Pengurusan
Program Pengajian Akademik Pentadbiran Galeri Unit-Unit Pertanyaan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 








PERINGKAT DIPLOMA

 

  • Diploma Usuluddin (A9178)
  • Diploma Al-Syariah (A9179)
  • Diploma Al-Dakwah Wal Qiadah (A9180)
  • Diploma Bahasa Arab (A6798)
  • Diploma Kewangan Islam* (PA 10175)
  • Diploma Qiraat & Tarannum* (A 9599)
  • Diploma Tahfiz Al-Quran* (A 10090)

Semua kursus pengajian yang ditawarkan telah mendapat perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Program yang baru ditawarkan:

  • Diploma Pengajian Islam (MQA/PA 0931)
  • Diploma Perbankan Islam (MQA/PA 0906)

Program yang baru mendapat kelulusan dan akan ditawarkan pada semester Jun 2014:

  • Diploma Dakwah Dengan Media (MQA/PA 2705)
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Secara Islam (MQA/PA 3201)

Tempoh Pengajian

6 semester dan pelajar yang berjaya berpeluang menyambung pengajian di peringkat Ijazah sarjana Muda di IPTA/S tempatan dan luar negara.

Kelayakan Masuk Kursus Pengajian Peringkat Diploma

a) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian; Dan

b) Lulus Bahasa Arab Komunikasi atau Bahasa Arab Tinggi; Atau

c) Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM) atau yang setaraf; Atau

d) Lulus Sijil dalam bidang berkaitan yang telah mendapat Standard Minimum dari mana-mana IPTS; atau

e) Lulus Sijil dalam bidang berkaitan dari mana-mana IPTA atau IPTL yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;

f) Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

** (Disyaratkan Lulus Subjek Matematik Bagi Pemohon Yang Ingin Mengambil Kursus Diploma Kewangan Islam)


PINJAMAN PENDIDIKAN

Pelajar-pelajar KIAS yang layak akan diberi pinjaman pendidikan oleh Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) atau PTPTN di samping sumbangan dari agensi-agensi lain seperti zakat/derma dsb.

Kadar Pinjaman (1 Semester)

Penaja

Diploma

YAKIN

RM 1,750.00

PTPTN

RM 4, 000.00
(Bergantung kepada pendapatan ibubapa)

 

YURAN PENGAJIAN

Selaras dengan misi KIAS membangun generasi berilmu di samping menyediakan peluang pengajian peringkat tingi kepada semua pelajar, KIAS mengenakan yuran antara yang terendah dan tidak membebankan.

  PROGRAM
YURAN PENDAFTARAN
( Sekali Shj )
YURAN
PENGAJIAN
(1 Sem )
YURAN
PERPUSTAKAAN (1 Sem )
YURAN
JURNAL
(1 Sem )
YURAN KESIHATAN
(1 Sem )
YURAN
ASRAMA *
(1 Sem )

  DIPLOMA

RM 405.00

RM 1700.00

RM 50.00

RM 5.00

RM 30.00

RM 400.00

* Bagi yang menginap di asrama sahaja

CARA MEMOHON

Permohonan untuk mengikuti pengajian di KIAS boleh dibuat melalui Laman Web KIAS atau dengan mengisi borang yang boleh didapati di pejabat KIAS dan dihantar ke alamat berikut :

PENDAFTAR

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

PETI SURAT 68, NILAM PURI

15730 KOTA BHARU, KELANTAN

TEL: 09-7129 386 / 7129 387     FAKS: 09-7129 444 /09-712 6161

Untuk maklumat lanjut sila emailkan kepada:  admin@kias.edu.my

hakcipta terpelihara© 2005-2008 - Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
[ IPTS070-KP (JPS) 5195 / IPTS / 1007 ]