Pengurusan
Program Pengajian Akademik Pentadbiran Galeri Unit-Unit Pertanyaan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 








Untuk memastikan proses pengajaran & pembelajaran di KIAS berjalan dengan baik di samping menitikberatkan masalah moral dan juga akhlak, KIAS menyediakan kursus-kursus pengajian yang dikendalikan oleh jabatan masing-masing sebagaimana berikut:

a. Jabatan Syariah

 

Jabatan Syariah ditubuhkan untuk mengendalikan urusan-urusan pelajar yang mengikuti pengajian Syariah. Penawaran program Syariah diharap mampu memberi kefahaman yang jelas terhadap syariat Islam di samping menghayatinya dalam segenap lapangan kehidupan. KIAS telah berusaha sedaya upaya memenuhi keperluan semasa di dalam bidang Syariah dengan menubuhkan Jabatan Syariah di samping jabatan-jabatan lain. Jabatan Al-Syariah ditubuhkan bersama dengan jabatan Usuluddin dan Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah. Kursus-kursus di Jabatan Al-Syariah bertujuan untuk memperkenalkan Syariat Islam sebagai cara hidup dan melahirkan ilmuan yang mampu mendepani cabaran semasa serta membimbing manusia ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t di samping menganjurkan program-program seperti seminar, kolokium dan sebagainya.

Objektif penubuhan jabatan ini ialah:

  • Melahirkan pelapis ulama’ yang berwibawa di dalam bidang Al-Syariah dan mampu membimbing masyarakat ke jalan yang diredhai oleh Allah.
  • Memberi peluang kepada pelajar mendalami ilmu-ilmu dalam bidang Al-Syariah supaya mereka mampu hayatinya dalam kehidupan mereka.
  • Memberi peluang kepada pelajar yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi di dalam bidang Al-Syariah.

Kursus Jabatan:

Kursus-kursus yang diajarkan di jabatan ini adalah bersesuaian dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai sebuah agensi yang mengawal dan memperakukan program-program yang ditawarkan di peringkat IPT supaya mencapai tahap yang telah ditetapkan sebagai sebuah program pengajian tinggi di peringkat IPT, disamping mengambil kira kesesuaianya dengan fakulti yang sama di Universiti al-Azhar dan lain-lain universiti. Jabatan ini menawarkan kursus di peringkat Diploma iaitu:

        i.  Diploma Al-Syariah (A9179)

Aktiviti Jabatan :

  1. Penganjuran Seminar di peringkat Kebangsaan dan Negeri Kelantan seperti Seminar Pentadbiran Tanah Menurut Perspektif Islam, Seminar Jenayah Remaja dll.

  2. Penganjuran Kursus-kursus Praktikal Peringkat KIAS yang berkaitan Ibadat seperti Kursus Pengurusan Jenazah, Kursus Penyembelihan dsb.

  3. Penerbitan Buku Ilmiah & Risalah Jabatan Al-Syariah.

  4. Lawatan sambil belajar yang berkaitan dengan subjek seperti Lawatan ke Mahkamah Syariah, Penjara dan sebagainya.

Prospek Kerjaya :

  1. Berpeluang menjawat jawatan Pembantu Pegawai Syariah di mana-mana pejabat pentadbiran samada sektor awam atau swasta.

  2. Berpeluang mengisi guna tenaga di bidang Al-Syariah seperti menjadi tenaga pengajar, guru agama dan sebagainya.

  3. Berpeluang menjadi pelapis para da’ie yang berkelayakan dan berwibawa.

  4. Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Al-Syariah di peringkat yang lebih tinggi.


b. Jabatan Usuluddin


Tidak dapat diragui bahawa tuntutan Islam mengutamakan kesempurnaan aqidah dan kesejahteraan umatnya. Suatu perkara yang menjadi tuntutan utama Islam yang patut diambil perhatian yang sungguh-sungguh ialah memperkenalkan aqidah Islamiyyah sebagaimana yang disarankan di dalam al-Quran dan al-Sunnah al-Nabawiyyah. Kerana itulah KIAS pada peringkat permulaan lagi telah mewujudkan Jabatan Usuluddin disamping Jabatan Syariah dan Jabatan al-Dakwah Wal Qiadah.

Jabatan ini memberi tumpuan kepada kursus-kursus yang berkaitan dengan aqidah, perbandingan agama, pengajian falsafah, tarikh Islam, aliran pemikiran semasa disamping lain-lain kursus seperti tafsir, hadith, fiqh, muamalat hadithah, bahasa Arab, ilmu mantiq dan manahij al-bahth.

Objektif penubuhan jabatan ini ialah:

  • Berusaha ke arah mencapai tujuan penubuhan jabatan ini dan juga untuk penyebaran ilmu-ilmu Islam yang lebih luas.
  • Memberi peluang kepada pelajar yang memiliki Sijil Menengah/Tinggi Agama untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat tinggi di dalam bidang Usuluddin.
  • Memberi peluang kepada pelajar mendalami ilmu-ilmu dalam bidang Usuluddin supaya mereka mampu hayatinya dalam kehidupan mereka.
  • Melahirkan ulama’ yang berwibawa di dalam bidang Usuluddin dan mampu membimbing masyarakat ke jalan yang diredhai oleh Allah.

Kursus Jabatan:

Kursus-kursus bagi program Diploma adalah bersesuaian dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Swasta dan Lembaga Akreditasi Negara (LAN/MQA), disamping mengambil kira kesesuaiannya dengan fakulti yang sama di Universiti al-Azhar dan lain-lain universiti. Jabatan Usuluddin menawarkan satu program pengajian, iaitu:

i. Diploma Usuluddin (A9178)

Aktiviti Jabatan :

1. Seminar Hadis/Tokoh Peringkat Negeri Kelantan.

2. Kolukium Ilmu-Ilmu Usuluddin.

3. Lawatan Akademik ke Jakim dan Institut Kajian Hadis KUIS.

4. Retreat Jabatan Usuluddin.

5. Ijtima' Tahunan Nabi Bakkah untuk pemilihan ajk baru.

6. Kem pantas Usul Fiqh.

7. Diskusi Ajaran Sesat oleh Wakil JHEAIK.

Prospek Kerjaya :

  1. Berpeluang menjawat jawatan di mana-mana pejabat pentadbiran di sektor awam dan swasta.

  2. Berpeluang mengisi guna tenaga di bidang Usuluddin seperti menjadi pendidik, pensyarah, guru agama dan sebagainya.

  3. Berpeluang menjadi para da’ie yang berkelayakan dan berwibawa.

  4. Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Usuluddin di peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat Sarjana (M.A) dan Doktor Falsafah (Ph.D).


c. Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah


Tanggungjawab mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah daipada kemungkaran merupakan satu kewajiban yang tidak akan ada penyudahnya. Oleh itu usaha-usaha ke arah melahirkan para pendakwah yang berwibawa merupakan satu keperluan yang perlu disempurnakan.

Penubuhan Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah adalah bagi menampung sebahagian daripada kehendak di atas. Sebenarnya jabatan ini merupakan kesinambungan kepada Ma'ahad Ad-Dakwah Wal Imamah yang telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan diserapkan di bawah KIAS disamping Jabatan Syariah dan Jabatan Usuluddin. Semoga melalui penubuhan jabatan ini, KIAS suatu masa nanti dapat membekalkan para juru dakwah yang berkebolehan dan memahami uslub dakwah yang sebenar diserata ceruk rantau demi mengembalikan semula kegemilangan Islam.

Objektif penubuhan jabatan ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:

  • Mewujudkan satu jabatan yang khusus bagi bidang dakwah dan qiadah (kepimpinan)  disamping memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang memiliki SPM atau STAM untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang berkenaan.
  • Membekalkan pelajar-pelajar dengan ilmu-ilmu Islam dan pengetahuan yang berbagai jenis dalam bidang aqidah dan syari'ah, seterusnya mengaitkan ilmu-ilmu tersebut dengan realiti masyarakat.
  • Membentuk generasi yang berkebolehan dalam bidang kepimpinan dan penyebaran dakwah mengikut petunjuk al-Qur'an dan As-Sunnah disamping melahirkan pendakwah-pendakwah yang terlatih.

Aktiviti Jabatan :

  • Penganjuran Seminar di peringkat Kebangsaan dan Negeri Kelantan seperti seminar Dakwah masa kini, Cabaran Dakwah Moden dan Metodologi Dakwah.
  • Penganjuran kursus-kursus Praktikal Peringkat KIAS seperti program Dakwah Orang Asli, Dakwah Malam Tahun Baru yang diadakan melalui kerjasama badan-badan NGO dan badan-badan Kerajaan.
  • Lawatan sambil belajar yang berkaitan dengan subjek seperti Lawatan ke tempat Saudara baru, anak-anak yatim dan IPT-IPT yang terlibat.

Kursus Jabatan:

Kursus-kursus yang diajar dijabatan ini adalah bersesuaian dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh jabatan Pendiddikan Swasta dan Lembaga Akreditasi Negara (LAN/MQA), disamping mengambil kira kesesuaiannya dengan fakulti yang sama di Universiti al-Azhar dan lain-lain universiti. Jabatan Al-Dakwah Qal Qiadah menawarkan dua program pengajian, iaitu:

i. Diploma Al-Dakwah Wal Qiadah (A9180)
ii. Sijil Pengajian Islam (A8175)

Prospek Kerjaya :

  1. Berpeluang menjawat jawatan di mana-mana pejabat pentadbiran di sektor awam dan swasta.

  2. Menjadi imam di masjid-masjid di seluruh negara dan menjadi pendidik di bidang Dakwah seperti pensyarah, guru agama dan sebagainya.

  3. Berpeluang menjadi para da’ie yang berkelayakan terutama kepada umat Islam di Malaysia termasuk orang-orang asli.

  4. Bagi pelajar-pelajar lepas program Sijil Pengajian Islam, mereka berpeluang menjawat mana-mana jawatan kerajaan dan juga swasta dengan skim gaji yang sama dengan skim peringkat STPM sebagai perakuan yang telah diberikan dan dikeluarkan oleh pihak JPA kepada pihak Kolej.

  5. Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Dakwah di peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat Sarjana (M.A) dan Doktor Falsafah (Ph.D).

d. Jabatan Bahasa Arab


Jabatan Bahasa Arab ditubuhkan pada 1 Jun 2006 iaitu jabatan pengajian keempat bagi program Diploma di KIAS. Ia dilengkapi dengan sebuah Makmal Bahasa yang canggih yang dapat membantu pelajar bahasa memahirkan diri dalam pemahaman, pendengaran dan pertuturan Bahasa Arab. Jabatan ini membekalkan kursus-kursus yang membolehkan graduannya cekap dan mantap dalam berbahasa Arab dan yang paling pentingnya dapat menyambung pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Objektif penubuhan jabatan ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:

  • Menyediakan peluang kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang Bahasa Arab.
  • Mendedahkan dan memberi maklumat kepada pelajar tentang pentingnya Bahasa Arab khususnya di era globalisasi.
  • Supaya pelajar dapat menguasai Bahasa Arab dan menjadikan mereka ingin terus belajar tanpa had masa dan tempat.

Kursus Jabatan:

Kursus-kursus yang diajarkan di jabatan ini adalah bersesuaian dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan  Swasta dan Lembaga Akreditasi Negara (LAN/MQA), disamping mengambil kira kesesuaianya dengan fakulti yang sama di Universiti al-Azhar dan lain-lain universiti. Jabatan ini menawarkan kursus di peringkat Diploma iaitu:

i. Diploma Bahasa Arab (A6798)

Aktiviti Jabatan :

  1. Menjalankan program-program untuk menarik minat para pelajar di sekolah-sekolah yang terpilih.

  2. Menjalankan kursus-kursus pemantapan Bahasa Arab kepada pelajar-pelajar yang menunggu keputusan SPM.

  3. Membuat lawatan-lawatan ke sekolah-sekolah terpilih untuk menjalankan aktiviti-aktiviti penggunaan Bahasa Arab di kalangan pelajar.

  4. Kem celik Bahasa Arab.

  5. Kursus Intensif Bahasa Arab.

  6. Bengkel Penggunaan Kamus Secara Berkesan.

  7. Menghantar untuk membuat praktikal penggunaan Bahasa Arab di luar negara.

  8. Membimbing pelajar untuk berinteraksi dengan DJ Radio IKIM dengan menggunakan Bahasa Arab dalam slot "Ihda'".

Prospek Kerjaya :

  1. Berpeluang menjawat jawatan di mana-mana pejabat pentadbiran di sektor awam dan swasta.

  2. Berpeluang mengisi guna tenaga di pelbagai sektor pekerjaan yang sesuai seperti mengguna Bahasa Arab, pembantu penterjemah Bahasa Arab dan lain-lain sektor pekerjaan yang berkaitan yang diperlukan oleh masyarakat dan negara sesuai dengan langkah kerajaan memperkenalkan pengajian fardhu ain dan Bahasa Arab di sekolah.

  3. Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Bahasa Arab di peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (B.A), Sarjana (M.A) dan Doktor Falsafah (Ph.D).

e. Jabatan Al-Quran Dan Hadis


Jabatan Al-Quran dan Hadis ditubuhkan pada 1 Jun 2010 iaitu jabatan pengajian kelima bagi program pengajian Diploma di KIAS. Jabatan ini dibuka untuk memberi peluang kepada mana-mana pelajar lepasan SPM yang layak untuk menyambung pengajian mereka di Peringkat Diploma dalam pengajian Al-Quran dan Hadis. Jabatan ini membekalkan kursus-kursus yang membolehkan graduannya lahir sebagai tenaga separa cekap dalam bidang pengajian Al-Quran dan Hadis dan yang paling penting adalah dapat menyambung pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi. Program-program yang ditawarkan di Jabatan ini boleh dikatakan sebagai program-program yang baru kerana program-program seperti ini masih ditawarkan di peringkat IPT sebagai sebuah program yang mendapat perakuan akreditasi daripada pihak kerajaan Malaysia seperti Diploma Tarannum.

Objektif penubuhan jabatan ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:

  • Menyediakan peluang kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Qiraat dan Tarannum.
  • Mendedahkan dan memberi maklumat kepada pelajar tentang kepentingan Tahfiz Al-Quran, Qiraat dan Tarannum khususnya di era globalisasi sekarang ini.
  • Kursus-kursus yang ditawarkan di dalam program-program ini diharap dapat membimbing para pelajar supaya dapat menguasai bidang Tahfiz Al-Quran, Qiraat dan Tarannum serta mendorong mereka supaya terus belajar tanpa had masa dan tempat.

Kursus Jabatan:

Kursus-kursus yang diajarkan di jabatan ini adalah bersesuaian dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai sebuah agensi yang mengawal dan memperakukan program-program yang ditawarkan di peringkat IPT supaya mencapai tahap yang telah ditetapkan sebagai sebuah program pengajian tinggi di peringkat IPT, disamping mengambil kira kesesuaianya dengan bidang ilmu itu sendiri. Jabatan ini menawarkan kursus di peringkat Diploma iaitu:

i. Diploma Tahfiz Al-Quran (PA 10090)
ii. Diploma Qiraat dan Tarannum (PA 9599)

Aktiviti Jabatan :

Tarikh
Tajuk
Perkara
Jun 2013

Kem Huffaz 1

(Peringkat Diploma)

Mendedah, melatih dan memberi keyakinan kepada para mahasiswa/wi diploma KIAS tentang kaedah penghafalan Al-Quran.

Sasaran - Mahasiswa/wi KIAS

Jun 2013
Klinik Al-Fatihah

Memperbetulkan kesilapan bacaan yang berlaku dengan tidak sengaja atau tanpa disedari dan mempelajari bacaan surah al-Fatihah dengan rasa lebih yakin.

Sasaran - Masyarakat dan KIAS.

November 2013
Ceramah Motivasi Quran Peringkat KIAS

Program ini perlu untuk mengikis budaya pesimis pelajar terhadap subjek Al-Quran.

Sasaran - Mahasiswa/wi KIAS

Januari 2014

Kem Huffaz 2

(Peringkat Ijazah)

Mendedah, melatih dan memberi keyakinan kepada para mahasiswa/wi tentang kaedah penghafalan Al-Quran.

 

Prospek Kerjaya :

  1. Berpeluang menjawat jawatan di mana-mana pejabat pentadbiran di sektor awam dan swasta sesuai dengan skim perjawatan peringkat Diploma di dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Qiraat dan Tarannum.

  2. Berpeluang mengisi guna tenaga di pelbagai sektor pekerjaan yang sesuai seperti menjadi imam II di masjid-masjid, di samping menjawat jawatan sebagai pembantu pegawai agama di Jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta lain-lain sektor pekerjaan yang berkaitan yang diperlukan oleh masyarakat dan negara sesuai dengan langkah kerajaan memperkenalkan pengajian fardhu ain dan Bahasa Arab di sekolah.

  3. Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Qiraat, Tarannum di peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (B.A), Sarjana (M.A) dan Doktor Falsafah (Ph.D).


f. Jabatan Muamalat


Jabatan Muamalat ditubuhkan pada 1 Jun 2010 iaitu jabatan pengajian keenam bagi program pengajian peringkat Diploma di KIAS. Jabatan ini dibentuk untuk mengendalikan urusan-urusan pelajar yang mengikuti Diploma Kewangan Islam. Jabatan ini membekalkan kursus-kursus yang membolehkan graduannya separa cekap dan mantap dalam bidang kewangan Islam dan yang paling pentingnya dapat menyambung pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Objektif penubuhan jabatan ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:

  • Menyediakan peluang kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang Muamalat.
  • Mendedahkan dan memberi maklumat kepada pelajar tentang pentingnya Pengajian Muamalat khususnya di era globalisasi.
  • Supaya pelajar dapat menguasai bidang Muamalat dan menjadikan mereka ingin terus belajar tanpa had masa dan tempat.

Kursus Jabatan:

Kursus-kursus yang diajarkan di jabatan ini adalah bersesuaian dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai sebuah agensi yang mengawal dan memperakukan program-program yang ditawarkan di peringkat IPT supaya mencapai tahap yang telah ditetapkan sebagai sebuah program pengajian tinggi di peringkat IPT, disamping mengambil kira kesesuaianya dengan fakulti yang sama di Universiti al-Azhar dan lain-lain universiti. Jabatan ini menawarkan kursus di peringkat Diploma iaitu:

i. Diploma Kewangan Islam (PA 10175)

Aktiviti Jabatan :

Tarikh
Tajuk
Perkara
7 & 8 Feb 2014

Perkampungan Intelek Bersiri

Memotivasi pelajar ke arah kecemerlangan fizikal dan mental.
Mac 2014
Syarahan Bersiri Pembangunan potensi akademik dan ke professional anda dalam masyarakat KIAS.
April 2014
Lawatan Kerja Menimba pengalaman daripada Institusi PengajianTinggiAwam / Swasta dan bagi memantapkan lagi pelaksanaan program diploma di bawah Jabatan Muamalat.
April 2014
Latihan Industri Lawatan Penyelia Latihan kepada pelajar secara praktikal dan mematangkan mereka dalam urustadbir kewangan Islam.
Jun 2014
Minggu Thaqafi dan Taakhi Penerapan nilai moral yang cemerlang dan thaqafah yang mantap pelajar.
Okt 2014
Seminar Jabatan Muamalat Mengadakan seminar berkaitan dengan Instrumen kewangan Islam terkini
Dis 2014
Program Diploma Takaful Menyediakan modul program Diploma Takaful

 

Prospek Kerjaya :

  1. Berpeluang menjawat jawatan di mana-mana pejabat pentadbiran di sektor awam dan swasta dalam bidang muamalat dan kewangan Islam.

  2. Berpeluang mengisi guna tenaga di pelbagai sektor pekerjaan yang sesuai dan lain-lain sektor pekerjaan yang berkaitan yang diperlukan oleh masyarakat dan negara sesuai dengan langkah kerajaan memperkenalkan pengurusan perbankan Islam dan muamalat.

  3. Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Bahasa Arab di peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat Sarjana (M.A) dan Doktor Falsafah (Ph.D).


g. Program Kerjasama KUIN-KIAS


Jabatan Muamalat ditubuhkan pada 1 Jun 2009 iaitu jabatan pengajian ketujuh bagi program pengajian di KIAS. Jabatan ini ditugaskan untuk menjalankan urusan-urusan pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (4+0) dan juga Ijazah Sarjana Muda Syariah (4+0). Jabatan ini membekalkan kursus-kursus yang membolehkan graduannya cekap dan mantap dalam bidang pengajian Usuluddin dan juga Syariah kerana menggunakan bahasa pengantar Bahasa Arab samada dalam bidang Usuluddin dan juga Syariah.

Objektif penubuhan jabatan ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:

  • Menyediakan peluang pengajian kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang Usuluddin dan juga Syariah.
  • Mendedahkan dan memberi maklumat kepada pelajar tentang pentingnya Pengajian Usuluddin dan juga Syariah terutamanya di era globalisasi sekarang ini.
  • Membimbing para pelajar supaya dapat menguasai bidang Usuluddin dan juga Syariah dan menjadikan mereka ingin terus belajar tanpa had masa dan tempat.

Kursus Jabatan:

Kursus-kursus yang diajarkan di jabatan ini adalah bersesuaian dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai sebuah agensi yang mengawal dan memperakukan program-program yang ditawarkan di peringkat IPT supaya mencapai tahap yang telah ditetapkan sebagai sebuah program pengajian tinggi di peringkat IPT, disamping mengambil kira kesesuaianya dengan fakulti yang sama di Universiti al-Azhar dan lain-lain universiti. Jabatan ini menawarkan kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara berkembar iaitu:

i. Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kepujian (Kerjasama 4+0) Dengan KUIN (PA 10596)
ii. Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Kepujian (Kerjasama 4+0) Dengan KUIN (PA 10609)

Aktiviti Jabatan :

  1. Membuat lawatan ke kampus utama KUIN sebagai lawatan sambil belajar.

  2. Menyertai KUIN di dalam seminar-seminar yang dianjurkan.

  3. Menganjurkan motivasi pelajar terutamanya bagi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (4+0) dan juga pelajar-pelajar Ijazah sarjana Muda Syariah (4+0). Pelajar-pelajar dari program ini akan menyelesaikan pengajian mereka selama empat tahun di KIAS untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang masing-masing tanpa perlu menyambung pengajian mereka ke IPT-IPT yang lain.

Prospek Kerjaya :

  1. Berpeluang menjawat jawatan di mana-mana pejabat pentadbiran di sektor awam dan swasta setaraf dengan pemegang-pemegang Ijazah Sarjana Muda yang lain yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

  2. Berpeluang mengisi guna tenaga di pelbagai sektor pekerjaan yang sesuai dengan bidang Usuluddin, Syariah dan lain-lain sektor pekerjaan yang berkaitan yang diperlukan oleh masyarakat dan negara sesuai dengan langkah kerajaan memperkenalkan pengajian fardhu ain dan Bahasa Arab di sekolah.

  3. Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Usuluddin dan Syariah di peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat Sarjana (M.A) dan Doktor Falsafah (Ph.D).


h. Pusat Khidmat Akademik


Jabatan Khidmat Akademik ditubuhkan sebagai penyelaras kepada kursus-kursus guna sama yang ditawarkan pada semua program pengajian seperti kursus-kursus Wajib MQA, Wajib Kolej dan kursus-kursus elektif. Usaha ini adalah untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja mampu menguasai bidang yang dipelajari tetapi mereka juga dilatih dengan ilmu-ilmu kemahiran yang lain sebagai tambahan dan pelengkap kepada ilmu yang mereka pelajari di dalam jabatan masing-masing di samping ilmu-ilmu asas major yang telah ditetapkan oleh pihak kolej untuk setiap program yang ditawarkan. Usaha yang dilakukan ini untuk melihat bahawa graduan-graduan yang dilahirkan di KIAS bukan sahaja mantap dari sudut ilmu yang dipelajari oleh mereka, tetapi mereka juga mempunyai penampilan dan syakhsiah yang baik serta mampu berdaya saing untuk menangani pelbagai masalah yang mereka hadapi semasa mereka berkerjaya kelak.

Objektif penubuhan jabatan ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:

  • Menyelaras perjalanan kursus-kursus guna sama untuk setiap program seperti Al-Quran, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Jahitan, Khat, Falak, Kewartawanan, Wajib MQA dan sebagainya supaya berjalan dengan baik.
  • Menjalankan kursus-kursus ke arah meningkatkan lagi penguasaan para pelajar di dalam kursus-kursus guna sama seperti di atas.
  • Memastikan para pelajar supaya dapat menguasai kursus-kursus yang ditawarkan dengan baik bukan semata-mata untuk pencapaian akademik mereka, tetapi ia juga sangat bermanfaat untuk pembangunan masa depan dan kerjaya mereka kerana sebahagian yang ditawarkan adalah kursus-kursus kemahiran.

Kursus Jabatan:

Kursus-kursus yang diajarkan di jabatan ini adalah bersesuaian dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai sebuah agensi yang mengawal dan memperakukan program-program yang ditawarkan di peringkat IPT supaya mencapai tahap yang telah ditetapkan sebagai sebuah program pengajian tinggi di peringkat IPT, disamping mengambil kira kesesuaianya dengan fakulti yang sama di Universiti al-Azhar dan lain-lain universiti. Walau bagaimanapun Jabatan ini tidak menawarkan program pengajian tertentu kerana ia lebih kepada kursus-kursus guna sama untuk semua program yang ditawarkan oleh KIAS. Kumpulan subjek guna sama yang dipantau oleh Jabatan ini adalah sebagaimana berikut:

        i.    Al-Quran dan Tajwid
        ii.   Bahasa Arab.
        iii.  Bahasa Inggeris.
        iv.  Subjek-subjek Wajib MQA seperti Bahasa Kebangsaan A, Pengajian Islam dan
              Pengajian Malaysia.
        v.   Subjek-subjek Elektif seperti Jahitan, Khat, Kemahiran IT Lanjutan, Falak, Kewartanan,
              Bahasa Cina, Qiraat dan Keusahawanan.

Aktiviti Jabatan :

  1. Menjalankan kursus-kursus intensif Bahasa.

  2. Menangani pelajar-pelajar yang lemah di dalam kursus-kursus yang dijalankan dengan menganjurkan bengkel-bengkel pemulihan.

  3. Memberi pendedahan kepada para pelajar untuk membuat pemilihan di dalam kursus-kursus elektif.

  4. Mengadakan Bengkel Bahasa AL-Quran kepada para pelajar lulusan UPSR yang ingin melanjutkan ke Tingkatan 1 di sekolah Maahad Indera Putera.

Prospek Kerjaya :

  1. Dengan adanya kemahiran tambahan yang diberikan kepada para pelajar, graduan-graduan KIAS mampu memenuhi pelbagai bentuk kerjaya semasa berada bersama dengan masyarakat.

  2. Pelajar-pelajar dapat menggunakan kemahiran jati diri dengan baik.

  3. Para pelajar dapat membuktikan bahawa mereka mempunyai kemahiran yang berbeza dengan graduan-graduan lain di samping mempunyai syakhsiah yang tinggi.

  4. Para pelajar dapat membuktikan bahawa bidang yang mereka ceburi, bukannya satu bidang yang sempit dan terbatas tetapi bidang-bidang berkenaan mampu berinteraksi dengan bidang-bidang yang lain dengan baik.

 


hakcipta terpelihara© 2005-2008 - Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
[ IPTS070-KP (JPS) 5195 / IPTS / 1007 ]