PKPI
 
PKPI


INFO KALIGRAFI

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
" Allah itu indah dan Dia suka kepada keindahan "- Riwayat Muslim & Ahmad

Antara kesenian yang masih lagi diwarisi dan menjadi kebanggaan umat Islam sehingga kini ialah Seni Kaligrafi Islam. Seni ini pada mulanya dapat dilihat pada penulisan mushaf di dalam bentuk tulisan khat Kufi, tetapi kemudiannya semakin meluas sehingga dapat dilihat pada binaan masjid, kraftangan dan hiasan rumah dengan pelbagai bentuk tulisan khat yang begitu indah dan memukau pandangan.

Keindahan Seni Kaligrafi ini dapat mencetuskan penghayatan yang tinggi terhadap rasa cinta kepada agama dan ia membuktikan agama Islam sebagai agama yang sempurna dari semua aspek kehidupan manusia. Di samping itu juga, ia dapat meneruskan tradisi kecemerlangan umat Islam masa lampau di dalam bidang kesenian.


  • Menimbulkan kesedaran tentang pentingnya tulisan khat dan jawi dalam tamadun Islam dan kemajuan bangsa Melayu.
  • Mengetahui perkembangan tulisan khat dan jawi serta hubungannya dengan Al-Quran dan Islam.
  • Latihan menghasilkan kraftangan bersepadu dengan seni khat dalam berbagai media.
  • Menyediakan kemahiran menulis khat yang pelbagai dan latihan keusahawanan serta profesional.


Kursus Seni Kaligrafi Islam ini terdiri daripada :

MODUL 1:
Subjek 1
KPIK 101 Penulisan Khat Nasakh & Thuluth (Sejarah khat Nasakh & Thuluth, menulis huruf tunggal, huruf sambung & petikan ayat-ayat al-Quran & Hadith)
Subjek 2
KPIK 102 Kemahiran Kraftangan (I)
(Poster, Potongan, Sepanduk, Tulisan Latar (Backdrop))

MODUL 2:
Subjek 1
KPIK 201 Penulisan Khat Riq'ah dan Diwani (Sejarah khat Ruq'ah & Diwani, menulis huruf tunggal, huruf sambung & petikan ayat-ayat al-Quran & Hadith)
Subjek 2
KPIK 202 Kemahiran Kraftangan (II)
(Plastik plate, Sulaman & Tenunan, Labuci & Parade)

MODUL 3:
Subjek 1
KPIK 301 Penulisan Khat Farisi dan Kufi (Sejarah khat Farisi & Kufi, menulis huruf tunggal, huruf sambung & petikan ayat-ayat al-Quran & Hadith)
Subjek 2
KPIK 302 Kemahiran Kraftangan (III)
(Cooper tooling, Brass tooling, Cermin, Silk Screen)

MODUL 4:
Subjek 1
KPIK 401 Awanlarat & Hiasan (Zukhrafah)
(Aplikasi Keenam-enam jenis penulisan khat, & Melukis Zukhrufah (Awanlarat))
Subjek 2
KPIK 402 Kemahiran Kraftangan (IV)
(Ukiran Kayu, Papan Tanda, Potongan Loga, Tulisan Batik)



Tempoh pengajian adalah selama empat bulan bagi setiap modul. Jumlah jam bagi setiap modul ialah 32 jam.


Kuliah akan bermula pada hari Jumaat (3.00 ptg - 5.00 ptg)


Bayaran yuran yang dikenakan bagi setiap peserta ialah RM 210.00 bagi satu modul termasuk yuran pendaftaran dan nota kursus. Bayaran boleh dibuat secara ansuran bulanan. Bayaran ansuran pertama RM 100.00 perlu dibayar semasa hari pendaftaran.

Jumlah bayaran pada hari pendaftaran ialah:

Pendaftaran

RM 10.00

Bayaran Ansuran Pertama
RM 100.00
JUMLAH
RM 110.00


Sijil akan diberikan kepada mana-mana peserta yang mengikuti kesemua subjek / modul. Bagi peserta yang mengikuti satu modul dari mana-mana modul, surat pengakuan penyertaan dikeluarkan jika perlu.


Tenaga pengajar berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang Ilmu Qiraat & Tarannum, iaitu:

Ustaz Mahmood Awang
M.A Fiqh Perbandingan, Al-Azhar
Diploma Seni Khat, Sekolah Seni Khat, Kaherah

Pengalaman:
- Menyediakan backdrop, astaka ujian tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa (1984-1990)
- Pensyarah sambilan seni khat Universiti Malaya
- Pensyarah seni khat Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur
- AJK Seni Khat Kebangsaan

Ustaz Nik Abd. Rahman Zaki Nik Abd Kadir
B.A Bahasa Arab, Al-Azhar
Diploma Seni Khat, Kaherah
Diploma Lanjutan Seni Khat, Kaherah

Pengalaman:
- Johan Peringkat MASSAK 3 tahun berturut-turut (1989-1991)
- Johan Peringkat ASEAN di Brunei Darussalam (1991, 1993, 1995, 1997)
- Tempat Kedua daripada sepuluh terbaik seluruh Mesir Diploma Seni Khat tahun 2001.


Pendaftaran dibuka mulai sekarang.


" Melalui kursus ini saya dapat mengenal, pandai dan hampir mahir ilmu Khat yang merupakan salah satu dari kesenian Islam yang tinggi nilainya ". - Cikgu Mustafa bin Hasan

" Sebelum mengikuti kursus ini saya hanya boleh melihat dan kadang-kadang tidak memahami ayat yang ditulis. Setelah belajar ilmu Khat di KIAS, saya dapat menilai seni tulisan Islam ini serta dapat membaca dan mengenali jenis-jenis tulisan yang ada ". - En. Nik Azman bin Nik Mohamed (Penyelia Teknik Telekom)

" Kursus penulisan khat yang saya ikuti ini amat berfaedah dan patut diteruskan hingga ke peringkat yang lebih tinggi " - Wan Yahya bin Jusoh (Pembantu Pustakawan APIUM, Nilam Puri)

kemaskini: 16 November, 2012 10:19 AM

hakcipta terpelihara© 2005-2006
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) [ IPTS070-KP (JPS) 5195 / IPTS / 1007 ]