PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN SECARA ONLINE

 

LANGKAH-LANGKAH MENGISI BORANG PERMOHONAN SECARA ONLINE :

  • Sebagai peringatan dan langkah melancarkan proses permohonan, anda dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen peribadi dan sijil-sijil yang berkaitan seperti SPM, STAM, SMU dan Sijil Lain Yang Setaraf untuk rujukan anda.
  • Semua maklumat yang dimasukkan hendaklah maklumat yang benar dan berpandukan kepada dokumen asal. Sebarang pemalsuan maklumat boleh menyebabkan permohonan anda DITOLAK.
  • Sila ikuti langkah-langkah mengisi borang permohonan secara online dengan teliti agar proses permohonan dapat dilakukan tanpa ada apa-apa masalah teknikal.
  • Permohonan Secara Online hanya perlu dilakukan SEKALI SAHAJA bagi setiap permohonan.


Langkah 1 : Pendaftaran Maklumat Peribadi (Bahagian A)

  • Di Bahagian A, anda dikehendaki mengisi maklumat peribadi dengan lengkap.
  • Isi medan Nama, No. Kad Pengenalan, Tarikh Lahir, Umur, Tempat Lahir, Keturunan, Kewarganegaraan, Jantina, Alamat Asal, Alamat Surat Menyurat, No. Telefon Rumah dan No. Telefon Bimbit. Medan Berwarna Kuning Adalah Ruangan WAJIB isi. Sila kosongkan medan yang tidak berkaitan jika tiada maklumat untuk diisi.
  • Sila gunakan huruf besar untuk mengisi semua maklumat permohonan. Klik Butang "Seterusnya" setelah semua maklumat telah dimasukkan.


Langkah 4: Pendaftaran Maklumat Akademik (Bahagian B)

  • Di Bahagian B, anda dikehendaki mengisi maklumat akademik dengan lengkap.
  • Terdapat 4 bahagian untuk diisi dengan maklumat akademik iaitu keputusan peperiksaan SPM, keputusan peperiksaan STAM, keputusan peperiksaan SMU (maklumat tambahan) dan keputusan peperiksaan sijil-sijil lain.
  • Sila masukkan subjek-subjek dan gred yang berkaitan pada medan tambahan jika bilangan subjek yang telah disediakan tidak mencukupi.
  • Sila gunakan huruf besar untuk mengisi semua maklumat permohonan.

  • Bagi anda yang tidak menepati syarat kelayakan bagi SPM atau STAM, anda boleh mengisi keputusan peperiksaan SMU sebagai maklumat tambahan.
  • Isikan maklumat keputusan peperiksaan SMU dengan lengkap atau abaikan ruangan ini jika syarat kelayakan telah dipenuhi.
  • Untuk mengetahui syarat-syarat kemasukan dengan lebih terperinci, anda boleh merujuk kepada Syarat Kelayakan Masuk pada menu pilihan di sebelah kiri borang permohonan.

  • Jika anda mempunyai syarat kelayakan setaraf selain daripada keputusan SPM, STAM atau SMU, anda boleh mengisi maklumat tersebut pada ruangan "Sijil-Sijil Lain" dengan lengkap.
  • Klik butang "Seterusnya" jika semua maklumat akademik telah dimasukkan.
  • Sila gunakan huruf besar untuk mengisi semua maklumat permohonan.
Langkah 5 : Pilihan Kursus Pengajian (Bahagian E)

  • Di Bahagian F (bahagian terakhir), anda dikehendaki memilih kursus pengajian mengikut keutamaan di samping maklumat yang berkaitan.
  • Anda juga DIWAJIBKAN mengisi ruangan pengakuan berpandukan kepada terma-terma yang dinyatakan.
  • Klik butang "Hantar" untuk menamatkan permohonan secara online.

Permohonan Tamat : Makluman Status Permohonan

  • Akhirnya, anda akan dimaklumkan dengan status pemprosesan maklumat permohonan yang telah dihantar ke pangkalan data.
  • Sila klik Butang "Akses Keluar" untuk keluar dari ruangan permohonan secara online.

 

Sebarang Pertanyaan Atau Permasalahan Mengenai Permohonan Secara Online
Sila Hubungi Webmaster ditalian:
0129863217 (Ust Mohd Rawizal Mohd Nawi)
atau e-melkan pertanyaan anda ke alamat:
admin@kias.edu.my
(Sebarang maklumbalas diterima pada hari bekerja sahaja (Ahad - Khamis | 8.00 pagi - 5.00 petang)

 

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) [ IPTS070-KP (JPS) 5195 / IPTS / 1007 ]
Peti Surat 68, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu Kelantan. Tel: 609-7129386 / 609-7129387 Faks. 609-7129444
Laman Web: http://www.kias.edu.my E-mel: admin@kias.edu.my