Penaja Pengajian

Pembiayaan Pengajian

 

 

  1. PINJAMAN PELAJARAN PTPTN

Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang menyambung pendidikan tinggi di institusi pengajian tinggi tempatan. Dana pinjaman PTPTN ini membolehkan pelajar untuk membayar yuran pengajian mereka secara penuh atau separa – jumlah pinjaman ini ditentukan mengikut pendapatan ibu bapa pelajar.

Syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut:

  • Syarat Pemohon:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Mendapat tawaran IPTS dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  4. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  5. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun (2 semester);
  6. Telah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus**.

 

  • Syarat Program Pengajian Yang Diikuti:

 

  1. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTS mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
  2. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTS mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

 

Jadual Jumlah Pembiayaan PTPTN Mengikut Peringkat Pengajian (KIAS)

INSTITUSI

PERINGKAT PENGAJIAN

JUMLAH PINJAMAN SETAHUN MENGIKUT PERINGKAT*

MAKSIMUM
(RM)

75%
RM)

50%
(RM)

IPTS

Diploma

6,800

5,100

3,400

Ijazah Sarjana Muda (Sastera)

13,600

10,200

6,800

 PROGRAM SEPENUH MASA

* Peringkat jumlah pembiayaan ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah:-

Bil

Peringkat Pembiayaan

Kelayakan

1

Maksimum

Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)/BSH.

2

75% daripada pembiayaan maksimum

Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000  (tiada dalam data BR1M/BSH)

3

50% daripada pembiayaan maksimum

Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BR1M/BSH)

Nota: Jumlah pembiayaan pendidikan sebenar ditentukan mengikut yuran pengajian sahaja dan tidak melebihi jumlah siling yang ditetapkan.

JULAT TARIKH PERMOHONAN PTPTN

Tarikh permohonan Online PTPTN telah ditetapkan oleh Institusi dan PTPTN mengikut takwim akademik sesuatu institusi. Walaubagaimanapun, pelajar dikehendaki merujuk notis yang dikeluarkan oleh IPT dari semasa ke semasa untuk mengetahui julat tarikh permohonan yang ditetapkan pada setiap semester pengajian.

Secara umumnya, julat tarikh permohonan PTPTN terbahagi kepada 2 kelompok utama dan boleh dipohon dalam tempoh 2 bulan sahaja pada satu-satu semester.

PERINGKAT DIPLOMA

Sesi Pengajian

PELAJAR BAHARU  & PELAJAR LAMA

Kelompok 1

Kelompok 2

Sesi Jun

1 – 30 Jun

1 – 31 Julai

Sesi November

1 – 30 November

1 – 31 Disember

PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA

Sesi Pengajian

PELAJAR BAHARU & PELAJAR LAMA

Kelompok 1

Kelompok 2

Sesi Jun

1 – 30 Jun

1 – 31 Julai

Sesi November

1 – 30 November

1 – 31 Disember

Sebelum memohon pelajar diminta untuk muat turun panduan permohonan dan kod program baharu (Untuk program Diploma Sahaja) di dalam portal pelajar

* Panduan permohonan akan dimuat naik di dalam portal pelajar seminggu sebelum tarikh permohonan dibuka

 

WANG PENDAHULUAN PINJAMAN (WPP)

Bermula tahun 2021, pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) sebanyak RM1,500 kepada pelajar baharu B40 yang mengikuti pengajian peringkat diploma sepenuh masa di IPTS. Pelajar perlu memohon sebelum kemudahan WPP ini diproses.

Pelajar yang layak memohon WPP adalah pelajar baharu Diploma yang akan memohon pinjaman dan WPP serentak bermula 1hb hingga 15hb pada permohonan pinjaman kelompok pertama. (sila rujuk tarikh permohonan PTPTN bagi KIAS)

Bagi permohonan yang diluluskan, pendahuluan RM1,500 akan diberikan kepada pelajar. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester akan dilakukan secara automatik bermula pada semester berikutnya.

Maklumat lanjut mengenai pinjaman PTPTN boleh didapati dengan melayari pautan berikut:

http://www.ptptn.gov.my

 

 

 

  1. PINJAMAN YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)

KELAYAKAN PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia Peranakan Kelantan
  2. Telah diterima masuk ke Universiti / Institusi tempatan / luar Negeri
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu
  4. Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan bagi kursus-kursus Ijazah Pertama.
  5. Pelajar-pelajar yang berada di semester 2 dan seterusnya semasa memohon hanya boleh dipertimbangkan sekiranya mereka memperolehi keputusan CGPA 2.5 keatas atau yang setaraf denganya.
  6. Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain dan pelajar tahun akhir tidak layak memohon. 

* Keutamaan akan diberi kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan   sederhana dan kurang berkemampuan.

Ijazah

RM 8,000.00  (setahun)

Diploma

RM 5,000.00  (setahun)

Sijil

RM 2,200.00 (setahun)

JUMLAH PEMBIAYAAN

 

KAEDAH PERMOHONAN

Cara-cara memohon adalah seperti berikut :

Bermula 1 Jun 2019, semua permohonan pinjaman YAKIN hendaklah menggunakan sistem secara atas talian di laman web berikut: http://www.espmb.com/yakin

  • Permohonan hendaklah disertakan salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti / Institusi, salinan keputusan peperiksaan akhir di Universiti / Institusi, sijil kelahiran dan sijil-sijil persekolahan berkaitan yang telah disahkan dan dikembalikan kepada Pejabat YAKIN di alamat berikut :

 

 

 

PENGARAH YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)

TINGKAT 5 , KOMPLEKS YAKIN JALAN GAJAH MATI

15000 KOTA BHARU, KELANTAN

[ UP : BAHAGIAN PELAJARAN ]

  • Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup / tidak lengkap / tidak memenuhi kriteria-kriteria sebagaimana di atas AKAN DITOLAK / TIDAK AKAN DIPROSES.

 

BAYARAN BALIK PINJAMAN / PENGECUALIAN BAYARAN

  • Selepas enam bulan tamat tempoh pemberian, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya pinjaman yang diterima mengikut kadar dan jadual yang ditetapkan.
  • Walau bagaimanapun pelajar boleh memohon untuk dipertimbangkan pengecualian pembayaran balik sebanyak 25% daripada pinjaman jika mereka memperolehi keputusan peperiksaan akhir yang cemerlang (PNGK: 3.20 – 3.69) menurut syarat-syarat yang ditetapkan. Pinjaman pelajar cemerlang yang mendapat PNGK: 3.70 ke atas akan terus ditukarkan kepada biasiswa penuh.
  • Pelajar-pelajar yang gagal / diberhentikan atau meninggalkan pengajian sebelum tamat khusus pengajian dikehendaki membayar balik dengan serta merta semua pinjaman yang diterima.

Maklumat lanjut mengenai pinjaman YAKIN boleh didapati dengan melayari pautan berikut: http://www.yakin.kelantan.my

 

  1. PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH (PPBU) YAYASAN BANK RAKYAT

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat merupakan suatu tawaran istimewa dan baharu diperkenalkan kepada pelajar KIAS mulai tahun 2019 khususnya kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, STAM/STPM dan lepasan Diploma.

PPBU menawarkan pinjaman dalam bentuk yang boleh diubah (converted) kepada BIASISWA PENUH sekiranya pelajar mendapat keputusan CEMERLANG KELAS PERTAMA dalam peperiksaan akhir bahkan kadar pengurangan (diskaun) bayaran balik PPBU tetap dinikmati oleh pelajar bermula dari kadar 30% hingga 70% walaupun mereka tidak mendapat keputusan CEMERLANG KELAS PERTAMA. 

 

BIDANG PENGAJIAN

  • Terbuka untuk semua bidang pengajian kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).
  • Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:
  1. Perakaunan
  2. Perbankan
  • Pengurusan perniagaan
  1. Sumber Manusia
  2. Ekonomi
  3. Komunikasi Media
  • Undang-undang
  • Sains Aktuari
  • Doktor PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian layak memohon

 

SYARAT KELAYAKAN UMUM

  • Terbuka kepada pemohon yang kurang berkemampuan tanpa mengira kaum, agama dan etnik.
  • Melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA di Institusi Institusi dan Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC) / Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diakui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR sahaja layak memohon

Syarat Kelayakan Asas Pemohon

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Melanjutkan pengajian dalam mod pengajian SEPENUH MASA
  • Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100 sebelum mengemukakan permohonan.
  1. Berumur TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan menerima tawaran 
  2. Berumur TIDAK melebihi 30 tahun sebaik sahaja tamat pengajian.
  3. Pengesahan kemasukan dari universiti ATAU swasta Universiti ATAU Pusat Latihan.

 

Syarat Kelayakan Pemohon Pengajian Peringkat Diploma

  1. Pemohon mesti mempunyai kelulusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dengan gred minimum 5A dan tanpa gred C ke bawah bagi lain-lain subjek.
  2. Tempoh pengajian 3 tahun / 6 Semester.

Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM7,500 setahun setiap satu [Elaun + Yuran].

 

Syarat Kelayakan Peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda

  1. Pemohon mesti mempunyai:
    1. Diploma : PNGK minimum 3.00
    2. Matrikulasi : PNGK minimum 3.00
    3. STPM : PNGK 3.00
    4. STAM : Jayyid Jiddan atau Mumtaz.

 

  1. Tempoh pengajian 4 tahun / 8 Semester.

Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM9,500 setahun setiap satu [Elaun + Yuran].

 

Syarat Penjamin (Sekiranya Permohonan Diluluskan)

  1. Warganegara Malaysia berumur bawah 50 tahun semasa memohon, telah bekerja dengan mendapat gaji di bawah RM 1,000.00 dengan mempunyai slip gaji.
  2. Individu yang bekerja sendiri atau pesara adalah TIDAK LAYAK menjadi penjamin.

 

JUMLAH DISKAUN BAYARAN BALIK PINJAMAN

Jumlah potongan bayaran balik pinjaman sekiranya pelajar berjaya mendapat keputusan CGPA  bermula daripada 2.50 layak menerima potongan diskaun berdasarkan konsep “Qardhul Hassan”, iaitu program penajaan yang tidak melibatkan faedah atau syarat tambahan dalam pembayaran balik pinjaman.

CGPA

DISCOUNT

REPAYMENT PERCENTAGE

3.50 – 4.00

100%

0%

2.75 – 3.49

70%

30%

2.50 – 2.74

30%

70%

<2.50

0%

100%

 

 

SESI PERMOHONAN

  • Permohonan PPBU akan dibuka diantara Mulai Mei dan Jun bagi program pengajian peringkat Diploma.
  • Manakala peringkat Ijazah Sarjana Muda dibuka mulai Ogos hingga September setiap tahun.
  • Keputusan permohonan hanya boleh diketahui dalam tempoh tiga(3) hingga empat(4) bulan selepas aplikasi permohonan online ditutup.

Maklumat lanjut mengenai pinjaman PPBU Yayasan Bank Rakyat boleh didapati dengan melayari pautan berikut: https://yayasanbankrakyat.com.my/

 

KEMUDAHAN PEMBIAYAAN LAIN:

1) Bantuan Kewangan Pelajar Kurang Upaya (OKU) – BKOKU-KPT

 

2) Bantuan Zakat Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK)

3) Skola Fund / Kita Fund