Kecenderungan umat Islam masa kini terhadap al-Quran semakin ketara terutama dalam bidang bacaan dan hafalan. Ini terbuktidengan tertubuhnya Maahad Tahfiz di kebanyakan negeri di Malaysia.
Namun, di sana satu ilmu yang agak malap perkembangannya kerana tidak ramai yang mahir dalam bidang ini bahkan seolah-olah terasing dalam minda masyarakat sekarang, padahal ia wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Cuma tiada nama khusus bagi disiplin ilmu ini sehinggalah diperkenalkan dengan nama (Ilmu Qiraat & Tarannum) oleh beberapa orang ulama yang mengembalikan kegemilangannya.
Kursus ini diyakini boleh memperkembangkan ilmu qiraat & tarannum seterusnya meneruskan kesinambungan usaha murni ulama terdahulu demi untuk mengekalkan kegemilangannya.
Melalui kursus ini diharapkan para peserta dapat mencapai objektif-objektif berikut:
Menambah pengetahuan tentang ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran seperti ilmu Qiraat dan Tarannum.
Memahami tentang bacaan al-Quran yang mutawatir seperti Warsy, Qalun, Ibnu Kathir, al-Duriy dan Hamzah.
Menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam pembacaan al-Quran secara tarannum.
Kursus Pengajian Ilmu Qiraat & Tarannum ini terdiri daripada 4 Modul iaitu:
MODUL 1:
Subjek 1
KPIQ 101 Tajwid Riwayat Hafs
Subjek 2
KPIQ 102 Kaedah Riwayat Qalun
Subjek 3
KPIQ 103 Pengenalan Ilmu Qiraat
MODUL 2:
Subjek 1
KPIQ 201 Ilmu Tarannum (I)
Subjek 2
KPIQ 202 Kaedah Qiraat Ibnu Kathir dan Riwayat al-Duriy 'An Abi 'Amr
Pusat Kursus Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (PKPII)
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
Peti Surat 68, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu Kelantan
Tempoh pengajian adalah selama empat bulan bagi setiap modul. Jumlah jam bagi setiap modul ialah 32 jam.
Peserta boleh memilih antara dua sesi berikut:
Sesi Malam
Khamis : (8.00 - 10.00 malam)
Sesi Petang
Jumaat : (3.00 - 5.00 petang)
* Tertakluk kepada bilangan peserta
Kuliah akan bermula seperti berikut:
Sesi Malam
Khamis : (6/11/08) 8.00 - 10.00 mlm
Sesi Petang
Jumaat : (7/11/08) - 3.00 - 5.00 petang
Bayaran yuran yang dikenakan bagi setiap peserta ialah RM 210.00 bagi satu modul termasuk yuran pendaftaran dan nota kursus. Bayaran boleh dibuat secara ansuran bulanan. Bayaran ansuran pertama RM 100.00 perlu dibayar semasa hari pendaftaran.
Jumlah bayaran pada hari pendaftaran ialah:
Pendaftaran
RM 10.00
Bayaran Ansuran Pertama
RM 100.00
JUMLAH
RM 110.00
Sijil akan diberikan kepada mana-mana peserta yang mengikuti kesemua subjek / modul. Bagi peserta yang mengikuti satu modul dari mana-mana modul, surat pengakuan penyertaan dikeluarkan jika perlu.
Tenaga pengajar berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang Ilmu Qiraat & Tarannum, iaitu:
Ustaz Muhammad Amiri bin Abdul Ghani
B.A Usuluddin, Univ. Al-Azhar
Ijazah Sanad Qiraat 10
Ustaz Muhammad Lukman Al-Hafiz b. Ibrahim
M.A Usuluddin, UM
B.A Usuluddin, UM
Ahli Tarannum / Qari Jemputan
Ustaz Mohd Azhar bin Abdullah
M.A Syariah & Undang-Undang, UM
B.A Syariah, Univ. Al-Azhar, Mesir
Sijil Pengajian Ilmu Qiraat KIAS
Ustaz Shaharuddin Al-Hafiz b. Yaacob
B.A Takhassus Qiraat, Maahad Qiraat, Al-Azhar, Mesir
B.A Al-Quran Al-Karim Lil-Qiraat Wa 'Ulumiha, Tanta
Ustaz Mohd Nasrudin Al-Hafiz b. Saufi
B.A Takhassus Qiraat, Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir
Ustaz Ab. Khair bin Jalil
B.A Takhassus Qiraat, Maahad Qiraat, Al-Azhar, Mesir
" Setelah saya mengikuti kursus ini, saya dapati ia sangat berfaedah dan bernilai. Sebagai contoh, dengan ilmu Tarannum yang saya pelajari, saya dapat memperbaiki mutu bacaan al-Quran saya dan seterusnya sebagai guru agama saya boleh mengajarkan ilmu itu kepada orang lain " - Tg. Wook bin Tg. Lega (Imam Tua / Pegawai Halaqat)
" Saya berpendapat masih ramai umat Islam yang tidak tahu tentang ilmu Qiraat & Tarannum ini. Dengan mengikuti kursus ini, saya telah dapat memperbaiki ilmu Tajwid dan paling utama memberi keyakinan kepada saya membaca al-Quran di khalayak ramai " - Wan Mohd Nasir Wan Derahman (Pegawai Kanan Kastam)
" Walaupun sibuk dengan urusan harian, saya merasa sangat bertuah dapat mengikuti kursus ini kerana memberi pengetahuan yang begitu berharga kepada saya sehingga merasa tidak jemu untuk membaca al-Quran " - Sabariah bt Salleh (Ahli Perniagaan)
" Syukur kepada Allah, dengan hidayah-Nya minda saya dibuka. Rupa-rupanya ada pelbagai kaedah pembacaan al-Quran yang mutawatir. Selama ini saya beranggapan riwayat Hafs sahaja cara al-Quran dibaca. Hati saya masih belum puas mengikuti kursus di sini " - En. Mohd Nawi bin Ab. Rahman (Guru Sekolah Menengah)
" Tiada perkataan yang mampu saya ungkapkan terhadap kepentingan kursus ini. Cuma yang mampu saya ungkapkan 'Sertailah kursus ini dan saya percaya tidak rugi jika anda menyertainya' " - Cik Zainab bt Ismail (Siswi IPT)
" Saya berasa amat bertuah kerana saya dapat mempelajari kursus ini semasa alam persekolahan lagi. Dengan pembelajaran saya sejak dari awal lagi, saya akan dapat mempelajari Ilmu Qiraat & Tarannum dengan lebih mendalam " - Adik Ahmad Syafwan bin Awang (Pelajar Sekolah Menengah) <13 October, 2008 11:16 AM 13 October, 2008 11:16 AM