Pengurusan
Program Pengajian Akademik Pentadbiran Galeri Unit-Unit Pertanyaan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 






    Blok Pentadbiran

Ini merupakan blok pejabat pentadbiran yang menempatkan seramai 50 orang kakitangan KIAS yang berusaha menjalankan semua operasi KIAS dan memastikan semua pelajarnya mendapat kemudahan pembelajaran yang berkesan.

 

 




Blok Akademik

KIAS menyediakan kemudahan bilik-bilik kuliah dan tutorial yang berhawa dingin bagi mempastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan baik dan penuh keselesaan.

 

 



Perpustakaan KIAS

Perpustakaan KIAS menyediakan pelbagai sumber maklumat, perkhidmatan dan kemudahan untuk memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan kepada para pelajar dan Pensyarah KIAS. Bahan-bahan rujukan yang disediakan ialah seperti buku, majalah, jurnal, surat khabar, tesis dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga berpeluang mendapat kemudahan menggunakan Perpustakaan al-Malik Faisal, Universiti Malaya yang terletak bersebelahan dengan kampus KIAS.


Asrama Siti A'isyah

KIAS menyediakan kemudahan asrama berhampiran kampus pengajian yang boleh menempatkan seramai kira-kira 500 orang pelajar perempuan dan 220 orang pelajar lelaki. Selain daripada itu, kemudahan rumah-rumah sewa yang diurus oleh Persatuan Pelajar juga disediakan. Asrama ini juga dilengkapi dengan kemudahan kafeteria, Cyber Cafe, bilik tetamu  dan bilik bacaan.

 


Kemudahan IT

KIAS menekankan aspek pembangunan dan penggunaan IT yang maksima di kalangan pihak pentadbiran, kakitangan akademik dan juga pelajar-pelajarnya sebagai teras kekuatan sistem pendidikan. Makmal komputer berhawa dingin disediakan untuk kemudahan pembelajaran.

          


Masjid Kampung Laut

Kemudahan menunaikan solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di Masjid tertua di Malaysia iaitu masjid Kampung Laut menjadi satu keistimewaan. Masjid ini terletak bersebelahan dengan bangunan pentadbiran KIAS.

 


Bilik Jahitan

KIAS juga menyediakan kemudahan bilik jahitan kepada pelajar-pelajar KIAS yang mengambil kursus Jahitan sebagai mata pelajaran pilihan mereka. KIAS meyediakan lebih kurang 21 buah mesin jahit yang dapat menampung keperluan pembelajaran pada satu-satu masa

 


Padang Riadah

Selain daripada mengikuti kuliah dan aktiviti bercorak akademik, pelajar-pelajar KIAS juga disediakan dengan kawasan untuk bersukan seperti padang bola, gelanggang sepak takraw, bola tampar dan gelanggang badminton.

 

                  




Skim Perlindungan

Pelajar akan diberi perlindungan insurans secara berkelompok sepanjang tempoh pengajiannya di KIAS.

Klinik Kesihatan Pelajar

Klinik Kesihatan KIAS ada disediakan bagi kemudahan para pelajar mendapatkan rawatan kesihatan. Selain daripada itu, pihak Kolej juga menyediakan perkhidmatan membawa pelajar-pelajar ke hospital / klinik yang berdekatan bagi membantu mereka yang sakit semasa berada di kampus / asrama.

Tabung Kebajikan Pelajar

Pihak Kolej juga mewujudkan Tabung Kebajikan Pelajar bagi membantu meringankan beban pelajar terutama bagi pelajar-pelajar miskin melalui sumbangan wang zakat dan derma dari agensi-agensi / syarikat orang perseorangan.



hakcipta terpelihara© 2005-2008 - Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
[ IPTS070-KP (JPS) 5195 / IPTS / 1007 ]