ DALAM PROFESIONALISM PENSYARAH
12/21/2009 | 9:48:45 AM

17 Disember 2009 - KIAS dibawah Unit Latihan dan Kualiti telah mengadakan Bengkel Aplikasi ‘UMI’ dalam Profesionalism Pensyarah yang bertempat di Dewan Selayang, Perdana Resort. Bengkel yang dihadiri oleh Semua Pensyarah KIAS ini telah dirasmikan oleh Dato’ Muhammad bin Daud, Pengerusi Majlis KIAS Darul Naim. Bengkel ini bertujuan untuk Mengaplikasikan konsep UMI iaitu Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan khususnya kepada pensyarah di KIAS dan sebagai menyahut seruan Kerajaan Negeri Kelantan. Perbincangan di dalam bengkel oleh pensyarah secara terperinci telah dibentangkan dan dibahaskan pada akhir bengkel sebagai satu keputusan bersama untuk pelaksanaan di KIAS. Bagi memastikan idea dan keputusan yang dibuat ini menjadi rujukan bertulis, ia akan didokumenkan sebagai ‘Dokumen 11’ di bawah Unit Kualiti KIAS sedikit masa lagi. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YABrs. Dr. Johari bin Mat, Ketua Eksekutif KIAS.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Bil. Buletin Terkini: 191 Rekod sejak 2005


>> Berita Sebelumnya..
 3-7  Disember 2009 - 1 Emas 2 Gangsa Milik Kontijen KIAS Di IPTIM
 7  Disember 2009 - KUNJUNGAN DARI AHLI PARLIMEN PALESTIN
 17  Ogos 2009 - ISTIADAT KONVOKESYEN KIAS KALI KE XI 2009
 24  Mei 2009 - SEPETANG BERSAMA TN HJ AYOB ABD RAHMAN
 7  Mei 2009 - MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL SEKOLAH PENGAJIAH TAFAQQUH FIDDIN KALI KE 1 2009

...
   
   
 
hakcipta terpelihara© -2007 Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) [ IPTS070-KP (JPS) 5195 / IPTS / 1007 ]
Peti Surat 68, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu Kelantan. Tel: 609-7129386 / 609-7129387 Faks. 609-7129444
Laman Web: http://www.kias.edu.my E-mel: admin@kias.edu.my