![]() |
KONSEP TAYAMMUM MENURUT PERSPEKTIF HUKUM
Oleh: Mohd Rawizal bin Mohd Nawi B.A Syariah Islamiah Pendahuluan Dalam bab ini, penulis akan mengemukakan definisi-definisi tayammum menurut perspektif hukum serta konsep-konsep yang berkaitan dengan tayammum dari semua aspek. Dalam bab ini juga, huraian yang terperinci dinyatakan dalam setiap fakta berdasarkan kepada pandangan dari semua Ulama'' mazhab berserta dengan qaul yang paling rajih agar setiap kenyataan dapat dikemukakan dengan lebih jelas. Walaupun begitu, terdapat juga sesetengah fakta yang hanya ditumpukan kepada mazhab yang utama iaitu mazhab Syafi'ie dan Jumhur Ulama'. Definisi Tayammum Tayammum dari segi bahasa ialah القصد (sengaja). (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984: 560) Pengertian ini diambil dari firman Allah S.W.T: (Al-Baqarah: 267) Dengan pengertian ini juga, penyair berkata: Manakala dari segi istilah Syara', tayammum bermaksud 'menyengaja' atau menghendaki pada tanah untuk menyapu muka dan dua tangan dengan niat yang mengharuskan solat. (Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61) Di dalam Kamus Istilah Fiqh pula mendefinisikan tayammum iaitu menyapukan debu atau tanah ke wajah dan kedua tangan hingga kedua siku dengan beberapa syarat, yang berfungsi sebagai pengganti wudhuk atau mandi sebagai rukhsah (kemudahan) bagi mereka yang berhalangan atau tidak dapat menggunakan air. (M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am. 1997: 382-383) Tayammum dari segi istilah Syara' juga telah diberikan pelbagai pentakrifan oleh para Fuqaha' dengan istilah yang seakan-akan hampir maksudnya. Imam Hanafi mentakrifkan tayammum iaitu menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan tanah yang bersih. Berkata Imam Malik pula tayammum bererti bersuci menggunakan tanah atau debu yang meliputi dengan menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan niat. Manakala Imam Syafi'e pula mentakrifkan tayammum iaitu menyampaikan atau menyapukan tanah kepada muka dan dua tangan sebagai ganti kepada wudu' atau mandi janabah atau seumpamanya dengan syarat-syarat yang tertentu. Mengikut pendapat Abu Hanifah pula tayammum ialah menyapu muka dan dua tangan dengan tanah yang bersih di atas jalan yang tertentu. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 560-561) Dalam terminologi fiqh tayammum diertikan dengan menyampaikan tanah ke muka dan dua tangan sebagai ganti daripada wudhu dan mandi dengan syarat-syarat yang tertentu. Tayammum merupakan spesifik umat Islam yang disyari'atkan pada peperangan Bani Mustaliq tahun keenam hijrah. Ketika itu Aisyah kehilangan kalungnya, lalu Rasulullah S.A.W mengutus orang mencarinya, kemudian waktu solat datang sedangkan air tidak ada, maka turunlah ayat tayammum. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 79) Ini berdasarkan hadis: (Riwayat al-Bukhari, (b) 332: 200) Dalil pensyariatan tayammum Tayammum disyari'atkan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta Ijma'. Firman Allah S.W.T: (An-Nisa': 43) Maksudnya: Berdasarkan hadis Abu 'Umamah al-Bahili, bahawa Nabi S.A.W bersabda: (Riwayat Ahmad, (b) 22133: 313) Maksudnya: Dari 'Imran Ibn Hussain r.a berkata: (Riwayat al-Bukhari, (b) 348: 161-162) Manakala dalil Ijma' pula mengharuskan tayammum berdasarkan kesepakatan seluruh umat Islam (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 562) Ibadat yang harus dikerjakan dengan bertayammum Bersuci dengan bertayammum mengharuskan baginya tiga martabat ibadah yang berikut: Maka sesiapa yang berniat salah satu daripada martabat yang pertama, harus baginya mengerjakan ibadat yang satu itu dan harus juga baginya mengerjakan semua ibadat dalam martabat yang kedua dan ketiga. Sesiapa yang berniat salah satu ibadat daripada martabat yang kedua, harus baginya mengerjakan semua martabat itu dan semua ibadat martabat ketiga tetapi tidak diharuskan samasekali baginya mengerjakan daripada martabat yang pertama. Manakala sesiapa yang berniat untuk salah satu ibadat martabat ketiga, harus untuknya mengerjakan semua ibadat dalam martabat ketiga tetapi tidak harus samasekali mengerjakan ibadat dalam martabat kedua dan ketiga. (Al-Syeikh, Dr. Abd. Fattah Hussin. 1411H/1991: 229) Hadas yang dibolehkan bertayammum Diharuskan bertayammum sebagai ganti wudu' bagi seseorang yang berhadas kecil, mandi junub bagi seseorang yang berhadas besar samada disebabkan janabah, haid dan nifas atau ketika ketiadaan air serta tidak mampu menggunakan air dengan apa jua sebab sekalipun. Ini berpandukan kepada dalil-dalil al-Quran dan juga Hadis Nabi S.A.W sepertimana berikut:
i. Bertayammum Daripada Hadas Kecil: Firman Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6) Abu Sa'id al-Khudri r.a berkata: (Riwayat Abu Daud, (b) 338: 241) Maksudnya: ii. Bertayammum Daripada Hadas Besar: Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa': (An-Nisa': 43) Maksudnya: Sebab-sebab Yang Mengharuskan Tayammum Para pakar fiqh telah menetapkan beberapa keadaan yang menyebabkan seseorang boleh bertayammum sebagai berikut: 1) Ketiadaan air: Para Fuqaha' menetapkan ketiadaan air sebagai salah satu penyebab diharuskan bertayammum. Hal ini ditetapkan berdasarkan firman Allah: (An-Nisa': 43) Ketiadaan air hendaklah dikira setelah dilakukan pencarian dan menyakini tiadanya air yang membolehkannya untuk bertayammum. Selain itu, termasuk juga ke dalam pengertian ini ada air dalam jumlah yang sedikit yang tidak cukup untuk wudu' atau mandi, dan ada air tetapi harganya melebihi harga pasaran sehingga sulit membelinya. Termasuk juga, adanya air tetapi berada di tempat yang cukup jauh dan untuk mencarinya mengalami kesulitan. Menurut Imam Syafi'ie air yang sedikit yang tidak memadai untuk berwudu' atau mandi wajib dipergunakan untuk berwudu' atau mandi, kemudian diiringi dengan tayammum pada bahagian anggota wudu' atau badan yang belum terkena air. Abu Hurairah r.a berkata, bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat Muslim (b) 6113: 1035-1036 ) Tayammum tidak boleh dilakukan bila ada air yang dapat dibeli dengan harga pasaran. Maka wajib membelinya sekiranya harta itu tidak diperlukan untuk menjelaskan hutang atau menanggung belanja musafir sekalipun memberi nafkah kepada binatang yang dihormati dan sebagainya. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 572) Begitu juga halnya bila ada orang yang berbaik hati untuk memberi air. Di samping itu bila seseorang dalam perjalanan lupa bahawa dia membawa air, lantas dia bertayammum, kemudian dia ingat setelah lewat waktu solat, maka menurut pendapat sebahagian golongan Syafi'iyyah, Abu Yusuf dan Malikiyyah solatnya diqadha', kerana dia telah memperoleh air. Menurut Abu Hanifah dan Muhammad bin Hasan dia tidak wajib mengqadha', kerana orang tersebut dianggap tidak memperoleh air. Tetapi kalau dia sedang dalam keadaan solat, lalu mengingat bahawa air ada, maka Ulama' sepakat untuk membatalkan solat dan mengulanginya dengan wudu'. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 80-81) Menurut golongan Syafi'iyah orang muqim (yang tidak sedang dalam perjalanan) yang bertayammum kerana ketiadaan air wajib mengqadha' solatnya bila air sudah ada, kerana tayammum bukan merupakan rukhsah bagi yang bermuqim. Begitu juga orang yang melakukan perjalanan maksiat, kerana mereka tidak termasuk orang mendapat rukhsah. Yang mendapat rukhsah tayammum adalah orang yang melakukan perjalanan mubah, sunat atau wajib. Bagi Ulama'' lain dan pendapat yang lebih kuat dari golongan Hanabilah solatnya tidak mesti diulang. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 81) 2) Keuzuran untuk menggunakan air: Termasuk ke dalam pengertian ini orang yang dipenjara dalam rumah tahanan yang terletak di pinggir sungai, dan dia tidak memperoleh izin keluar mendapatkan air untuk wudu'. Demikian halnya orang yang diikat dipinggir kali dan orang yang tidak berani keluar rumah mengambil air kerana menurut biasa ada bahaya yang mengancam jiwanya. Demikian juga orang yang khawatir diganggu oleh binatang buas atau oleh musuh di tempat yang terdapatnya air, (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 117-118) ataupun khuatir ditinggalkan oleh teman-temannya dalam suatu perjalanan. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 137) Terhadap orang yang berada dalam keadaan tersebut dibolehkan tayammum, meskipun air ada disekitarnya. 3) Dalam keadaan sakit atau luka: Orang sakit bila khawatir memakai air dapat melakukan tayammum untuk mengangkatkan hadas. Kekhawatiran itu ada 3 kemungkinan, iaitu: i. Seandainya dia berwudhuk dalam keadaan sakit seperti itu, khawatir akan kehilangan nyawanya atau anggota tubuhnya atau kehilangan manfaat dari bahagian anggota tubuhnya. Boleh disamakan dengan hal tersebut, iaitu manakala ia mempunyai penyakit yang tidak mengkhawatirkan tetapi dia takut menggunakan air yang boleh membahayakan penyakitnya. Orang seperti ini juga diperbolehkan bertayammum menurut mazhab yang kuat. Ibnu 'Abbas r.a. berkata, bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat al-Daruqutni, (b) 666 : 413) ii. Khawatir sakitnya akan bertambah, meskipun tidak mempengaruhi masa sembuhnya. Atau khawatir lambat sembuhnya, meskipun sakitnya tidak bertambah. Atau khawatir sakitnya semakin parah, iaitu sakit yang terus menerus hingga membuatkan badannya kurus. Atau khawatir akan menimbulkan cacat yang buruk, seperti kulit badan menjadi hitam, seperti anggota bahagian wajah dan lain-lain. Hal-hal seperti ini diketahui dengan kebiasaan atau melalui nasihat dari doktor yang pakar sekalipun bukan muslim, demikian menurut pendapat golongan Malikiyyah dan Syafi'iyyah. Tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan Hanabilah doktornya di syaratkan seorang muslim. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 82) 4) Memerlukan air: Seseorang yang memiliki air dalam jumlah yang mencukupi sekadar untuk wudu' atau mandi, tetapi dia sangat memerlukannya untuk keperluan lain yang akan menyelamatkan jiwanya dari kemudaratan, maka ketika itu ia dibolehkan bertayammum, meskipun dia memiliki air. Keperluan tersebut adalah keperluan yang tinggi, bilamana tidak ada air dapat menimbulkan kebinasaan atau kesulitan, seperti kehausan yang diderita baik oleh manusia mahupun oleh binatang ternak dan keperluan lainnya. Termasuk juga ke dalamnya keperluan untuk minuman anjing pemburu atau penjaga kebun. Lain halnya untuk keperluan orang kafir harbi dan anjing yang tidak dibolehkan Syara' memeliharanya. Menurut Hanabilah (keperluan ini tidak menghalangi untuk memakai air). Sebagai contoh dalam keadaan ini seandainya terdapat seorang lelaki meninggal dunia. Orang tersebut mempunyai air tetapi teman-temannya banyak yang kehausan. Maka teman-temannya itu boleh minum air itu dan mentayammumkan mayat itu sebagai ganti memandikannya. Dan teman-teman yang ikut minum itu wajib membayar harga air yang diminumnya dan hasilnya dimasukkan pada harta warisan. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 118) Bentuk-bentuk keperluan lain menurut pakar fiqh Syafi'iyyah adalah seperti keperluan untuk memasak, untuk dimasak, dan untuk menghilangkan najis yang tidak dimaafkan yang melekat di badan. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 82) Jika najis terdapat di pakaian, hendaklah air itu digunakan untuk berwudu' dan solat dalam keadaan tidak menutup aurat jika tidak ada penutup (yang suci) lain, dan solat tersebut tidak perlu diulangi. 5) Khawatir kehilangan harta jika mencari air: Menurut Malikiyah orang yang sanggup memakai air dan yakin bahawa air akan diperoleh jika dicari, tetapi timbul kekhawatiran akan kehilangan harta jika pencarian dilakukan, dibolehkan tayammum. Tidak dibezakan apakah orang tersebut dalam perjalanan atau bermuqim, tidak dibezakan juga kekhawatiran terhadap harta sendiri atau milik orang lain yang berada di tangannya. Menurut selain Malikiyyah kekhawatiran terhadap musuh, pencuri atau kebakaran membolehkan tayammum lebih dahulu tanpa mencari air. Kekhawatiran itu boleh terjadi atas diri sendiri, harta, keamanan atau kekhawatiran terhadap orang berhutang yang hartanya sedang dalam keadaan yang berkuasa. 6) Keadaan sangat dingin: Dari 'Amru bin 'Ash r.a berkata: (Riwayat Abu Daud, (b) 334: 238) Berdasarkan hadis ini terdapat iqrar atau persetujuan dari Nabi, dan iqrar adalah hujjah (suatu dalil) kerana Nabi tidak akan menyetujui sesuatu yang salah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 139) Maka, jika seseorang khawatir akan berbahaya menggunakan air kerana terlalu dingin dan air tersebut tidak dapat di panaskan, dibolehkan tayammum. Golongan Hanafiyyah mensyaratkan boleh tayammum jika khawatir membawa kematian atau lenyapnya sebahagian anggota badan. Hal ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang junub dan tidak dapat memanaskan air. Sedangkan bagi orang yang berhadas kecil menurut Hanafiyah tidak boleh bertayammum dengan alasan sangat dingin. Sebagaimana golongan Hanafiyyah, golongan Malikiyyah juga mengaitkan kebolehan tayammum ini dengan keadaan yang dikhawatirkan membawa kematian. Sedangkan dari golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah membolehkan bertayammum dengan alasan dingin jika sulit memanaskan air atau panasan air tidak memberikan manfaat (pengaruh). Orang yang bertayammum kerana dingin ini menurut Syafi'iyyah mesti mengqadha' solatnya sama halnya dengan tayammum kerana sakit. Ini berbeza dengan golongan Malikiyyah dan Hanafiyyah yang mengatakan solat tidak mesti diqadha'. 7) Tiada alat untuk mengambil air: Tayammum dibolehkan bagi orang yang sanggup memakai air tetapi tidak boleh mendapatkannya. Misalnya ada air pada suatu tempat yang hanya didapatkan dengan alat-alat tertentu, sementara alat itu tidak ada padanya, seperti ketiadaan timba pengambil air dari sumur yang dalam, jika terus diusahakan waktu akan habis. Orang yang solat dengan bertayammum dalam keadaan begini tidak wajib mengqadha' solatnya menurut mazhab yang kuat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 113) Menurut pandangan golongan Hanabilah, bila seseorang tidak memiliki alat, dia diharuskan menanyanya dari orang lain supaya air boleh didapatkan. Kerana suatu yang menyempurnakan yang wajib hukumnya juga wajib. Dalam hal ini mencari alat adalah wajib. 8) Khawatir Kehabisan Waktu Solat: Kalangan Syafi'iyyah tidak membolehkan bertayammum kerana takut akan habis waktu solat jika dia mengambil air untuk berwudu', kerana tayammum ini dilakukan bersamaan dengan adanya air. Lain halnya bagi orang yang musafir, dia tidak mesti mencari air terlebih dahulu jika khawatir akan habis waktu solat dan dalam keadaan itu dia dibolehkan tayammum. Golongan Hanabilah juga tidak membolehkan bertayammum dengan alasan takut habis waktu solat, baik untuk solat jenazah, solat 'id mahupun untuk solat lima waktu. Seperti golongan Syafi'iyyah, mereka juga mengecualikan orang yang sedang musafir yang mengetahui adanya air di tempat yang dekat, akan tetapi jika pemergiannya mencari air itu akan menghabiskan waktu solat dibolehkan bertayammum dan solat yang dilakukan dengan tayammum tersebut tidak diulang. Berbeza pula dengan golongan di atas, golongan Hanafiyyah tidak membolehkan bertayammum tanpa harus mencari air lebih dahulu, kerana takut habis waktu solat kecuali dalam beberapa hal. Pertama, kerana takut habis waktu solat jenazah atau solat 'id kerana berjemaah adalah syarat sah kedua solat tersebut. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 139) Kedua, kerana khawatir akan habis waktu solat gerhana (kusuf dan khusuf) dan berbagai solat sunat yang mengikut solat fardhu. Tidak sah tayammum apabila takut habis waktu solat Juma'at, solat wajib lima waktu dan solat witir. Fuqaha' dari golongan Malikiyyah membolehkan tayammum kerana khawatir habis waktu solat fardhu bila sulit mencari air, kerana memelihara pelaksanaan solat pada waktunya lebih utama dari mencari kesempurnaan taharah dengan air. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 80-84) Rukun-Rukun Tayammum 1. Niat: Rukun-rukun tayammum yang pertama ialah niat. Sabda Rasulullah S.A.W melalui hadis yang sahih: (Riwayat al-Bukhari, (b) 1: 1) Tayammum termasuk dalam kategori amal ibadat sebagaimana solat dan wudu' juga, iaitu wajib dikerjakan dengan berniat. Berniat untuk bertayammum merupakan rukun mengikut kesepakatan Ulama' yang empat, manakala menurut golongan Hanafiyyah dan sebahagian Hanabilah, ianya merupakan syarat. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 582) Beza antara syarat dan rukun ialah syarat itu mendahului perbuatan dengan jarak waktu yang sedikit, sedangkan rukun tidak sah dilakukan sebelum sesuatu perbuatan tetapi ia termasuk perbuatan itu sendiri. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 134) Ini bermakna, seseorang yang hendak tayammum itu wajib berniat untuk membolehkan solat, dan tidak memadai berniat melenyapkan hadas, kerana hadas seseorang tersebut tidak terangkat kerana tayammum. Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W. kepada 'Amru bin al-'Ash yang sedang berjunub, kerana 'Amru bin al-'Ash bertayammum dan solat bersama-sama sahabatnya, lalu Nabi S.A.W. bertanya: (Riwayat Abu Daud, (b) 334: 238 ) Dan hadis sebagaimana yang di kemukakan dari pendapat Malikiyyah dan Syafi'iyyah: (Riwayat Abu Daud, (b) 314: 206-207) Kesimpulan yang dapat diambil dari hadis Nabi S.A.W tersebut memberi fahaman yang jelas bahawa tayammum itu hanya untuk membolehkan solat, bukan untuk melenyapkan hadas. Oleh itu dalam masalah ini, jika seseorang tersebut tayammum berniat untuk membolehkan solat maka termasuk di bawah niatnya itu empat ahwal (kelakuan): i. Berniat untuk membolehkan solat fardhu dan solat sunat kedua-duanya sekali. Maka boleh ke atas seseorang mengerjakan kedua-dua solat tersebut (solat fardhu dan solat sunat). Dan boleh juga bagi orang solat sunat sebelum solat fardhu dan sesudahnya di dalam waktu dan di luarnya. 2. Menyapu ke muka dan dua tangan: Para pakar fiqh sepakat menetapkan menyapu muka dan tangan sebagai rukun tayammum, berdasarkan firman Allah: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: Kesimpulan yang dapat diambil dari ayat tersebut memberi fahaman yang jelas, iaitu seseorang yang bertayammum wajib meratakan muka dan kedua-dua tangan mereka dengan tanah yang berdebu hingga sampai ke siku sebagaimana orang yang berwudu' wajib meratakan muka dan tangan mereka dengan air hingga sampai ke siku. (Abu Muhammad. t.th: 188) 3. Tertib (berurutan): Menertibkan fardhu atau rukun adalah wajib menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah. Jadi wajib mendahulukan muka daripada kedua tangan. Namun, golongan Hanabilah mengkhaskan tertib pada hadas kecil. Sedangkan pada hadas besar tidak diperlukan tertib. Kewajipan tertib pada tayammum untuk hadas kecil dilakukan berdasarkan taharah dengan air (wudu'). Bilamana pada wudu' ditertibkan, maka demikian juga halnya pada tayammum. Golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah menertibkan rukun, dalam hal ini muka dan kedua tangan, hukumnya sunat. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87) Syarat-syarat Tayammum 1) Keuzuran menggunakan air: Di antara syarat-syarat tayammum yang pertama ialah uzur menggunakan air di sebabkan sakit atau musafir. (Abu Muhammad. t.th: 191) Allah S.W.T berfirman: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: Wujudnya penghalang yang membolehkannya untuk bertayammum adalah disebabkan salah satu dari hal-hal yang berikut: 2) Masuk waktu solat: Syarat sah tayammum hendaklah sesudah masuk waktu solat dengan yakinnya samada solat fardhu atau sunat. Tayammum tidak sah bagi orang yang syak masuk waktu solat. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 58) Ini berdasarkan firman Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6) Dalam ayat ini, berdiri untuk solat itu tentunya setelah masuk waktu solat. Wudu' dikecualikan dari masalah ini kerana terdapat dalil yang lain. Sedangkan tayammum masih tetap kerana memandang zahirnya ayat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 115) Dan Nabi telah bersabda: (Riwayat al-Bukhari (b), 335: 58) Hadis Baginda Rasul S.A.W. tersebut merupakan dalil wajib tayammum dan solat itu ialah apabila tidak ada air setelah masuk waktu solat. (Abu Muhammad. t.th: 191) Selain daripada alasan tersebut, tayammum juga merupakan bersuci yang dharurat. Sebelum masuk waktu solat tidak terdapat dharurat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 116) Adapun menurut Ulama' mazhab Hanafi adalah terkecuali daripada hal ini yang menyatakan sah bertayammum sebelum masuk waktu solat. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 134) Ulama' Jumhur juga menyatakan tidak sah tayammum kecuali setelah masuk waktu solat fardhu mahupun solat sunat yang tertentu atau berwaktu seperti sunat-sunat rawatib. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 565) 3) Mencari air: Antara syarat diharuskan bertayammum ialah mencari air setelah masuk waktu solat. Allah S.W.T. berfirman: (An-Nisa': 43) Maksudnya: Ayat tersebut menyuruh kita bertayammum ketika tidak ada air untuk berwudu' dan mandi junub, kerana air itu tidak akan ada kecuali dengan dicari. (Abu Muhammad. t.th: 191) Oleh itu wajib bagi orang yang hendak tayammum tersebut mencari air terlebih dahulu, samada dengan usahanya sendiri atau bantuan orang lain, atau bertanya-tanya dari teman-temannya. Mencari air ini hendaklah dengan memerhati dan mencari air dari bekal perjalanan, pergi melihat-lihat di sekelilingnya dan walaupun dengan cara membelinya apabila air itu lebih dari keperluannya dan dengan harga pasaran. Jika diyakini bahawa air tidak ada atau tempatnya jauh, maka tidak wajib mencarinya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 59) Mengenai batas jauh yang tidak mewajibkan mencari air itu terdapat perbezaan pendapat di kalangan imam mazhab. Ukuran jauh menurut golongan Hanafiyyah adalah bila mencapai satu mil, sekitar 1848 meter atau 4000 hasta atau lebih. Menurut golongan Malikiyyah mencapai dua mil. Golongan Syafi'iyyah memperinci kebolehan tayammum yang disebabkan ketiadaan air seperti berikut: 4) Terhalang menggunakan air: Syarat yang keempat tayammum iaitu terhalang menggunakan air, seperti seseorang yang mendapat air, dan ia tidak boleh menggunakan air itu kerana sakit atau takut berpisah dengan rakannya yang bersama dalam perjalanan yang akan membahayakan dirinya, (Abu Muhammad. t.th: 191-192) atau ia memerlukan air itu kerana dahaganya, manusia atau haiwan yang muhtaram (yang dihormati nyawanya), samada keperluan itu pada ketika itu ataupun pada masa akan datang. Wujudnya penghalang yang membolehkannya untuk bertayammum adalah disebabkan juga khawatir akan keselamatan dirinya dari bahaya seperti gangguan binatang buas atau musuh, dan seterusnya takutkan harta bendanya dicuri orang atau perompak. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 59). 5) Tanah yang suci: Tidak sah tayammum seseorang kecuali dengan menggunakan debu (tanah) yang suci, murni, belum pernah digunakan, (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 118-119) dan tidak terkena najis. Ini berpandukan firman Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6) Menurut golongan Malikiyyah adanya tanah yang suci merupakan rukun, sedangkan bagi Ulama' yang lainnya merupakan syarat. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87) Para ahli bahasa sepakat bahawa 'sha'id' dalam ayat tersebut ialah permukaan bumi, baik yang berupa tanah berdebu atau bukan, (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 141) berdasarkan hadis Abu 'Umamah bahawasanya bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat Ahmad, (b) 22133: 313) Maka pengertian sha'id atau tanah di sini menurut Malikiyyah yang bersependapat juga oleh Hanafiyyah adalah bahagian bumi yang naik atau yang muncul ke permukaan yang disebut juga tanah atau debu. Termasuk ke dalamnya tanah, pasir, batu kerikil dan kapur (untuk mengapur rumah) yang belum dibakar dengan api. Semua yang termasuk pengertian ini boleh digunakan untuk bertayammum menurut Malikiyyah dan Hanafiyyah. Selain itu, boleh juga bertayammum dengan barang-barang galian, selain emas, perak dan permata atau mutiara, selama belum dipindahkan dari tempatnya. Begitu juga dengan salji yang membeku, baik yang berada di laut mahupun di bumi. Menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah, tayammum mesti di lakukan dengan tanah yang suci dan berdebu yang dapat menempel di tangan. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87-88) Hal ini berdasarkan hadis dari Huzaifah, bahawa Nabi S.A.W bersabda: (Riwayat Muslim, (b) 121: 210-211) Di sini Rasulullah S.A.W. mengalihkan pembicaraan dari bumi lalu menyebutkan tanah yang mengkhususkan sifat suci yang mensucikan terhadap tanah. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 120) Kemudian, disyaratkan juga tanah yang digunakan untuk bertayammum itu hendaklah memenuhi ciri-ciri berikut: i. Harus bagi tanah itu tidak keluar dari keadaan semulajadinya kepada keadaan lain yang dapat mencegah dari dikatakannya sebagai "tanah". Seandainya tanah itu dibakar sampai menjadi abu, atau menjadi tembikar yang telah ditumbuk halus, maka tidak boleh digunakan untuk tayammum. Sunat-Sunat Tayammum Para Ulama' Fiqh berbeza-beza pandangan dalam menetapkan sunat-sunat tayammum. Ada yang dipandang sunat bagi satu mazhab, tetapi dipandang wajib oleh yang lain atau sebaliknya. Tayammum mempunyai beberapa perkara sunat sebagaimana berikut: i. Membaca Basmalah. Tetapi menurut Ulama' Hanabilah, membaca Basmalah itu hukumnya wajib, jika ditinggalkan dengan sengaja batallah tayammum, dan kewajipan ini menjadi gugur jika lupa atau memang kerana tidak tahu sedangkan tayammum itu seperti wudu'. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah: (Riwayat at-Tirmizi, (b) 25: 114) ii. Bersiwak atau menggosok gigi, iaitu di antara membaca Basmalah dengan memindahkan tanah ke anggota tayammum, (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 206) berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi S.A.W. bersabda: (Riwayat Muslim, (b) 23: 138) iii. Mendahulukan menyapu bahagian atas muka lalu meluncurkan ke bawah dagu. Dan Menurut riwayat ad-Daruqutni, nabi S.A.W. bersabda: (Riwayat ad-Daruqutni, (b) 690: 191-192) v. Merenggangkan jari-jemari di saat ditepukkan ke tanah, agar debu dapat masuk ke celah-celah jari. vii. Menanggalkan cincin dalam pukulan pertama, sedang dalam pukulan kedua hukumnya fardhu. Tetapi menurut Ulama' Hanafiyyah, cukup menggerakkannya atau menggeser-geserkannya. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 143) Ini berbeza dengan berwudu' kerana tanah tidak boleh sampai ke bawah jari yang bercincin itu. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 127) ix. Tayamun, yakni mendahulukan menyapu tangan kanan sebelum tangan kiri, berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W.: (Riwayat Muslim, (b) 2185: 378) Maksudnya: Dan demikian Sabda Baginda Rasul S.A.W. riwayat Aishah r.a: (Riwayat al-Bukhari, (b) 168: 502) x. Mencelah-celahi anak jari sesudah menyapu dua tangan. (Abu Muhammad. t.th: 193) Demikian juga menyela-nyelai janggut menurut Ulama' Hanafiyyah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 145) Perkara-perkara sunat tersebut di antaranya ada yang sunnah dan ada pula yang mandub atau anjuran. Barang siapa melakukannya mendapat pahala atas perbuatannya itu tetapi yang tidak mengerjakannya pun tidaklah berdosa dan tayammumnya tetap dipandang sah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 144-146) Perkara-perkara Yang Membatalkan Tayammum 1) Perkara yang membatalkan wudu': Tayammum terbatal oleh segala apa yang membatalkan wudu' dan mandi kerana tayammum adalah gantian kepada keduanya. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 604) Jika bertayammum seseorang yang sudah dianggap sah kerana memenuhi syarat-syaratnya, lalu dia berhadas, maka batallah tayammumnya. Ini adalah kerana tayammum itu bersuci yang dapat menyenangkannya melakukan solat, jadi tayammum itu terbatal dengan sebab berhadas sebagaimana yang berlaku pada wudu'. Batalnya ini tidak dibezakan antara tayammum dengan sebab ketiadaan air atau tayammum ketika ada air seperti tayammum bagi orang yang sakit. (Imam Taqiyudddin Abu Bakar b. Muhammad al-Husaini.1993: 128) Sungguhpun begitu, jika seseorang itu bertayammum kerana berhadas besar kemudian terbatal tayammumnya tidak akan mengembalikannya kepada hadas besar, akan tetapi dia hanya dianggap orang yang berhadas kecil. Maka harus baginya membaca al-Quran, masuk ke masjid dan diam di dalamnya. (Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990: 165) Akan tetapi wajib baginya mandi apabila sudah ada air atau bila telah hilang sebab uzur yang membolehkannya tayammum. Dalam pada itu, golongan Malikiyyah mengatakan, jika orang yang bertayammum dari janabah itu berhadas kecil, maka batallah tayammumnya dari hadas kecil dan hadas besar sekaligus. Disebabkan itu, haramlah bagi orang itu melakukan segala apa yang haram dilakukan oleh orang yang junub sehingga ia mengulangi tayammumnya lagi. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 148) 2) Hilangnya kesulitan yang mengharuskan tayammum: Di antara yang membatalkan tayammum ialah hilangnya kesulitan atau keuzuran yang menjadi penyebab boleh bertayammum seperti beredarnya musuh atau binatang buas, hilangnya kesakitan dan kesejukan, adanya alat yang boleh menyampaikan pada air dan terlepas dari tahanan atau penjara yang tidak terdapat air padanya. Ini kerana apa yang mengharuskan tayammum kerana uzur akan membatalkan tayammum itu kerana hilangnya keuzuran. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 604) 3) Melihat air dan sanggup memakai air: Sekiranya seseorang bertayammum kerana tidak ada air, kemudian mereka melihat air seumpama turun hujan sebelum mereka solat maka batallah tayammum tersebut. (Abu Muhammad. t.th: 196) Ini berdasarkan hadis Abu Zarr r.a: (Riwayat Abu Daud, (b) 313: 205-206) Dalam hal ini telah berkata Nafi': (Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980: 561) Melihat air atau sanggup memakai air yang memadai walaupun satu kali menurut golongan Hanafiyyah manakala menurut golongan Malikiyyah dan Hanabilah asal melihat atau menemukan air walaupun tidak memadai untuk wudu' atau mandi sudah membatalkan tayammum. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91) Maka, apabila seseorang itu melihat atau mendapatkan air sesudah bertayammum tetapi masih belum solat wajiblah atasnya berwudu' untuk bersolat menurut pendapat para Fuqaha'. (Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980: 560) Jika seseorang bertayammum kerana sakit atau seumpamanya, bukan kerana ketiadaan air lalu melihat air tidaklah batal tayammumnya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 63) 4) Habis waktu solat: Hanabilah telah memberi tambahan dalam perkara yang membatalkan tayammum iaitu habis waktu solat, kerana tayammum dilakukan untuk solat. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91) Maka terbatal tayammum itu secara mutlak samada disebabkan hadas besar, atau terdapat najis dibadannya melainkan solat jumaat yang tidak membatalkan tayammum apabila habis waktu. (Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990: 165-166) 5) Murtad (riddah): Orang yang murtad atau keluar dari agama Islam membatalkan tayammumnya menurut golongan Syafi'iyyah. Ini adalah kerana tayammum itu untuk membolehkan solat, dan keharusan solat dengan tayammum itu tidak ada lagi disebabkan riddah. Masalah ini berlainan dengan masalah wudu' dan mandi junub, kerana wudu' dan mandi junub itu melenyapkan hadas, bukan untuk membolehkan solat sahaja. Perlu ditegaskan juga bahawa semua amal ibadat yang dikerjakan oleh orang yang murtad itu telah tersia-sia belaka, dan tidak diterima Allah S.W.T. demikian pula hilang pahalanya, sedangkan tayammum itu termasuk di bawah amal ibadat. (Abu Muhammad. t.th: 198) Akan tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan yang lain tidak membatalkan tayammum disebabkan murtad seperti halnya pada persoalan wudu'. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91) 6) Tempoh yang panjang antara tayammum dan solat: Tayammum terbatal dengan adanya tempoh yang panjang di antara tayammum dan solat menurut golongan Malikiyyah kecuali yang lainya. Ini adalah kerana menurut mereka muawalat (berturut-turut) di antara tayammum dan solat adalah rukun tayammum. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 606) Kaifiat Tayammum 1. Kaifiat tayammum dalam keadaan biasa Kaifiat tayammum haruslah dilakukan mengikut fardhu yang telah digariskan oleh para Fuqaha'. Dengan ini haruslah diketahui cara-cara dan kaedah yang betul sebelum seseorang itu melakukan amalan tayammum di samping mengenalpasti kebolehan untuknya bertayammum itu memenuhi segala syarat atau sebaliknya. Harus diketahui juga bahawa cara bertayammum untuk hadas besar adalah sama caranya dengan tayammum untuk hadas kecil manakala kadar yang dapat dikerjakan dengan sekali tayammum itu ialah satu perkara wajib (fardhu) dan beberapa perkara sunat. Berikut ini adalah kaifiat-kaifiat untuk bertayammum: i. Membaca Basmalah sambil meniatkan untuk mengharuskan solat, tawaf, menyentuh al-Quran atau sebagainya yang dimaksudnya dengan tayammum. Cara menyapu muka adalah dengan menyapu bahagian atas muka lalu meluncurkan ke bawah manakala kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari telinga kanan ke telinga kiri sebagaimana dalam wudu'. Bezanya ialah, jika dalam wudu' wajib menyampaikan air ke celah-celah janggut atau misai yang tebal, maka dalam tayammum hal itu tidak diwajibkan menurut mazhab yang kuat kerana sukar. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 124) Kemudian tapak tangan itu ditepuk-tepukkan terlebih dahulu untuk membuang debu musta'mal (yang telah digunakan) yang masih melekat ditangan. 2. Kaifiat tayammum bagi pesakit berbalut Bagi orang yang berhadas besar atau kecil yang hendak berwudu' atau mandi janabah, padahal ada anggotanya yang tidak boleh terkena air, sebagai ganti anggotanya yang demikian itu hendaklah ia menyampaikan serta meratakan air ke seluruh anggota tubuh badannya yang lain, kecuali anggota yang tidak boleh terkena air itu. Kaedahnya ialah samada bertayammum dahulu kemudian membasuh anggota-anggota yang lain atau membasuh anggota-anggota yang lain dahulu kemudian baru bertayammum. Kedua-dua cara ini boleh dilakukan kerana tiada disyaratkan tertib bagi mengangkatkan hadas besar, sebabnya hukum seluruh badan adalah seperti satu anggota sahaja. Bagi orang yang berhadas kecil yang hendak mengangkat hadasnya padahal ada anggotanya yang tidak boleh terkena air, sebagai ganti anggotanya yang demikian itu hendaklah ia bertayammum. Apabila sampai membasuh anggota yang tidak boleh terkena air itu kerana mengikut tertib. Jika sekiranya ada dua anggota wudu' yang tidak boleh terkena air, maka wajib ia bertayammum dua kali. Jika sekiranya ada tiga anggota wudu' yang tidak boleh terkena air itu, maka wajib bertayammum tiga kali. Tetapi jika keempat-empat anggota wudu' kesemuanya tidak boleh terkena air, maka hanya satu tayammum sahaja yang wajib sebagai ganti daripada wudu'nya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 63-64) Sebagai contoh dikemukakan 2 jenis keadaan sakit yang berlainan beserta cara yang betul untuk bertayammum: Contoh pertama: Terdapat luka di tangan: Contoh kedua: Luka di tangan dan kaki. Hikmat Bertayammum 1. Tayammum suatu rahmat Allah kepada hambaNya Di antara kelebihan Allah S.W.T ke atas umat Islam ialah mengangkatnya daripada kesempitan dan kesusahan dalam segenap aspek, dan meringankan daripadanya pula. Keringanan dan mengangkat kesempitan di dalam tanggungjawab Syari'e amat jelas bagi setiap muslim. Maka tidaklah suatu tanggungjawab itu merupakan bebanan, atau suatu perintah daripada urusan syariat pula menyusahkan manusia untuk melaksanakannya, melainkan terdapatnya rahmat dan keringanan daripada Allah S.W.T yang mengangkat bebanan itu seluruhnya. Perkara ini dapat juga didapati dengan keringanan suatu tanggungjawab mengikut kadar kemampuan dan kudrat seseorang tanpa adanya masyaqqah (kesusahan) seperti orang yang lemah untuk bersolat sambil berdiri dibenarkan solat dalam keadaan duduk, harus mengqasar dan menjamakkan solat bagi musafir dan diharuskan juga berbuka puasa di bulan ramadhan dan diqadha' puasa itu selepasnya. Sebagaimana firman Allah S.W.T: (Al-Baqarah: 185) Firman Allah S.W.T: (An-Nisa': 28) Dengan demikian, ibadat tayammum yang sampai perintahnya untuk memukul ke atas tanah untuk disapu ke muka dan dua tangan adalah sebagai ganti wudu' dan mandi janabah apabila didapati bersih. (Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61) Ia merupakan suatu rukhsah (kemudahan yang diberi oleh Syara') bagi orang yang tidak boleh menggunakan air kerana sakit atau dalam musafir, atau kerana tidak ada air, atau sukar untuk mendapat air. Hadis Baginda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Jabir r.a: (Riwayat Abu Daud, (b) 336: 239) Nas-nas tersebut merupakan dalil bahawa tayammum itu suatu rukhsah (kemudahan) yang dikurniakan Allah bagi orang yang mengalami kesukaran untuk melaksanakan urusan agama. Kemudahan ini ialah kerana Allah S.W.T tidak memberatkan dan membebankan hamba-Nya dalam melaksanakan urusan tersebut di luar kemampuan mereka.(Abu Muhammad. t.th: 182-185) Firman Allah S.W.T lagi: (Al-Hajj: 78) Hikmat bertayammum ini termasuk dalam bahagian hikmat ta'abbudi, iaitu perbuatan yang tidak diterangkan tuhan hikmatnya, hanya yang dapat diketahui orang semata-mata syaratnya sahaja, iaitu agar solat jangan sampai ditinggalkan dengan sebab ketiadaan air, padahal ketiadaan air itu hanya buat sementara waktu sahaja. Maka dengan mudah sekali orang mencari alasan untuk meninggalkan solat. Padahal menurut hukumnya, solat tidak boleh samasekali ditinggalkan dalam keadaan macam mana sekalipun. Di sini juga, terdapat dua hikmat yang terbesar amalan bertayammum: i. Menghinakan diri yang condong kepada kejahatan dengan meletakkan tanah ke muka anggota yang paling mulia. Kesimpulan Melalui penjelasan yang telah dinyatakan di dalam bab ini, dapatlah kita fahami bahawa amalan tayammum merupakan antara ibadat yang penting sepertimana juga ibadat-ibadat lain yang menjadi kefardhuan kepada umat Islam. Ini adalah kerana Allah S.W.T telah menggariskan mengenai syariat bertayammum di dalam al-Quran dan Hadis dengan sejelas-jelasnya yang mana ia sebagai suatu kemudahan bagi umatNya dalam melaksanakan perintahNya. Ini seterusnya membuktikan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
NOTA HUJUNG Abu Muhammad. t.th. Panduan Lengkap Tentang Bersuci. t.tp: Jasmin Enterprise. Ahmad Muhammad Syakir. 1419H/1999. Sunan al-Tirmizi. Jil. 1: Darul Hadis. Al-'Asqalani, Al-Imam al-Hafiz Abi al-Fadhli Ahmad bin Ali bin Hajar. 1416H/1996. Al-Daruqutni, al-Imam al-Hafiz Ali bin Umar. 1417H/1996. Sunan al-Daruqutni. Jil. Al-Daruqutni, al-Imam al-Hafiz Ali bin Umar. 1422H/2001. Sunan al-Daruqutni. Jil. Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999. Fiqh Ibadah. Kuala Lumpur: Dr. Sameer Taha al-Majzub. 1413H/1993. Musnad al-Imam Ahmad Bin Hanbal: Al- Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984. Al-Fiqhul Islamiy Wa Adillatuhu : Darul Fikr. Hj. Osman b. Jantan. 1983. Pedoman Ilmu Fiqh. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993. Kifayatul Al-Imam Abi 'Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari al-Ja'fi. 1419H/1999. Sahih Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990. Kitab al-Fiqhu 'Ala al-Mazahib al-Arba'ah. M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am (pnys). 1997. Kamus Istilah Fiqh, Muhammad Ali al-Said. 1969. Sunan Abi Daud. Jil. 1: t.pt. Al-Quran Al-Qurtubi, Imam al-Faqih Abi al-Abbas Ahmad bin Umar. 1414H/1993. Talkhis Al-Qusyairi al-Nisaburiy, Al-Imam Abi al-Hussain Muslim Ibn al-Hajjaj bin Muslim. Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994. Salat Empat Mazhab. t.tp: Litera AntarNusa dan Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980. Hukum-Hukum Feqah Islam. Kelantan: Al-Syeikh, Dr. Abd. Fattah Hussin. 1411H/1991. Fiqhul Ibadat, t.tp: Ma'ahad al- Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002. Fiqhul Ibadat: Darul Salam. Al-Syeikh, Soleh bin Abdul Aziz bin Muhammad bin Ibrahim. 1420H/1999. Sunan
|
hakcipta terpelihara© 2005-2008 - Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) [ IPTS070-KP (JPS) 5195 / IPTS / 1007 ] |