BULETIN
2010
|
|
271 Graduan KIAS Menerima Sijil Ijazah Dan Diploma |
8/4/2010 9:25:40 AM
|
03 Ogos 2010 - Seramai 261 graduan KIAS telah menerima Ijazah dan Diploma masing-masing dalam Istiadat Konvokesyen kali ke-12 tahun ini. Daripada jumlah itu, Seramai 88 orang telah menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah dan Usuluddin (3+1) Dengan Universiti Al-Azhar, Mesir manakala seramai 173 orang menerima Sijil Diploma dalam bidang Usuluddin, Al-Syariah, Al-Dakwah wal Qiadah dan Bahasa Arab.
Majlis penuh istiadat ini telah berlangsung di Dewan Besar Kompleks Balai Islam, Lundang yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar, YB. Dato' Ahmad bin Yakob.
Sementara itu, Saudari Nur Shahidah bt Ab Hamid, graduan Diploma Usuluddin telah menerima Anugerah Tok Kenali dengan pencapaian HPNG 3.87 berserta Maritnya dalam ko-kurikulum sebanyak 99 %. Manakala Penerima Anugerah Menteri Besar disandang oleh Saudara Dirt Amri, graduan Ijazah Usuluddin yang berasal daripada Kemboja.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil-wakil daripada IPTA dan APTS termasuk Rektor daripada IAIN Raden Intan, Lampung Indonesia serta Ahli Parliman dan Dewan Undangan Negeri Kelantan, Speker DUN Kelantan, dan Ibubapa. Pihak KIAS mengucapkan Tahniah kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.
Pada sebelah malam pula, Majlis Malam Keraian Graduan KIAS yang bertempat di Dewan Teratai pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan bagi meraikan kejayaan graduan KIAS.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
300 PELAJAR TELAH MENDAFTAR KE KIAS UNTUK KEMASUKAN SESI JUN 2010 |
6/15/2010 4:54:10 PM
|
13 Jun 2010 - KIAS hari ini telah menerima pendaftaran pelajar baru bagi pengambilan sesi Jun 2010. Pendaftaran pelajar baru telah bermula pada seawal jam 8.00 pagi yang bertempat di bilik kuliah. Sesi kali ini menyaksikan tiga kursus baru iaitu Kewangan Islam, Qiraat dan Taranum serta Tahfiz al-Quran yang mula mendapat pelajar sulungnya. Seramai 300 orang telah mendaftar mengikut kursus pilihan masing-masing iaitu 90 orang mengambil Kursus Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Syariah dengan kerjasama Kolej Universiti Insaniah (KUIN), manakala Bagi Kursus Diploma seramai 181 orang dan selebihnya adalah 29 orang daripada Sijil Pengajian Islam . Setelah pendaftaran dibuat, para pelajar dan ibubapa yang hadir diberi taklimat mengenai pembelajaran di KIAS yang disampaikan oleh Dato' Dr Johari bin Mat, Ketua Eksekutif KIAS. Selamat datang dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar baru yang telah terpilih untuk menyambung pengajian di KIAS.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
LAWATAN DARI PERSATUAN BAHASA ARAB, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR, KEDAH. |
6/15/2010 4:51:34 PM
|
6 Jun 2010 - KIAS telah menerima kunjungan daripada Persatuan Bahasa Arab, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar, Kedah. Seramai 84 orang yang hadir terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan serta guru pengiring yang diketuai oleh Ustaz Mahyizam Mat Lazim. Pada sesi pertama, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Mahasiswa, Saudara Khairul Anam dan disusuli oleh ucapan daripada wakil Rombongan iaitu Ustaz Mahyizam Mat Lazim. Manakala taklimat mengenai KIAS telah disampaikan oleh Ustaz Faizul bin Hussin, Unit Perhubungan Awam dan Promosi. Pihak rombongan berharap lawatan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan pelajar mereka bagi menyambung pengajian di KIAS terutamanya dari aliran Agama yang telah diwujudkan di sekolah mereka.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
ROMBONGAN DARI MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG |
5/31/2010 3:10:33 PM
|
29 Mei 2010 - KIAS telah menerima kunjungan daripada Maahad Tahfiz Negeri Pahang dalam usaha mendapatkan maklumat serta berkongsi pengalaman terutamanya dalam bidang Tahfiz & Qiraat dengan pihak KIAS. Rombongan ini yang tiba di KIAS pada pukul 11.30 pagi terdiri daripada 31 orang pelajar dan 9 orang pensyarah diketuai oleh Ustaz Zuhaidi bin Abd Rahman. Pada sesi pertama, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Mahasiswa, Saudara Khairul Anam dan disusuli oleh ucapan daripada wakil Rombongan. Manakala taklimat mengenai KIAS telah disampaikan oleh Ustaz Lokman bin Ibrahim, Ketua Jabatan Al-Quran dan Hadis sehingga sesi terakhir dimana dialog dan soal jawab berlangsung antara dua pihak. Sehubungan dengan itu, lawatan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan di kalangan pelajar-pelajar di samping bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran di antara Persatuan Mahasiswa.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
LAWATAN DARIPADA PELAJAR SUMATERA BARAT INDONESIA |
5/31/2010 3:09:25 PM
|
6 Mei 2010 - Pada hari ini, KIAS telah menerima rombongan kerja daripada Pelajar Sumatera Barat Indonesia. Seramai 37 orang pelajar dan empat orang pengiring telah hadir untuk mengadakan lawatan di KIAS. Rombongan ini sedang mengadakan program Pertukaran Pelajar Sumatera Barat, Indonesia bermula 26 April 2010 sehingga 9 Mei 2010 dibawah kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Yayasan Islam Kelantan (YIK). KIAS adalah antara kolej yang dipilih untuk dilawati dalam usaha mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkaitan peluang pengajian yang boleh diterokai oleh setiap pelajar dari Indonesia. Seterusnya mereka diberi taklimat mengenai KIAS oleh Ustaz Zulqarnain bin Hassan iaitu Ketua Jabatan Syariah. Diharapkan dengan lawatan ini, dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak dan menanam minat pihak rombongan untuk melanjutkan pengajian ke KIAS.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
LAWATAN DARIPADA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU MAADAH AL-TARBIAH AL-ISLAMIAH, PERAK |
5/31/2010 3:07:46 PM
|
25 April 2010 - KIAS menerima kunjungan daripada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Perak yang tiba seawal jam 9.00 pagi. Mereka disambut oleh Pegawai Khas KIAS, Ustaz Zahari bin Sulaiman dan beberapa kakitangan KIAS. Rombongan ini merupakan daripada guru-guru sekolah dan pelajar-pelajar yang cemerlang mengikut tingkatan bersama-sama ibubapa masing-masing. Lawatan tersebut diketuai oleh Pengetua Sekolah dan Pengerusi PIBG. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Utz Zahari Sulaiman berkaitan peluang pengajian di KIAS. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dr. Idris bin Awang, Timbalan Ketua Eksekutif Akademik dan Ustaz Zulqarnain bin Hassan, Ketua Jabatan Syariah. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengetua Sekolah Maahad yang memberi penerangan mengenai sekolah Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah berkaitan sejarah dan perkembangan sekolah berkenaan.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
LAWATAN DARIPADA MAAHAD TAHFIZ SAINS PERAK |
5/31/2010 3:06:58 PM
|
19 April 2010 - Pada hari ini, KIAS telah menerima kunjungan daripada pelajar Maahad Tahfiz Sains, Perak. Mereka tiba jam 10.00 pagi dan disambut oleh wakil dari pihak KIAS. Mereka terdiri daripada 70 orang pelajar dan beberapa orang guru pengiring. Taklimat berkaitan KIAS telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Syariah iaitu Ustaz Zulqarnain bin Hassan mengenai penubuhan dan perancangan KIAS pada masa kini. Taklimat tersebut disusuli dengan perbincangan dan pertukaran maklumat antara kedua-dua pihak mengenai pengajian di KIAS.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
JAMUAN PIMPINAN PMKIAS DENGAN KAKITANGAN |
5/31/2010 3:05:09 PM
|
19 April 2010 - Pimpinan Persatuan Mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (PMKIAS) sesi 2010/2011 telah mengaturkan pertemuan dengan pihak Pengurusan KIAS dalam usaha merapatkan lagi hubungan dengan pihak pentadbiran. Pada sesi pagi, Majlis Syura PMKIAS yang diketuai oleh Presidennya, Mohd Khairul Anam telah membuat pertemuan dengan dengan Majlis Pengurusan Ketua Eksekutif yang dihadiri oleh Ketua Eksekutif KIAS, Dr. Johari bin Mat, Timbalan Ketua Eksekutif Akademik, Timbalan Ketua Eksekutif Pelajar dan Pendaftar dalam membincangkan beberapa perkara berkaitan pelajar. Pada sesi tengah hari pula, pihak PMKIAS telah menganjurkan jamuan makan tengah hari yang dihadiri oleh semua Pensyarah dan kakitangan KIAS. Pimpinan PMKIAS ini merupakan pimpinan yang baru terpilih melalui Pilihan Raya Kampus pada 24 Januari 2010 yang lepas. Majlis ini secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan silaturahim antara pensyarah, kakitangan KIAS dan para pelajar.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
LAWATAN SAMBIL BELAJAR MAAHAD AHMADI PADANG SIAM |
3/16/2010 4:29:10 PM
|
14 Mac 2010 - Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) telah menerima rombongan daripada Maahad Ahmadi Padang Siam, Tanah Merah, Kelantan. Rombongan yang disertai oleh lebih 80 orang pelajar lepasan SPM termasuk para pelajar yang sedang menduduki pengajian Tingkatan 6 bawah bersama dua orang guru pengiring. Rombongan ini tiba di KIAS pada Jam 12.30 tengah hari telah di sambut oleh Ustazah Fatimah binti Ali merupakan Ketua Jabatan Dakwah Wal Qiadah. Sesi taklimat dan soal jawab telah berlangsung di Dewan An-Nawawi oleh Ustaz Tuan Sapuan bin Tuan Ismail, Penyelaras program Ijazah dengan kerjasama KUIN. Majlis di akhiri dengan jamuan makan tengah hari sebelum bertolak pulang selepas selesainya solat Zohor di Masjid Kampung Laut.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
RETREAT PENGURUSAN AKADEMIK |
3/10/2010 9:12:10 AM
|
1 Mac 2010 - Di dalam usaha untuk memantapkan lagi pengurusan di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), pihak kolej melalui unit latihan telah menganjurkan Retreat Pengurusan Akademik pada 15 Rabiulawal 1431 M / 1 Mac 2010 M, bertempat di Dewan Teratai, Pantai Sri Tujuh Resort, Tumpat, Kelantan, dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang. Retreat ini melibatkan semua Ketua-ketua Jabatan termasuk Jabatan yang baru ditubuhkan selepas mendapat kelulusan untuk menjalankan beberapa program pengajian tambahan. Retreat ini membincangkan struktur pengurusan, bidang tugas jabatan, proriti kerja, latihan staf, latihan pensyarah, keanggotaan Jabatan dan input-input lain yang lebih positif ke arah meningkatkan lagi kewibawaan KIAS sebagai sebuah Kolej Islam yang mampu menyediakan peluang-peluang pengajian kepada masyarakat Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.
Retreat yang dijalankan kali ini turut mengambil kira aspek-aspek pembangunan setiap Jabatan ke arah yang lebih baik.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
LAWATAN MAHABBAH KELAB KURSUS SENI AL-QURAN KUIN KE KIAS |
1/26/2010 8:06:55 AM
|
23 Januari 2010 - KIAS telah menerima rombongan lawatan daripada Kelab Kursus Seni Al-Quran, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah. Lawatan ini telah disertai oleh 80 orang mahasiswa bersama seorang pensyarah iaitu Ustaz Khairul Anuar bin Hj. Kassim. Rombongan yang tiba di KIAS seawal jam 8.30 pagi sempat bersiar-siar di kawasan Masjid Kampung Laut sebelum di sambut oleh Ustaz Tuan Sapuan bin Tuan Ismail, Penyelaras Program Kerjasama KIAS-KUIN merangkap pensyarah KIAS. Turut hadir dalam majlis tersebut iaitu wakil Persatuan Mahasiswa KIAS yang sempat memberikan sepatah dua kata kepada pihak rombongan.
Lawatan ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan yang sedia ada di samping bertukar-tukar pandangan dan berkongsi maklumat berkaitan kursus pengajian di KIAS. Turut dibincangkan berkaitan cara pelaksanaan pengajian al-Quran yang menjadi kursus yang penting bagi kedua-dua pihak. Menurut Ustaz Tuan Sapuan, pihak mahasiswa yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian yang ditawarkan dengan kerjasama KIAS-KUIN turut merancang untuk membuat lawatan ke Kolej Universiti Insaniah (KUIN) tidak lama lagi.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
KURSUS PANDUAN ARAH KIBLAT |
1/19/2010 10:08:17 AM
|
18 Januari 2010 - Mahasiswa KIAS khususnya bagi yang mengambil kuliah Falaq Syari'e sebagai pilihannya telah mendapat pendedahan apabila Jawatankuasa kuliah Falaq Syari'e menganjurkan Kursus Penentuan Arah Kiblat dengan kerjasama Unit Falaq Jabatan Mufti Kelantan bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia cawangan Kelantan. Antara yang turut hadir pada kursus tersebut ialah Encik Mohd Rozaimi Yaacob, Penolong Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Kelantan dan Ustaz Talhah bin Abdul Rahman Pegawai di Jabatan Mufti Kelantan serta beberapa kakitangan dari kedua-dua jabatan tersebut.
Peserta mendapat pendedahan awal melalui sesi taklimat oleh Penolong Pengarah Jabatan Ukur sebelum diberi latihan bertulis dalam pengiraan bagi menentukan arah kiblat. Selepas itu, peserta telah diberi peluang untuk mempraktikkan dan mencuba sendiri menggunakan alatan penentu arah kiblat yang dibekalkan. Masjid Kampung Laut juga dijadikan tempat dimana peserta mengukur dan menentu arah kiblat yang sebenar dengan dibimbing sendiri oleh Kakitangan yang berkaitan.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
PEMBENTANGAN KEPENTINGAN TERANNUM DI DALAM AL-QURAN |
1/17/2010 10:25:38 AM
|
17 Januari 2010 - Siri tazkirah mingguan KIAS diteruskan lagi dengan perbentangan kepentingan tarannum al-Quran yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Usuluddin KIAS, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Lukman bin Ibrahim Al-Hafiz. Pembentangan beliau mendedahkan tentang tarannum adalah sebahagian daripada maksud tartil bersama-sama dengan fasahah, tajwid dan sebagainya.
(التغيى) Al-Taghanni mencakupi beberapa pengertian (تحسين الصوت) Tahsin al-Saut (memperelokkan bacaan), الاستغناء)) Al-Istighna’ (kaya dan mencukupi). Walaubagaimanpun jumhur ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan Al-Taghanni ialah tahsin al-Sout. (التحزن) Al-Tahazzun bermaksud merasa sedih dan terharu. Kepentingan unsur-unsur ini di dalam bacaan al-Quran. (التشاغل به) Al-Tasyaghul Bihi sentiasa berdamping dengan al-Quran.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
PROGRAM DERMA DARAH DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN |
1/12/2010 12:19:08 PM
|
11 Januari 2010 - Unit Tabung Darah Hospital Raja Perempuan Zainab II telah mengadakan Program Derma Darah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Program ini yang bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang di Qa’ah An-Nawawi telah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh Pelajar, Staf dan Pensyarah KIAS. Menurut Unit Tabung Darah, beliau menjangkakan sehingga 50 penderma darah untuk kali ini tetapi penderma yang menderma telah mencapai sehingga lebih 90 orang sehingga tamat pada jam 4 petang. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada penderma semoga sumbangan yang diberikan di terima oleh Allah dan diharap dapat membantu pihak hospital untuk memberi bantuan kepada mana-mana insan yang memerlukan. Program ini juga dapat mendidik warga KIAS dalam merasai tanggungjawab terhadap orang yang memerlukan melalui apa juga sumbangan yang mampu diberikan.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
PERUTUSAN KETUA EKSEKUTIF SEMPENA TAHUN BARU |
1/11/2010 3:35:01 PM
|
10 Januari 2010 - Majlis Perutusan Ketua Eksekutif KIAS, Dr. Johari bin Mat telah berlangsung bersempena tahun baru Hijrah 1431/2010 yang bertempat di Qa’ah An-Nawawi KIAS. Majlis ini telah dihadiri oleh seluruh Kakitangan KIAS dari semua peringkat dan pensyarah-pensyarah KIAS. Dalam ucapannya, Ketua Eksekutif telah menekankan ke arah memperkukuhkan asas yang telah diletakkan sejak awal penubuhan KIAS iaitu Visi dan Misi KIAS. Antara isi kandungan Perutusan Ketua Eksekutif, Beliau telah menyebut beberapa pelaksanaan dan kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2009 serta menggariskan lima Plan Strategi 2010 yang akan dilaksanakan dengan menekankan KIAS kearah Kolej Universiti sebagai perkara utama pada tahun ini. Di akhir ucapan, Ketua Eksekutif mengucapkan terima kasih kepada semua warga KIAS atas sokongan yang diberikan selama ini dan mengharapkan tahun 2009 dijadikan iktibar untuk menghadapi tahun baru dengan penuh yakin.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
BENGKEL APLIKASI ‘UMI’ DALAM PROFESIONALISM PENSYARAH |
12/21/2009 9:48:45 AM
|
17 Disember 2009 - KIAS dibawah Unit Latihan dan Kualiti telah mengadakan Bengkel Aplikasi ‘UMI’ dalam Profesionalism Pensyarah yang bertempat di Dewan Selayang, Perdana Resort. Bengkel yang dihadiri oleh Semua Pensyarah KIAS ini telah dirasmikan oleh Dato’ Muhammad bin Daud, Pengerusi Majlis KIAS Darul Naim. Bengkel ini bertujuan untuk Mengaplikasikan konsep UMI iaitu Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan khususnya kepada pensyarah di KIAS dan sebagai menyahut seruan Kerajaan Negeri Kelantan. Perbincangan di dalam bengkel oleh pensyarah secara terperinci telah dibentangkan dan dibahaskan pada akhir bengkel sebagai satu keputusan bersama untuk pelaksanaan di KIAS. Bagi memastikan idea dan keputusan yang dibuat ini menjadi rujukan bertulis, ia akan didokumenkan sebagai ‘Dokumen 11’ di bawah Unit Kualiti KIAS sedikit masa lagi. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YABrs. Dr. Johari bin Mat, Ketua Eksekutif KIAS.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
1 Emas 2 Gangsa Milik Kontijen KIAS Di IPTIM |
12/15/2009 8:34:51 AM
|
3-7 Disember 2009 - KIAS telah menyertai sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Se Malaysia (IPTIM) dengan menghantar satu kontijen sukan bertempat di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Seramai 57 orang (47 lelaki dan 10 perempuan) bersama 3 Pengiring yang diketuai oleh Ustaz Ilias bin Ahmad, Pegawai Eksekutif Pembangunan dan Kegiatan Pelajar. Turut sama iaitu Ustaz Wazi bin Othman Pensyarah KIAS serta seorang pemandu bas.
KIAS telah berjaya membawa pulang satu pingat emas dan dua gangsa menerusi sukan Sepak Takraw dengan merangkul pingat emas setelah mengalahkan pasukan dari KUIS di pusingan akhir. Manakala Bola Sepak dan Olahraga 400 meter lelaki masing-masing membawa pulang pingat gangsa. KIAS juga berada di tempat keenam di bawah KUIN dalam kedudukan kumpulan keseluruhan daripada 10 IPT yang menyertai. Tempat pertama telah disandang oleh KUIS dan tuan rumah pula menduduki tempat yang kedua dengan berbeza pungutan pingat gangsa.
Kepulangan Kontijen KIAS telah disambut oleh Ketua Eksekutif, Timbalan Ketua Eksekutif HEA, HEP dan pendaftar serta pensyarah di pintu utama KIAS.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
KUNJUNGAN DARI AHLI PARLIMEN PALESTIN |
12/10/2009 11:48:17 AM
|
7 Disember 2009 - KIAS telah menerima kunjungan lawatan daripada Anggota Parlimen Palestin dan Wakil Majlis Pergerakan Perubahan dan Reformasi Palestin yang diketuai oleh Al-Syeikh Ismail Abdul Latif Al-Asyqar, Naib Ketua Gerakan Perubahan Dan Reformasi Palestin. Turut hadir sama iaitu Al-Syeikh Dr. Salem Abdul Hadi Salamah ( Ahli Parlimen Palestin bagi Kerajaan Hamas) serta Al-Syeikh Musyir al-Mashri Ketua Rombongan Antarabangsa merangkap Jurucakap bagi gerakan tersebut seorang wartawan rasmi mereka. Ketibaan rombongan telah disambut oleh Ketua Eksekutif, Dr. Johari bin Mat serta timbalan-timbalan ketua eksekutif, Pendaftar dan para Pensyarah. Lawatan mereka bertujuan merapatkan lagi hubungan dengan beberapa negara Islam telah disambut oleh kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan mengatur perjumpaan serta program ‘penerangan palestin’ kepada umat islam dinegeri ini disamping mencari dana dan bantuan kepada umat Islam yang ditimpa kesengsaraan di bumi Palestin. Taklimat dan perbincangan di KIAS telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azmin bin Daud. Sebelum pulang, wakil dari Hamas sempat menyampaikan ceramah ringkas kepada mahasiswa/i KIAS di Dewan Saddam Hussien berkenaan dengan peranan umat Islam dalam mendepani isu Palestin dan Baitul Maqdis.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
ISTIADAT KONVOKESYEN KIAS KALI KE XI 2009 |
8/20/2009 9:37:26 AM
|
17 Ogos 2009 - Konvokesyen KIAS kali ke XI 2009 berlangsung dengan penuh istiadat dengan menyaksikan seramai 178 orang graduan KIAS menerima Diploma dan Sijil masing-masing. Istiadat Konvokesyen pada kali ini telah disempurnakan oleh YAB Ust Ahmad bin Yaacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan dan beliau telah menyampaikan skrol kepada 45 orang graduan Diploma Al-Syariah, 29 orang graduan Diploma Usuluddin, 12 orang graduan Diploma al-Dakwah Wal Qiadah, 13 orang graduan Diploma Bahasa Arab dan 72 orang graduan Program Ijazah Sarjana Muda (Berkembar 3+1 dengan Univ. Al-Azhar, Mesir). Manakala Penerima Anugerah Menteri Besar pada tahun ini disandang oleh Sdri Latipah binti Sidik dari Jabatan Usuluddin. Walaupun Istiadat Konvokesyen berjaya dilangsungkan, pihak KIAS melahirkan rasa dukacita kerana tidak dapat meraikan graduan-graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka dengan mengadakan Majlis Malam Keraian Graduan dan Pesta Konvokesyen sebagaimana amalan-amalan sebelumnya disebabkan penularan Influenza H1N1 di seluruh Malaysia baru-baru ini.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
SEPETANG BERSAMA TN HJ AYOB ABD RAHMAN |
5/26/2009 9:45:49 AM
|
24 Mei 2009 - KIAS telah mengadakan satu ceramah bertajuk "PENDEDAHAN TENTANG GERAKAN KRISTIANISASI" yang telah disampaikan oleh Tuan Hj Ayob Abd Rahman. Ceramah yang bermula jam 3.00ptg bertempat di Qa'ah An Nawawi KIAS ini telah dihadiri oleh semua staf KIAS,wakil Yayasan Islam Kelantan dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri serta pelajar-pelajar. Beliau merupakan pendakwah Islam di Malaysia khususnya di Sarawak yang bergerak aktif semenjak 20 tahun lalu. Di dalam ceramah tersebut beliau banyak berkongsi pengalaman dan pengetahuannya tentang gerakan serta agenda Kristianisasi terhadap orang -orang Islam khususnya di Malaysia. Disamping itu beliau juga menyeru para hadirin supaya turut bersama-sama meningkatkan aktiviti dakwah agar gerakan ini dapat dicegah dari terus menular khususnya kepada remaja muslim.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[Prev] |
[Main] |
[Last] |
[Next] |
|