PKPI
 
PKPI


INFO BAHASA ARAB

Bahasa Arab merupakan satu bahasa yang sangat indah, puitis, bersistematik dan sangat mudah dipelajari. Dengan Bahasa Arablah diturunkan al-Quran yang menjadi perlembagaan kepada orang-orang Islam. Begitu juga junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan kepada umat manusia adalah berbangsa Arab. Manakala sumber rujukan daripada kitab-kitab ulama' yang terdahulu banyak ditulis dalam Bahasa Arab.

Bertitik tolak dari situlah KIAS yang merupakan salah satu institusi pengajian ilmu Islam yang terkemuka di Kelantan memikirkan perlunya menyebarkan bahasa al-Quran ini kepada segenap lapisan masyarakat. Justeru, Kursus Pengajian Bahasa Arab (KPBA) diperkenalkan dengan tujuan untuk menyebarkan Bahasa Al-Quran kepada masyarakat umum. Lanya juga bertujuan melahirkan masyarakat yang mampu menguasai Bahasa Arab di dalam berkomunikasi sama ada melalui pertuturan mahupun penulisan. Kursus ini diyakini akan mencapai matlamatnya kerana pendekatan yang digunakan terbukti praktikal dan amat mudah difahami. Pengendalian kursus di dalam kumpulan yang kecil menjanjikan kejayaan bagi semua peserta kursus.


  1. Menyedarkan masyarakat bahawa Bahasa Arab adalah bahasa yang bersistematik dan mudah dipelajari.
  2. Melatih para peserta menggunakan Bahasa Arab standard dengan baik khususnya dalam komunikasi.
  3. Melatih para peserta untuk memahami teks mengikut tahap pembelajaran mereka.


Modul Kod Kursus

Kod Kursus

Catatan

Modul 1

KPBA1011
Tahap 1

Memberi Penekanan kepada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Modul 2

KPBA 2011
Tahap 2

Kemahiran bertutur, membaca dan menulis masih ditekankan. Peserta juga diberi pendedahan mengenai kaedah nahu secara umum.

Modul 3

KPBA 3011
Tahap 3

Penekanan kepada aspek nahu. Peserta dilatih untuk membina ayat dengan betul. Peserta juga dilatih membaca teks secara berdikari.

Modul4

KPBA4011
Tahap 4

Penekanan diberikan kepada menganalisa teks di mana teks-teks al-Quran, hadis serta teks berkaitan Islam akan diajar. Peserta juga diberi pendedahan mengenai sorafdanjuga balaghah.

Pendaftaran dibuka mulai sekarang. Pendaftaran rasmi pada 9 November 2007 (Jumaat). Jam 3.00 petang- 4.30 petang di blok Akademik, KIAS.



Tempoh pengajian bagi kursus ini adalah 4 bulan bagi setiap modul. Jumlah jam bagi setiap modul ialah 32 jam.



Kuliah bagi Semua Modul akan bermula pada 16 November 2007 (Jumaat) jam 3.00 p.m - 5.00 p.m.


Yuran yang dikenakan bagi setiap peserta ialah RM210.00 bagi satu modul termasuk yuran pendaftaran dan nota kursus. Bayaran boleh dibuat secara ansuran bulanan. Bayaran ansuran pertama RM100.00 perlu dibayar semasa hari pendaftaran.

Jumlah bayaran pada hari pendaftaran ialah :

Pendaftaran : RM 10.00
Bayaran Ansuran Pertama : RM100.00
Jumlah : RM110.00


Sijil akan diberikan kepada mana-mana peserta yang mengikuti kesemua subjek/modul. Bagi peserta yang mengikuti satu modul daripada mana-mana modul, layak mendapatkaa sijil dengan syarat dia perlu menduduki peperiksaan bagi setiap modul yang tidak diambil. Bayaran peperiksaan bagi setiap modul adalah RM50.00 sahaja. Surat pengakuan penyertaan akan dikeluarkan sekiranya diperlukan.


Tenaga pengajar berpengalaman dan berkemahiran dalam ilmu pengajaran Bahasa Arab
sebagai bahasa kedua iaitu :

  • Ustaz Azmin bin Daud (M.A Pengajian Bahasa Moden, Univ. Malaya).
    Berpengalaman mengajar Bahasa Arab selama 17 tahun dan merupakan tenaga
    pengkursus guru-guru Bahasa Arab di sekolah-sekolah YIK serta banyak menulis
    modul-modul Bahasa Arab.
  • Ustazah Lina Malini Binti Mat Nafi (M.A Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua,
    Univ. Islam Antarabangsa Malaysia )
    . Berpengalaman mengajar Bahasa Arab sebagai bahasa kedua selama beberapa tahun. Juga berpengalaman dalam menyediakan modul kursus motivasi Bahasa Arab.
  • Ustaz Mahmoud Abd Sattar Abou Kahla ( LLB Hons. Univ. Tanta , Mesir ).
    Berpengalaman dalan pengajaran Bahasa Arab di Pusat Bahasa Arab Nilam Puri.
  • Ustaz Hisyamuddin bin Muhd Yusuf. (M.A Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua, Univ. Islam Antarabangsa Malaysia ).

 

Untuk keterangan lanjut,
sila hubungi:

Pusat Kursus Pengajian Ilmu-Ilmu Islam
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

KM 12, Jln. Kuala Krai, Peti Surat 68, Nilam Puri , 15730 , Kota Bharu,
Kelantan.

Tel: 09-7129386 / 09-7129387
013-6055160 (Ust. Muhammad Amiri)
012-9383486 (Ustzh. Lina Malini)
Fax : 09-712 9444

kemaskini: 11 November, 2008 11:24 AM


 
hakcipta terpelihara© 2005-2006
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) [ IPTS070-KP (JPS) 5195 / IPTS / 1007 ]