BULETIN TAHUNAN
Buletin 2005
 
+ 13/10/2005
+ 28/09/2005
+ 26/09/2005
+ 26/09/2005
+ 20/09/2005
+ 05/09/2005
+ 24/08/2005
+ 20/08/2005
+ 22/07/2005
+ 18/07/2005
+ 28/06/2005
+ 27/06/2005
+ 18/06/2005
+ 30/05/2005
+ 21/05/2005
+ 18/04/2005
+ 11/04/2005
+ 28/03/2005
+ 27/03/2005
+ 13/03/2005
+ 05/02/2005
+ 03/02/2005

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BULETIN 2005

Lawatan YAB Dato' Menteri Besar Kelantan ke KIAS
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

13 Oktober 2005 – Pada 13 Oktober 2005, YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar Kelantan telah mengadakan lawatan kerja ke KIAS. Bersempena dengan lawatan tersebut, satu taklimat khas mengenai perkembangan KIAS telah disampaikan.


Mesyuarat Kerjasama IPTS
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

28 September 2005 – Mesyuarat ini telah diadakan pada 28 September 2005 bertempat di Kolej Bestari, Setiu, Terengganu. Antara agenda yang dibincangkan ialah memorandum persefahaman konsortium IPTS dan cadangan-cadangan berhubung dengan kerjasama IPTS.


Promosi KIAS ke Singapura
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

26 – 28 September 2005 – Pada 26 hingga 28 September 2005, Timbalan Ketua Eksekutif (HEA) dan dua orang pegawai KIAS telah mengunjungi beberapa buah sekolah Agama di Singapura dan menyampaikan taklimat berhubung dengan kemasukan ke KIAS. Ia adalah merupakan salah satu usaha bagi memperluaskan aktiviti promosi dan publisiti KIAS.


Seminar Tulisan Jawi
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

26 September 2005 – Pada 26 September 2005, Ketua Eksekutif telah dijemput sebagai salah seorang panel untuk membentangkan kertas kerja di Seminar Tulisan Jawi, anjuran Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) Wilayah Timur.


Penghantaran Pelajar-pelajar KIAS ke Mesir
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

20 September 2005 – Pada 20 September 2005, seramai 99 pelajar KIAS telah bertolak ke Mesir untuk menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang masing-masing di Universiti Al-Azhar.


Majlis Konvokesyen KIAS kali ke-7
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

5 September 2005 – Majlis Konvokesyen KIAS kali ke-7 telah diadakan pada 5 September 2005, bertempat di Dewan Besar, Kompleks Balai Islam, Kota Bharu yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan. Seramai 136 orang graduan yang terdiri dari kedua-dua program pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda telah menerima sijil masing-masing.


Lawatan YAM Tengku Mohd Amir Saifuddin Raja Aman Shah ke KIAS
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

24 Ogos 2005 – Pada 24 Ogos 2005, YAM Tengku Mohd Amir Saifuddin bin Raja Aman Shah dan rombongan telah mengadakan lawatan ke KIAS. Satu sesi taklimat khas berhubung pembangunan KIAS telah disampaikan.


Seminar Kepenggunaan
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

20 Ogos 2005 – Seminar ini telah diadakan pada 22 Ogos 2005 bertempat di Dewan Utama KIAS. Seminar dalaman kepada pelajar-pelajar KIAS ini adalah anjuran Persatuan Mahasiswa KIAS.


Mesyuarat Sekretariat IKBA Kali Ke – 4
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

22 Julai 2005 – Mesyuarat ini telah diadakan pada 22 Julai 2005 bertempat di Marsah, Johor. Agenda yang dibincangkan ialah laporan rombongan IKBA ke Mesir, lawatan rektor Universiti al-Azhar, Memorandum pengecualian STAM dan aktiviti pelajar.


Mesyuarat Sekretariat IKBA kali ke-4
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

18 - 21 Julai 2005 – Mesyuarat ini telah diadakan pada 22 Julai 2005 bertempat di Marsah, Johor. Agenda yang dibincangkan ialah laporan rombongan IKBA ke Mesir, lawatan mesir Universiti Al-Azhar, Memorandum pengecualian STAM dan aktiviti pelajar.


Kunjungan Tetamu Dari Arab Saudi
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

28 Jun 2005 – Pada 28 Jun 2005, KIAS telah menerima kunjungan seorang Ketua Ulama' dari Arab Saudi. Sesi taklimat khas berhubung dengan pembangunan KIAS telah disampaikan. Beliau juga telah dijemput untuk bersama pelajar-pelajar KIAS di dalam satu sesi dialog.


Taklimat Oleh Pegawai PTPTN
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

27 Jun 2005 – Pada 27 Jun 2005, beberapa orang pegawai dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mengadakan taklimat berhubung dengan kemudahan pinjaman pendidikan oleh PTPTN kepada semua pelajar KIAS.


Kunjungan Ke Mesir
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

18 – 26 Jun 2005 – Pada 18 hingga 26 Jun 2005, Ketua Eksekutif bersama beberapa orang anggota dari Institusi Berkembar dengan Universiti Al-Azhar (IKBA) telah berkunjung ke universiti Al-Azhar, Mesir bagi mengadakan perbincangan berhubung pengiktirafan terhadap kursus-kursus pengajian yang dilaksanakan di IKBA oleh pihak Universiti Al-Azhar.


Mesyuarat Jawatankuasa Khas Lawatan Rektor Universiti Al-Azhar dan Rombongan ke Institusi / Kolej Berkembar dengan al-Azhar
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

30 Mei 2005 – Mesyuarat ini telah diadakan pada 30 Mei 2005, bertempat di KUSZA, Kuala Terengganu. Antara agenda yang dibincangkan ialah mengenai penyelarasan silibus untuk pengiktirafan Universiti Al-Azhar.


Festival Nasyid Peringkat Negeri Kelantan
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

30 Mei 2005 – Pada 30 Mei 2005, Kumpulan Nasyid KIAS telah menjuarai Festival Nasyid Peringkat Negeri Kelantan dan seterusnya mewakili Kelantan ke peringkat Kebangsaan pada bulan Jun 2005.


Dialog Bersama NGO
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

21 Mei 2005 – Pada 21 Mei 2005, Ketua Eksekutif KIAS telah dijemput untuk program Dialog Bersama NGO bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu. Program ini adalah anjuran Urusetia Pembangunan Wanita Negeri Kelantan.


Mesyuarat Sekretariat IKBA Kali Ke 3
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

18 April 2005 – Mesyuarat ini telah diadakan pada 18 April 2005, di mana pada kali ini KIAS telah dipilih sebagai tuan rumah dan agenda yang dibincangkan ialah MOU dengan Universiti Kaherah, pemilihan dan perlantikan sekretariat 2005/2006 dan kajian pengiktirafan IKBA.


Seminar Pentadbiran Tanah
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

11 April 2005 – Seminar ini telah diadakan pada 11 April 2005 bertempat di Hotel Perdana. Seminar di peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Al-Syariah ini mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat yang terdiri dari pelbagai golongan.


Majlis Makan Malam KIAS Bersama Wartawan
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

28 Mac 2005 – Majlis ini telah diadakan pada 28 Mac 2005 bertempat di Dewan Bunga Mas, Hotel Perdana. Malam Mesra KIAS Bersama Wartawan merupakan majlis perjumpaan khas di antara KIAS dengan para wartawan yang bertujuan untuk memaklumkan perkembangan terkini KIAS. Ia juga sebagai satu usaha ke arah mempergiatkan aktiviti promosi dan publisiti KIAS.


Temuduga Untuk Jawatan Pensyarah
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

27 – 28 Mac 2005 – Pada 27 dan 28 Mac 2005, KIAS telah mengadakan sesi temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan pensyarah. Seramai 46 orang calon telah ditemuduga dan calon yang berjaya akan memulakan tugas pada sesi akademik yang akan datang.


Kursus Intensif Bahasa Arab & Bahasa Inggeris
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

13 Mac – 28 April 2005 – Kursus ini telah diadakan selama 7 minggu bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang lemah di dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.


Kursus Peningkatan Kualiti Pensyarah
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

5 – 6 Februari 2005 – KIAS telah menganjurkan Kursus Peningkatan Kualiti Pensyarah pada 5 dan 6 Februari 2005. Kursus ini diwajibkan kepada semua tenaga akademik KIAS dan merupakan salah satu usaha ke arah memantapkan kecemerlangan akademik di KIAS.


Smart Partnership Dialogue
Thu |15-06-2006 |10:47 PM

3 Februari 2005 - Timbalan Ketua Eksekutif (HEP) dan Timbalan Pendaftar telah mewakili KIAS bagi menghadiri 'Smart Partnership Dialogue' anjuran Kementerian Pengajian Tinggi yang diadakan di Marriot Putrajaya Hotel, Kuala Lumpur.

 

Disediakan oleh
Puan Zaizura
     

hakcipta terpelihara© 2005-2006 - Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
[ IPTS070-KP (JPS) 5195 / IPTS / 1007 ]