TRAVELOG THAQAFAH ISLAM : TRANSFORMASI DUNIA PRIMITIF KEPADA DUNIA MODEN
TAJUK : TRAVELOG THAQAFAH ISLAM : TRANSFORMASI DUNIA PRIMITIF KEPADA DUNIA MODEN.
Oleh : Mohd Nor Bin Anuar
ABSTRAK :
Thaqafah Islam telah menghasilkan ledakan ilmu, maka lahirlah tamadun Islam tersebar ke seluruh dunia, tidak terkecuali di gugusan kepulauan Melayu. Perkembangan tamadun Islam dan perluasan empayer Islam bermula sejak zaman Rasulullah SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah dan menubuhkan negara Islam pertama. Kemudian penyebaran Islam ke seluruh dunia oleh para sahabatnya r.a. hinggalah ke zaman keemasannya selepas itu. Dunia Barat seharusnya terhutang budi dengan tamadun Islam justeru kemajuan sains yang diperolehi masa kini bertolak dari penemuan-penemuan Ulama-Intelektual Islam silam. Artikal ini mengenengahkan hakikat bahawa manusia yang mampu menggunakan akal (intelek) dengan berpandukan wahyu akan berupaya menterjemahkan kebitaraan dan keindahan Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna. Kecemerlangan Islam silam perlu ditempa kembali dengan membina tasawwur Islam yang syamil dalam segala rancangan, tindakan dan penghasilan.
PENDAHULUAN
Thaqafah menurut kamus al-Muhit, berasal dari kata thaqufa yang bererti cepat di dalam memahami sesuatu atau cerdas. Menurut istilah, terdapat perbedaan ungkapan di dalam memberi definisi thaqafah, namun yang mendekati kebenaran, ialah pengertian thaqafah sebagai konsep pemikiran dan pandangan hidup atau suatu ideologi tentang alam semesta, manusia dan kehidupan atau suatu konsep pemikiran dan pandangan hidup tertentu yang telah membentuk pola fikir dan perilaku sesuatu masyarakat. Setiap masyarakat atau bangsa memiliki thaqafah (pandangan hidup) atau way of live yang berbeza-beza sesuai dengan ideologi dan pemikiran yang mereka yakini.
Manakala thaqafah Islam bererti seluruh konsep pemikiran dan pandangan hidup berdasarkan ajaran dan akidah Islam tentang alam semesta, manusia dan kehidupan. Oleh itu, pandangan seorang Muslim terhadap suatu fenomena dan realiti kehidupan harus berlandaskan akidah Islam. Manakala sumber rujukan mutlak dan utamanya ialah al-Quran dan al-Sunnah.
ANALOGI INTELEK
Sebelum membincangkan kedudukan akal dan peranannya dalam thaqafah Islam, kita mengambil dahulu satu analogi daripada reka cipta komputer untuk mendekati pengertian thaqafah Islam. Katakanlah skrin komputer yang berdimensi horizontal atau realiti di permukaan, yang mewakili semua aktiviti dalam bentuk alam maya kebendaan oleh sesebuah komputer. Sesebuah program akan beroperasi untuk merangsang interaksi benda-benda dalam alam maya yang diprogram secara interaktif pada skrin mengikut hukum-hukum virtuousity – di mana manusia boleh memahami hakikat makhluk-makhluk di alam maya dan persekitaran pada skrin melalui ilmu sains dan cabangnya. Makhluk-makhluk ‘jadian’ dirangsang untuk menguasai dimensi horizontal (skrin) dalam alam maya mereka – begitulah juga ilmu sains dan teknologi yang memungkinkan manusia mengawal alam benda.
Reka cipta alam maya di skrin komputer melibatkan banyak proses interaktif yang kompleks. Imejan di atas skrin dijana dengan mengeluarkan pixel demi pixel dan aksara. Terdapat program atau mungkin beberapa interaksi program bergerak dalam RAM. Pada tahap lain, ada corak-corak arus letrik yang mengalirkan maklumat untuk mengesan laluan-laluan kompleks melalui co-linearity cip-cip di atas papan induk. Terdapat juga storan statik untuk program yang belum dimulakan yang disimpan dalam cakera. Semua pelengkap dan asasnya akan mewakili realiti maya (yakni persekitaran alam maya di atas skrin yang akan wujud dalam semua tahap seperti yang dikehendaki). Projeksi pada skrin adalah manifestasi paparan (benda) daripada tahap-tahap kewujudan yang tersedia ada dalam komputer. Ia merupakan asas atau substratum yang tersembunyi di sebalik alam maya kita di skrin. Ianya mewakili dimensi menegak (vertical) kepada alam maya yang dirangsang itu.
PERISIAN PELENGKAP
Makhluk alam maya atau benda-benda maujud yang bergerak melalui deria-deria letronik bergantung kepada rangsangan yang diberi kepadanya oleh program perisian. Untuk memperolehi rangsangan sedemikian perlu diingat bahawa terdapat perisian-perisian pelengkap kepada kewujudan alam maya tadi seperti program itu sendiri, corak arus letrik yang mengalir melalui chip, RAM, perkakasan back-up yang menyokong perisian dan sebagainya. Oleh itu, memahami alam mendatar (horizontal) – yakni alam pada skrin atau realiti maya – yang dirangsang adalah terhad. Ini kerana semua lanskap virtual reality untuk mewujudkannya tidak kelihatan kepadanya, iaitu ia wujud tetapi pada tahap-tahap yang tersembunyi di sebalik skrin itu.
Analogi ini digunakan sebagai permulaan untuk memahami konsep akal dalam Islam dan impaknya ke atas realiti dunia. Sains adalah suatu bidang mendatar atau horizontal yang mengembangkan ilmu ke ufuk luar diri manusia. Ia meluaskan kefahaman manusia tetapi tidak semestinya memperdalaminya. Sains tidaklah stabil dari sudut teoritikal – ia berdasarkan hipotesis, eksperimen dan penemuan, bukan berasaskan prinsip-prinsip asal yang tersendiri.
Sains dapat menyediakan satu model untuk dunia dan sebagaimana ianya, model sains sentiasa berubah. Ia mampu menjelaskan aspek-aspek duniawi tetapi tidak dapat memberitahu manusia apa-apa mengenai asas atau hakikat kehidupan dunia dan tujuan-tujuan kewujudan di sebalik penciptaannya. Ia dapat menjelaskan kewujudan horizontal manusia (seperti mana alam maya pada skrin dalam analogi komputer) dan memberi kuasa kepada kita untuk menguruskan kehidupan tetapi tidak mampu memberitahu mereka tentang kewujudan vertikal atau menegak, yakni hakikat di sebalik apa yang dilihat itu.
Sains dan penaakulan mempunyai keluasan tetapi kedalamannya terbatas. Manusia yang hanya melihat dunia melalui kacamata sains akan mempunyai duniawi yang begitu terperinci, tetapi ia merupakan dunia uni-dimensi yang rata mendatar tanpa dimensi menegak dan tiada kesepaduan pelbagai dimensi jika asas atau substratumnya tidak diketahui.
Jika kemanusiaan dibentuk oleh sains per se, hasilnya ialah kemanusiaan yang memiliki ilmu mendatar yang menggunung, mengenai pengurusan dan manipulasi alam fizikal tetapi terlalu sedikit kefahaman mengenai tujuan kewujudannya – iaitulah persoalan mengapa ia diciptakan dan persoalan metafizika atau ghaibiyyat yang mendasarinya. Ringkasnya, manusia uni-dimensi memahami cara pergerakan mekanisme sebuah kereta, memandu dengan cekap tanpa mengetahui arah dan destinasi yang hendak dituju.
KEBITARAAN THAQAFAH ISLAM
Apakah sumber atau asas yang menyebabkan berkembangnya thaqafah Islam yang bitara (unique) dari zaman primitif hingga ke zaman moden? Terdapat perbedaan yang sangat tajam antara erti thaqafah dengan ilmu pengetahuan. Sebab thaqafah berkaitan erat dengan akidah, sebagai asas pembentukan gaya hidup, pola berfikir, perilaku dan keperibadian seorang Muslim, hatta mempengaruhi pola-pola perkembangan tamadun Islam itu sendiri. Sedangkan ilmu pengetahuan seperti kedoktoran, seni bina, kimia, fizik, ilmu matematik dan ilmu bahasa tidak ada kaitan dengan pembentukan akidah (kerana tidak dipedulikan atau diketepikan atau tidak menerima hidayah), gaya hidup, pola berfikir, perilaku dan keperibadian tersebut.
Namun sains hanyalah sebagai pemacu peradaban dan kemajuan suatu bangsa dan negara. Oleh karena itu, belajar ilmu pengetahuan dan sains sangat dianjurkan di dalam Islam, asalkan tidak mengenepikan nilai dan ruh akidah Islam. Tanpa akidah Islam kehidupan manusia masih bersifat primitif meskipun keberadaannya hidup dalam dunia serba moden, bahkan mungkin lebih teruk daripada perilaku manusia purba. Hasil daripada travelog thaqafah Islam, kita akan dapat beberapa manfaat, iaitu:
- Memahami dan menghayati thaqafah Islam dalam realiti kehidupan.
- Berpegang teguh pada sendi-sendi thaqafah Islam dalam berbagai aspek kehidupan.
- Bersyukur dan percaya diri dalam mengatur kehidupan diri keluarga, bermasyarakat dan bernegara menurut kepentingan thaqafah.
- Mewariskan thaqafah Islam dan nilai penghayatannya kepada generasi penerus dengan sabar demi mencapai ketinggian kalimah Allah serta mencari redaNya.
- Menjaga dan melindungi diri dari pengaruh nilai budaya dan ideologi kaum kuffar, baik dari kaum musyrik maupun munafik.
Kemanusiaan manusia hanya tercapai bila mana mereka memiliki ilmu mendatar dengan berpaksikan ilmu menegak. Namun falsafah Descartes pernah mengatakan: “Saya fikir dengan itu saya wujud”, ternyata hanyalah membataskan ilmu manusia setakat tahap penaakulan individu di atas kesedaran egoistiknya. Trend pemikiran rasional untuk mendefinisikan semua realiti setakat kewujudan horizontal sahaja akan menambahkan lagi kejahilan manusia terhadap hakikat realiti. Penggunaan logik boleh membantu manusia setakat bergerak di paksi mendatar tetapi aplikasi taakulan menjadi pergerakan lebih pantas menuju paksi menegak. Ini boleh dilakukan jika manusia bebas daripada tarikan dan kecederungan kebendaan (duniawi tidak masuk sampai ke dalam hati nurani).
Akal (Intelek) pula adalah satu kewujudan dalam dua tahap kewujudan. Tahap pertama, ialah ia merupakan akal taakulan dan akal logik sebagai alat menggerakkan diri kendiri. Manakala tahap kedua, ia merupakan akal yang tidak ramai yang mampu mencapainya. Akal tinggi wujud pada tahap yang lebih tinggi daripada dunia kebendaan dan merentasi dunia yang rendah itu. Ia bukan menghubungkan manusia dengan kebenaran saintifik tetapi berkaitan dengan kebenaran dari Allah SWT, inilah yang dikatakan sebagai ilmu hakiki.
Oleh itu, akal intelek merupakan kedudukan tertinggi seseorang manusia – strata tertinggi dalam hakikat diri manusia – merentasi akal taakulan dan akal logik dan berdiri mengatasi ego. Inilah asas thaqafah yang sangat luas kerana ia juga merentasi persekitaran institusi dan budaya bila dikaitkan dengan realiti semasa. Al-Quran menyamakan mereka yang tersesat dengan mereka yang tidak dapat menggunakan akal intelek – dengan frasa “wa la ya’qilun” (mereka tidak menggunakan akal) atau frasa “la yafqahun” (mereka tidak mahu memahami). Mereka yang tidak menggunakan akal atau intelek adalah mereka yang telah menafikan kebolehcapaian dirinya kepada ketertinggian hakikat kemanusiaannya.
Penaakulan (reason) ialah salah satu aspek refleksi dari akal yang memberi manusia kesedaran tetapi ia masih boleh dipengaruhi oleh ego individu. Ia boleh meletakkan manusia di persimpangan antara intelek (akal) atau nafsu (emosi). Manakala wahyu menyediakan satu kerangka bimbingan dan perlakuan di mana taakulan dan logik yang berpegang kepada bimbingan wahyu akan dapat berdiri kukuh untuk menyampaikan manusia kepada tahap akal intelek, iaitu kepada kesedaran beragama. Ayat-ayat al-Quran menjadi pintu kepada akal intelek untuk menemukan kebenaran, dan bila mencapai akal intelek maka ilmu hidayah[1] daripada Kitab Suci ini akan diperolehi. Insya’Allah.
Syaikh Taqiyddin An-Nabhani (2008)[2] mendefinisikan thaqafah Islam sebagai pengetahuan yang titik tolak pembahasannya adalah akidah Islam. Baik pengetahuan itu mencakup serta membahas akidah Islam itu sendiri seperti ilmu tauhid, ataupun pengetahuan itu didasarkan atas akidah Islam seperti tafsir, hadis, dan fiqh ataupun pengetahuan syar’ie yang diperlukan untuk memahami hukum-hukum yang lahir dari akidah Islam, yakni pengetahuan yang wajib dimiliki untuk berijtihad, seperti ilmu-ilmu bahasa Arab, musthalah hadis, dan ilmu usul-fiqh (ilmu-ilmu fardu ‘Ain). Thaqafah Islam adalah bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Semua cabang thaqafah Islam muncul dari kedua sumber mutlak ini secara langsung atau melalui pemahamannya. Al-Quran al-Karim diturunkan kepada Rasulullah SAW memang untuk disampaikan kepada manusia, sebagaimana firman Allah SWT:
ÏM»uZÉit7ø9$$Î/ Ìç/9$#ur 3 !$uZø9tRr&ur y7øs9Î) tò2Ïe%!$# tûÎiüt7çFÏ9 Ĩ$¨Z=Ï9 $tB tAÌhçR öNÍkös9Î) öNßg¯=yès9ur crã©3xÿtGt ÇÍÍÈ
Maksudnya: (Kami utuskan rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan kitab-kitab suci (yang menjadi panduan); dan Kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.
Al-Nahl (16): 44
Individu yang mencapai tahap intelek (akal tinggi) akan sampai di penghujung pengembaraan vertikal dan mencapai intelek sejagat yang tulin, boleh menjadi pembimbing atau mentor untuk membimbing orang lain pula. Sebagaimana maksud hadis bermaksud:
“Tuhan mencipta akal (intelek) dari cahayaNya … dan itulah ciptaanNya yang terawal daripada kejadian ruh. Selepas dicipta, Tuhan menyuruhnya supaya pergi ke alam dunia dan ia akur mengikut perintah. Kemudian Tuhan menyuruhnya untuk kembali kepadaNya. Akal menurut perintah mengadapNya. Dengan itu, Tuhan mengistiharkan dengan perkataan, Aku telah mencipta mu dengan semua kehebatan dan menganugerah mu kemuliaan dan keutamaan berbanding semua makhluk Ku”. (The Book of Reason and Ignorance).
Dalam usaha mendapatkan akses kepada kewujudan dalaman, yakni pengembaran vertikal (“…hakikat Islam” – Quran Syura 90), yang menyampaikan kepada kefahaman untuk memahami hakikat kewujudan (semua benda dan perkara), seseorang individu hendaklah menyelami ke dalam diri dan berada di luar dataran kebendaan. (Dalam analogi komputer, manusia bertambah sedar tentang semua tahap pemprosesan atau pemprograman yang terdiri daripada ‘kewujudan sebenar’, yang memungkinkan ‘kewujudan yang dirancang’ pada tahap skrin komputer).
Akal atau intelek manusia merupakan refleksi mikrokosmik dari intelek sejagat (makrokosmik). Bila manusia mencapai penggunaan intelek yang betul maka ia akan berupaya ‘berenang’ di dalam lautan makrokosmik dengan berpandukan hakikat (tujuan dan matlamat) hidup sebenar. Semuanya dengan izin Allah SWT jua.
THAQAFAH ISLAM BERMULA DI SINI: HIJRAH AL-RASUL SAW
Menurut Zachariah Matthews (2004)[3], Islam sebagai agama (samawi) termuda mucul di pentas dunia sejak 622M dengan peristiwa Hijrah (migration) Rasulullah SAW dan pengikut-pengikutnya yang sedikit, dari Mekah ke Madinah di barat daya Semenanjung Arab. 150 tahun kemudian baginda SAW menegakkan sebuah negara Islam di mana hukum Allah SWT menjadi kuasa tertingginya, pengaruhnya terus melingkungi laut Mediterranean dari Syria dan sungai Tigris dan lembah Euphrate ke China dan India Barat, selatan dari empayer Parsi dan Saudi Arabia, barat melalui Mesir dan menyeberangi Afrika Utara, dan utara melalui Sepanyol hingga ke Pyrenees.
Berdasarkan peta penyebaran Islam berikut, kronologi penyebaran Islam seperti sebutan fakta di atas bermula 622M hingga 750M melalui dakwah atau peperangan, melalui dakwah dan perdagangan dari 750M hingga 1500M dan melalui perpindahan dan penghijrahan antarabangsa dari 1500M hingga ke masa kini, terutama ke negara-negara di benua Amerika, Eropah, Australia dan Rusia.
Peta 1: Kronologi Linear Penyebaran Islam
Pembinaan kota Baghdad dan penubuhan kekhalifahan Abbasiah sebagai pewaris Nabi SAW pada pertengahan kurun ke-8, zaman keemasan Islam mula muncul. Selama 400 tahun, bermula pertengahan kurun-9 sehingga pemusnahan Baghdad oleh tentera Mongol, budaya Islam tidak dapat ditandingi dari segi keindahan dan kualiti thaqafah dan kecemerlangan ketamadunannya.
Ada beberapa peristiwa bersejarah yang muncul untuk menjadikan zaman emas Islam menjadi kenyataan sejarah. Salah satu peristiwa yang paling signifikan dalam kemunculan pembentukan empayer yang besar ini ialah ketiadaan masalah politik dalaman dan bebas dari serangan luar. Perdagangan berjalan mengikut laluan sutera di benua Asia dan seterusnya berjalan dengan aman. Hikmah tamadun India dan China yang bertembung secara harmoni dengan ketamadunan dari Parsi, Greek purba, Rom dan Mesir telah dimanfaat oleh orang-orang Islam. Ketamadunan yang dikuasai Islam terus kekal dan mengukuhkan pengurusan intelektual dan ilmu, tidak seperti pengurusan di bawah barbarian utara.
Syukur dengan pengakuan Rasullullah SAW bahawa …”dakwat yang digunakan oleh ahli bijak pandai lebih bernilai daripada darah syuhada’.” Para pemimpin Islam sangat menyanjung tinggi khazanah ilmu dan intelek di tanah-tanah jajahan. Lebih-lebih lagi orang Islam menggunakan bahasa Arab, yakni bahasa al-Quran, menuju ke arah piawaian ilmu ke seluruh empayer sebagai bahasa akidah dan pentadbiran, dan juga sebagai bahasa ilmu seperti teologi, falsafah, seni dan sains.
Penyatuan akidah dan bahasa masih menantikan untuk seterusnya menghasilkan ledakan literasi dan ketamadunan sebagaimana yang dialami oleh empayer Islam. Pada pertengahan kurun ke-8, teknologi membuat kertas dari China tiba dari Samarkand iaitu dari sebelah timur sempadan empayer. Tiba-tiba teknologi intensif buruh dalam penghasilan belulang (hides) dan papyrus digantikan dengan pembaruan teknologi pengeluaran besar-besaran kertas daripada pulpa terbuang atau (pulped rags), jerami (hemp) dan kulit kayu (bark), ruang perpustakaan peribadi dan awam yang besar pula menjadi tumpuan ramai. Malah dalam masa yang sama, keberhasilan nombor-nombor Arab yang diimpot dari India mula mengambilalih sistem angka Roman di mana nombor kosong buat pertama kalinya mula diperkenalkan oleh nombor Arab. Pendidikan awam pula tersebar dengan pantas ke serata pelusuk rantau.
PENAAKULAN BERWAWASAN
Paparan zahir dunia pasca-moden telah mengenepikan taakulan dan logik versi Descartes dan memencilkan kriteria betul dan salahnya kepada keinginan dan permintaan ego (bukan ego individu, bahkan ego nasional, ego korporat, atau ego kuasa politik – akhirnya berjangkit kepada ego individu). Ia bukan lagi ego untuk mengenali kewujudan diri mengikut versi ego Descartes tetapi lebih teruk lagi ia ego yang tidak mahu memahami keadaan diri, menjauhkan diri dari refleksi kendiri dan ikut suka sendiri. Taakulan, logik dan kaedah saintifik – semuanya menjadi alat kepada ego ini dan akan hilang lenyaplah kebenaran.
Mereka tidak kira betapa merbahaya menjadikan taakulan, logik dan kaedah saintifik sebagai alat kepada ego negara dan ego politik dalam memaksimakan selera kuasa dan selera untung. Mereka sanggup menyanggah kebenaran dan menghadkan maruah dan kebajikan manusia terbanyak semata-mata untuk memaksimakan keuntungan kelompok individu dan meminimakan faedah sosial, di samping memuaskan egonya.
Sebenarnya Islam adalah satu sistem yang bitara berasaskan konsep tauhid, yang membina kesepaduan yang harmonis antara aspek menegak (rohani) dan aspek mendatar (jasmani) dalam realiti kehidupan. Ia bukan fahaman ciptaan manusia seperti rasionalisma, sekularisma dan nasionalisma atau sebagainya, atau menganggap Islam sebagai sub-budaya, atau subsistem yang tergelincir dari konsep Islam sebagai al-Din kerana menjadikan konsep Islam lebih kecil daripada budaya-budaya lain.
Bila kuasa sekular berubah, versi peminggiran Islam dipaksa menari mengikut rentak adaptasi citarasa sekular – iaitu ‘tarian’ ala-munafik yang berusaha menunjukkan betapa tidak relevannya wawasan Islam. Sememangnya Islam dan sekularisma saling nyah-mengenyahkan (desintesization) untuk masing-masing mendakwa relevan dengan tuntutan semasa – namun Islam sentiasa relevan dengan fitrah dan naluri manusia, sedangkan sekularisma cenderung untuk mengkesamping dan menyanggahinya.
ULAMA PEWARIS NABI
Ulama merupakan pewaris para Anbia’ (maksud al-Hadis). Mereka memiliki kepakaran untuk menterjemahkan sumber-sumber rujukan utama pengurusan dan ketamadunan Islam. Satu daripada ciri utama seorang ulama ialah ia menjadi tempat rujukan dan memberi bimbingan agama kepada manusia. Bagi orang kebiasaan, tanpa mengenali dan mendampingi ulama yang mursyid (berwibawa sebagai pemimpin agama dan negara) maka agak sukar dan mustahil bagi mereka untuk menguasai dan memahami kehendak dan tuntutan agama yang betul dan benar. Ilmu-ilmu agama dapat membantu mereka menyaring dan mengenyahkan unsur-unsur keilmuan yang salah atau palsu daripada bercampuraduk dengan memurnikan ilmu yang sahih kebenarannya.
Dengan bimbingan ulama yang mursyid tersebut, mereka tidak akan tersalah menukar model pengIslaman dengan model pembaratan dan tidak akan sekali-kali meletakkan makam wahyu di bawah pengaruh akal biasa manusia. Perlakuan meletakkan ilmu wahyu, sebanding atau apatah lagi jika ditaruh di bawah ilmu-ilmu sains adalah punca berlakunya kehilangan adab dalam dunia Islam. Ia sudah tergelincir dari tasawwur Islam. Para ulama juga mempertahankan adab dan tradisi keilmuan Islam. Keilmuan yang ada pada diri mereka perlu diiktiraf dan diakui oleh setiap umat Islam dan bukan-Islam yang ingin menegakkan kebenaran, keadilan dan kesejahteraan.
Teori-teori yang bertentangan dengan ayat-ayat al-Quran hendaklah diperbetulkan semula melalui proses pengIslaman ilmu. Kemungkinan teori-teori tersebut hanya mengambil maksud zahir pada teks wahyu supaya cenderung mengikut rasionaliti manusia atau dipesongkan maksud sebenar ayat-ayat suci dengan mengenepikan ruh hidayah kebenarannya; wal’iyazubillah. Memelihara kesucian agama itulah fungsi ulama yang sebenar. Namun selepas era penjajahan Barat ke atas dunia Islam, fungsi ulama telah dikaburkan di mana ‘jubah ulama’ terbahagi kepada yang asal disebut sebagai ulama mursyid atau ulama pewaris Nabi SAW dan golongan ulama reformers yang dipanggil juga sebagai ulama berpemikiran sekular.
Ulama sekular atau secularistic-reformers hanya mengambil cakna sebahagian juzuk Islam dan tidak pula menghiraukan kesyumulan Islam pada sebahagian juzuk yang lain. Dengan tidak menyedari sindrom split-conceptualization yang mereka hidapi dalam kerangka pemikiran sekular, mereka turut mendokong inspirasi dan model-model pengurusan dan pembangunan ala-Barat meskipun ia tidak mesra-Islam. Oleh itu mereka lebih terkehadapan dalam memberikan ‘khidmat percuma’ kepada dunia Barat untuk memperlambatkan proses Islamisasi dengan mengambil sikap bahawa `untuk mencapai kemajuan dan pembangunan maka agama hendaklah diketepikan’. Sebab itulah ‘mimpi’ ulama sekular dan ‘mimpi’ ulama mursyid berbeza-beza meskipun gelaran mereka sama.
Golongan ulama asal menepati standard atau piawai thaqafah Islam. Mereka tidak bergelumang dengan ideologi-ideologi ciptaan manusia. Mereka merupakan homo-Islamicus yang menggunakan logik, taakulan dan intelek di bawah bimbingan wahyu, dan bebas daripada majis, dongeng, kepercayaan karut-marut, animisme, adat tradisi jahiliyah dan tidak pula menganut fahaman sekularisma. Para ulama Hijaz dan Timur jauh telah membuktikan kesungguhan mereka berdakwah dan berjihad “fi sabilillah” dengan meningkatkan kecintaan mereka terhadap ilmu hidayah dan ilmu-ilmu thaqafah sehingga dunia Islam menjadi pemangkin pembangunan insan dan tamadun.
Kolaborasi ulama dengan golongan umara’ atau pemerintah Islam berupaya membangunkan prasarana-prasarana artifak dan psikofak sezaman berasaskan tradisi keilmuan Islam (Mohd Nor Anuar, 2012)[4]. Zaman selepas era penjajahan Barat juga telah memperlihatkan peranan ulama sebagai pemimpin sesebuah kerajaan. Sebagai contoh di negeri Kelantan Darul Naim dengan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat di bawah naungan Sultan Kelantan, telah melaksanakan dasar membangun bersama Islam dan dasar negara berkebajikan.
FUNGSI INTELEKTUAL ISLAM
Kebanyakan manusia cenderung mengakui penguasaan faktor-faktor ekonomi dan kebendaan. Sekiranya idea (ilmu) tiada mempunyai sokongan kuasa maka golongan intelektual, sebagai pendokong idea-idea, tidaklah memiliki apa-apa fungsi yang bermanfaat. Di dalam Islam dan perpaduan sosial, ketika mana faktor-faktor ekonomi dan kebendaan menentukan kedudukan seseorang, faktor-faktor pemikiran (ideation) pula akan menghalakan tindak balasnya secara positif dan produktif kepada situasi di mana ia berada. Berkata tentang idea pemikiran dalam kehidupan bermasyarakat, ia adalah juga menjadi fungsi intelektual, sebagai manusia yang bertanggungjawab berurusan untuk memenuhi pelbagai keperluan dan peluang.
Intelektual Islam hendaklah bermuthaqqafah dengan ilmu pengetahuan berasaskan iman dan adab, yakni mewacana keilmuan mengenai sesuatu bidang atau disiplin, sebagai pemikiran tinggi dan berkualiti. Tindakan bermuthaqafah ialah perlakuan yang memberi fokus tentang wacana dan cabang-cabang keilmuan yang mengupayakan seseorang mencapai tahap celik al-Ayat[5] dan kesyumulan Islam. Intelektual Islam memerlukan komitmen dan jihad ilmu untuk menemukan ilmu dengan tasawwur Islam dalam satu hubungan yang sinergestik atau mukammilat.
Di antara syarat perlakuan intelektual Islam untuk menguasai kepakaran bermuthaqqafah ialah:
- Iradat (kemahuan) yang kuat kerana menggunakan seluruh potensi untuk memiliki thaqafah Sekira seseeorang memerlukan lebih dari satu thaqafah, kemahuan dan potensinya hendaklah dilipatganda umpama ‘seseorang ibu hendak mencari anaknya yang hilang’.
- Qudwah (teladan) yang baik kerana perlu membuat banyak rujukan dan kajian agar memperolehi penemuan, di samping berusaha secara bersunguh-sungguh untuk memenuhi keperluan atau niche Perlu siapkan agenda kurikulum tersembunyi dan terbuka untuk melengkapi keupayaan inovasi dan mereka cipta.
- Integriti (nilai teras) yang diperlukan untuk memberi komitmen yang tinggi dan disiplin belajar sepanjang hayat. Bermakna memprogramkan diri bagi mencapai kejayaan dengan mematuhi disiplin kendiri dan berpasukan, yakni amal jama’ie.
- Taujihah murabbi (mentor) bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan profesional dengan bertanya dan berbincang mengenai isu berasaskan ilmu, teori atau prinsip tertentu. Pengalaman mentoring juga merupakan pembelajaran.
- Berdo’a kepada Allah SWT agar selalu mengurniakan ilmu dan ilham agar dapat menyelesaikan masalah atau mengemukakan pemikiran alternatif yang berkualiti. Pertolongan Allah SWT merupakan syarat utama thaqafah.
Pembinaan dan pencapaian tamadun Islam juga berlangsung di atas keupayaan dan kualiti thaqafah. Misalnya Andalusia berbeza daripada yang lain, yakni satu-satunya bandaraya Islam di benua Eropah (Barat). Meskipun selepas itu kuasa Islam jatuh namun thaqafah Islam tidak jatuh. Bahkan artifak dan psikofak tamadun Islam pula dimanfaatkan oleh tamadun-tamadun lain sesudah itu meskipun keberadaan cabang-cabang keilmuannya menjangkau ke luar thaqafah.
ULAMA BERMUTHAQQAFAH
Kepimpinan ulama dan pendidik Islam memainkan peranan terpenting sebagai peranan penentu untuk pembangunan dan pengurusan tradisi intelektual Islam seterusnya. Farhad Daftari (2001), menggariskan kekayaan thaqafah dan tamadun Islam dengan ciri kepelbagaian literasi dan tradisi intelektual dalam bidang-bidang ilmu pengetahuan bersifat mencapah atau multidiscipline seperti teologi, undang-undang, sastera, seni dan sains jati, memberi impak dalam setiap fasa-fasa kebangkitan intelektual Islam.
Aziz Esmail (2012)[6], sebagai contoh, membangkitkan beberapa persoalan menarik dan bermakna mengenai kehidupan dan tradisi intelektual dan pembangunan tamadun Islam bila mana berlakunya interaksi ketamadunan. Beliau menggunakan konsep tradisi intelek wilayah Mediterranean secara keseluruhan sebagai tempat membangunnya “a triple heritage”, iaitu zon sejarah agung kelahiran kepercayaan Tuhan yang Esa (monotheistic), falsafah Greek dan era kemajuan dan kegemilangan Islam. Apakala beliau menekankan dimensi kemajmukan literasi dan tradisi, beliau mempunyai kecaknaan semasa dan akan datang kerana berusaha mengendalikannya mengikut pendekatan menyeluruh kepada Islam masa kini.
Dalam konteks terkini, usaha membangunkan thaqafah syumuliah perlu kepada usaha memperdalami ilmu moden sedia ada dan jika perlu mengIslamkannya[7]. Contoh ikonik semasa ialah Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang memiliki thaqafah yang tinggi dan berkualiti. Amalan-amalan yang boleh membantu memiliki thaqafah yang tinggi ialah:
- Sentiasa membaca buku secara serius dan cakna terhadap isu-isu yang dibangkitkan melalui wacana ilmu dan intelektual.
- Selalu menghadiri kursus untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bidang kepakaran profesional.
- Melibatkan diri dalam program kemasyarakatan sebagai wadah atau medan mengaplikasi ilmu dan kepakaran yang dikuasai.
- Menterjemahkan semua aspek thaqafah di dalam diri kita, terutama di dalam penampilan diri dan perlakuan. Misalnya, al-Ghazali dengan kitabnya ‘Ihya Ulum al-Din telah membina thaqafah yang tinggi terhadap dirinya dan menjadi model untuk diri orang lain.
SINERGI AGAMA – BUDAYA
Hugh Kennedy (2001)[8] cuba memberikan garis panduan bagaimana beliau melihat kehidupan intelektual Islam berkembang sejak era pembentukan pemikiran Islam. Beliau menimbulkan dua isu politik yang menjadi latar belakang dan asas yang subur untuk pembangunan pemikiran Islam kemudiannya, iaitu isu kepimpinan Islam dan isu penyebaran Islam. Oliver Leaman[9] menegaskan bahawa semasa perkembangan pesat empayer Islam, pemimpin-pemimpin Islam bersegera melakukan konteks dan kolaborasi dengan golongan ulama dan intelektual kerana mereka memiliki idea (ilmu) bernilai atau kuasa ilmu dalam menangani perkara yang menyentuh teologi, perubatan, astronomi dan matematik. Mereka faham dan sedar bahawa aspek ilmu mengatasi aspek kuasa. Meskipun ada yang mendakwa ia dari tamadun lain namun Muslim tidak menolak mana-mana bidang ilmu yang berguna kepada Islam, Muslim dan manusia keseluruhannya.
Sebagai natijahnya, telah berlaku persenyawaan simbiotik (sinergi: penulis) antara agama dan budaya, dan seterusnya menghasilkan kekayaan saintifik dan falsafah. Dalam semua hal, kekayaan idea telah mendorong falsafah Muslim yang menyatakan bahawa anda boleh berbeza pendapat terhadap kebenaran yang sama tetapi jangan mempertikaikan kebenaran itu.
Menurut Muhsin Mahdi,[10] sejak dari mula sudah terdapat dimensi rasional dalam Islam dan ianya masih segar hingga ke hari ini. Permasalahannya ialah bukannya Islam menolak rasionaliti tetapi ada golongan Muslim dalam sejarah yang terlajak pergi terlalu jauh dan ekstrim dalam meletakkan kedudukan dan kepentingan rasionaliti itu sendiri.
Semestinyalah letak duduknya rasionaliti adalah di bawah bimbingan dan naungan wahyu. Sejarah membuktikan ada juga aliran yang bergantung penuh kepada rasionaliti dalam beragama disebut sebagai aliran mazhab Mu’tazilah. Aliran ini bukan lagi termasuk dalam tradisi intelektual Islam sebenar dan kerana itulah aliran mazhab Sunni (Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah) dipertahankan oleh ulama al-Ash’ari[11], iaitu seorang ulama Sunni yang dulunya berfahaman Mu’tazilah dan kini menentangnya secara habis-habisan.
MARGINALISME AGAMA
Begitu juga dengan tindakan dua ulama terkenal iaitu Iqbal dan Afghani telah meninggalkan mazhab baru yang berpaksikan rasionaliti dipanggil ‘mazhab hikmah Parsi’ yang digerakkan oleh Mir Damad and Mulla Sadrs. Kedua-duanya mendapati Mulla Sadr dan genrenya telah diresapi dengan keseronokan spekulasi metafizika tulen dan menyisihkan diri dengan dunia sebenar, sehingga tidak mengendahkan tribulasi penjajahan Barat ke atas dunia Islam. Pengasas hikmah Parsi, iaitu Mahdi pula dikatakan mempersenda pandangan Muhammad Abduh yang menggesa supaya umat Islam kembali kepada al-Quran boleh menyempit dan mengecilkan wawasan Islam. Inilah salah satu contoh daripada beberapa ranjau di sepanjang travelog thaqafah Islam.
Menurut Norman Calder[12] sambil beliau bersekongkol dengan kekeliruan Mahdi mendakwa Muhammad Abduh dan pengikutnya cuba menolak dan mengenepikan semua kekayaan tradisi intelektual dengan menyeru masyarakat Islam supaya kembali dan melaksanakan semula tradisi itu dengan al-Quran. Mazhab baru rasionaliti ini memang sangat disukai dan dialu-alukan oleh golongan orientalis Timur dan Barat seperti mereka, sedangkan pendekatan konflik antara rasionaliti dengan wahyu tidak dibenarkan dalam tradisi keilmuan Islam. Al-Quran adalah rujukan wajib bagi umat Islam dalam semua perkara, sebagai faktor dominan dalam semua urusan termasuk agama, intelektual dan kehidupan Muslim.
Farhad Daftari[13], telah memberi suatu gambaran menyeluruh mengenai aktiviti intelektual di zaman Ismailiah pada era pertengahan dalam bidang-bidang falsafah, undang-undang, sosiografik persejarahan, juga tradisi khusus serta institusi keilmuan. Bagaimanapun, Alice C. Hunsberger memberi fokus kepada tokoh intelek, Nasir Khusraw, bagi memberi gambaran lebih baik terhadap aktiviti intelektual dinasti Fatimiah.
SYIAH DAN IMPLIKASINYA
Annemaria Schimmel[14] pula mendakwa bahawa seseorang sufi meskipun tidak mengenepikan taakulan dan rasionaliti tetapi tidak memilih taakulan untuk tujuan kecintaan. Menurut pendapat beliau bahawa rasionaliti akan menilik dan merenung pada sesuatu perkara, kecintaan[15] pula cuba melompat ke dalam hati tanpa memikirkan implikasinya. John Cooper[16] pula memeriksa peranan Sufi dan bagaimana Syiah menjadi suatu monopoli dengan sekutu kerajaan, authoritarian dan kepenulangan (ossified).
Beliau tidak pula mengutarakan beberapa elemen utama dalam kehidupan intelektual era Safawi tetapi memberi sedikit pencerahan terhadap kedudukan kepercayaan ‘Imam Dua Belas’ Syiah. Fahaman Syiah telah disokong kerajaan, bahkan menjadi seperti ideologi negara yang belum pernah berlaku dalam sejarah dunia moden. Sebagaimana diketahui umum bahawa aliran Syiah membawa fahaman bertentangan dengan aliran Sunni dalam soal-soal akidah[17] dan ibadah.
Aliran Sunni merupakan fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang mengakui perjalanan Rasulullah SAW dan semua para Sahabat r.a, termasuk semua Ahl al-Bayt. Sedangkan aliran Syiah lebih taksub dengan kepimpinan Saiyidina Ali r.a dan mempersendakan kepimpinan Ahl al-Bait yang lain seperti Abu Bakar al-Siddiq (bapa mentua Rasulullah s.a.w) dan Umar Ibn al-Khattab al-Faruk (bapa mentua Rasulullah SAW dan menantu Saiyidina Ali r.a) dengan pelbagai tohmahan dan fitnah.
Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri r.a.[18], dia berkata: Antara Khalid bin al-Walid dan Abdurrahman bin Auf telah terjadi sesuatu, lalu Khalid pun mencaci-makinya. Mendengar itu, Rasulullah saw. lalu bersabda:
Janganlah kamu mencaci-maki seorang pun dari para sahabatku. Sekalipun salah seorang kamu membelanjakan emas sebesar gunung Uhud, hal itu tidak dapat menandingi satu bahkan setengah mud (1 mud = 543 gram) salah seorang mereka.
Hadis riwayat Jubair bin Muth’im r.a.[19], daripada ayahnya bahawa seorang wanita pernah meminta sesuatu kepada Rasulullah s.a.w. kemudian beliau menyuruh wanita itu kembali lagi kepada beliau di lain waktu. Lalu wanita itu bertanya:
Wahai Rasulullah, bagaimana menurut engkau kalau aku nanti datang dan tidak menjumpaimu? Bapaku berkata: Nampaknya wanita itu bermaksud kematian. Beliau bersabda: Jika kamu tidak menjumpaiku, maka temuilah Abu Bakar.
Abu Musa r.a.[20] berkata:
“Nabi sakit dan pada saat penyakit bertambah tenat, beliau bersabda. ‘Perintahkanlah kapada Abu Bakar agar dia solat bersama (mengimami) orang lain.’ Aisyah berkata: Dia adalah lelaki berhati lembut; apabila dia berdiri di tempatmu (menggantikanmu menjadi imam), dia tidak berkuasa solat mengimami orang lain.’ Beliau bersabda lagi, ‘Perintahkanlah kepada Abu Bakar agar ia solat bersama (mengimami) orang lain.’ Aisyah mengulangi jawapannya tadi. Lalu baginda bersabda, ‘Perintahkanlah kepada Abu Bakar agar dia solat bersama (mengimami) orang lain. Kamu (para wanita) adalah (seperti) wanita-wanita yang terus mendesak Yusuf.’ Maka, seorang utusan datang kepada Abu Bakar (dengan menyampaikan perintah tersebut) dan dia pun mengimami solat orang ramai ketika nabi masih hidup.”
Daripada Huzayfah r.a.[21] berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Hendaklah kamu mengikuti dua orang selepasku iaitu Abu Bakar dan Umar.”
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud r.a.[22], daripada Nabi s.a.w. telah bersabda:
“Sebaik-baik manusia adalah yang hidup pada satu kurun bersamaku, kemudian setelah kurun (tabi’in), kemudian setelah kurun mereka (tabi’ tabi’in).
KEDUDUKAN WANITA
Abdulaziz Sachedina[23] telah berusaha menyediakan kerangka yang lebih luas untuk mewacana kedudukan wanita Muslim dalam masyarakat. Beliau menyatakan deliberasi perundangan dalam pusat-pusat pembelajaran Islami seperti madrasah yang dikuasai oleh kaum lelaki, menjadikan suara wanita masih terpendam. Dengan itu, isu pendefinisian semula status wanita Islam dalam masyarakat moden dihadapi oleh ahli-ahli perundangan semasa. Lebih-lebih lagi, Sachedina menggalakkan penglibatan wanita Muslim dalam hal ehwal perundangan dan etika di mana hak-hak asasi wanita boleh diketengahkan sentiasa dan diberi keadilan.
TRADISI ISLAM DAN GLOBALISASI
Karya Mohammed Arkoun’s[24] “Present-Day Islam Between its Tradition and Globalization” (satu kertas yang tidak diterbitkan tetapi dipersembahkan di Cambridge) di mana beliau cuba membandingkan Islam masa kini dengan zaman awal dan globalisasi untuk mengkaji pemikiran semula terhadap globalisasi. Zaman awal thaqafah akan menjadi implisit jika globalisasi tidak dipelajari. Kewujudan kita masa kini perlu mengambil tindakan eksplisit dalam menangani permasalahan dan fenomena globalisasi. Seterusnya memahami Islam dalam konteks baru yang tidak dipengaruhi oleh globalisasi dari sudut thaqafah Islam secara syumul.
Mungkin mustahil untuk memahami konsep globalisasi dengan menggunakan istilah-istilah lama dalam bidang hal ehwal antarabangsa. Globalisasi menyebabkan pemikiran Islam perlu menggilap kualiti thaqafah. Malah konsep modeniti turut terancam. Kesatuan Eropah mengatakan ia suatu petunjuk sebagai proses berakhirnya fahaman negara-bangsa yang dihasilkan oleh pemikiran moderniti sendiri. Seterusnya beliau berpendapat kita tidak boleh menghadapi penyebaran Islam secara kronologi linear, sebagaimana kita memahami paparan persekitaran skrin dari analogi komputer terdahulu, tetapi hendaklah mencari dan mengenal pasti logik kolineariti[25] antara thaqafah awalan dengan thaqafah mutakhir, sebagaimana kita memahami substratum yang wujud di sebalik sesebuah komputer untuk memahami realiti maya pada skrinnya.
Beliau seterusnya mengakui bahawa Islam juga terkena tempias dan tertakluk kepada ribut perubahan globalisasi yang sukar ditepis, seperti juga impaknya ke atas tradisi pemikiran, budaya dan kepercayaan yang sedia ada. Arkoun kemudiannya menyimpulkan bahawa kategori semasa dan kaedah-kaedah yang ada masih perlukan penambahbaikan untuk memperjelas dan memahami realiti Islam melalui pemikiran kritis dalam taakulan Islam. Beliau berusaha melihat sejarah secara terbalik seperti proses perakaunan debit-kredit untuk mengawal proses kebangunan tamadun Islam. Namun usaha berkenaan seharusnya tidak terkecuali daripada mengembali dan menggilap kebitaraan thaqafah Islam. Ia mampu memberikan penyelesaian mukammilat atau memberikan impak sinergestiknya yang tersendiri terhadap permasalahan dunia moden itu.
Usaha mengembalikan thaqafah Islam tidak boleh dilakukan sebagai projek individu atau minat perseorangan. Ia perlu mengambil pandangan pelbagai ufuk ilmu daripada ahli-ahli bijak pandai Islam dan mensinergikannya ke arah kesedaran baru tentang kekayaan tradisi dan kehidupan intelektual Islam. Sebagaimana saranan Muhammad Abduh supaya Muslim merujuk kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam menghadapi globalisasi secara Islamik. Dalam kata lain, sesuatu perbincangan intelektual mengenai thaqafah dan tamadun Islam mutakhir hendaklah menggunakan kerangka pemikiran dengan wacana Islam secara syumul.
ULAMA-INTELEKTUAL IKONIK
Memang mudah bercakap tentang intelektual atau inteligensia[26] seperti perbahasan di atas, seolah-olah ulama dan intelektual dari kelas yang sama. Jika diamati, mereka muncul dari pelbagai lapisan. Ada yang terlibat dengan aktiviti menyampaikan idea-idea (buah fikiran) kepada orang lain, sama ada guru sekolah, profesor universiti, jurnalis, juru hebah atau penulis buku. Manakala yang lain terlibat dengan aplikasi idea-idea untuk diterjemahkan dalam situasi khusus, seperti ahli-ahli politik dan kakitangan biasa; sebenarnya setiap orang pernah terlibat.
Malah kita sering membataskan diri kepada soal mengurus idea secara kreatif tetapi kemudiannya bersikap apologetik dengan mengenepikan dulu soal transmisi dan aplikasi idea kreatif dan inovatif tadi. Dalam pengurusan idea dan inovasi, terdapat lagi tiga golongan pengurus idea dan inovasi, iaitu:
(a) Intelektual instrumental par excellence ialah para saintis yang menyiasat persekitaran dan berusaha menguasai dan mengawal fenomenanya. Malah saintis tulen yang tidak memikirkan aplikasi praktikal, turut melakukan fungsi pengurusan idea dan inovasi untuk masyarakatnya. Buat masa ini, manusia yang menjadi application specialist perlu membangunkan aplikasi sains sosial Islam untuk meningkatkan kebolehmungkinan menggilap kualiti persekitaran realiti maya dan realiti thaqafah Islam dengan aplikasi teknologi (mendatar) dan perisian (menegak) maklumat berasaskan paradigma wahyu.
(b) Para intelektual yang mensistemikkan (mengaitkan) pelbagai trend terdiri daripada falsafah, saintis berminda falsafah, ahli teologi, penteori undang-undang dan kemungkinan termasuk juga sejarawan, berusaha mencari peraturan implisit umum (tersembunyi) dalam peristiwa-peristiwa atau kes-kes tertentu. Golongan systematizer atau synergizer ini perlu lebih terkehadapan dalam wacana intelektual yang mewacanakan kualiti-kualiti Islam sebagai satu sistem rujukan dan literasi.
(c) Intelektual intuitif yang memikirkan soal-soal nilai dan etika mewakili ‘hati dan nurani’ masyarakat dan berusaha merealisasikan sistem nilai dan etika Islam. Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin dan utusan Allah SWT yang mengarah pergerakan sosial dan politik dengan wawasan yang jauh (ukhrawi) dan adalah dalam masa yang sama menjadi contoh terbaik sebagai pemimpin-intelektual berwawasan ukhrawi. Tetapi dalam kategori yang sama ini juga termasuk penyair, ahli sasterawan, ahli sejarawan dan cendekiawan humanistik. Manakala tokoh politik dimasuk ke dalam kategori ini kerana berurusan dengan isu-isu duniawi dan/atau ukhrawi.
Sementara ketiga-tiga aspek intelektual ini dibandingkan secara jelas, realitinya jarang pula kedapatan di dalam bentuknya yang asli[27]. Sistematisasi biasanya jenis aktiviti yang tidak akan berterusan tanpa elemen intuisi. Malah elemen intuisi masih ada dalam hasil kajian saintis, terutamanya saintis sosial. Bagaimana berserabut sekalipun penampilan intelektual dalam aspek-aspek tadi, tidak perlulah kita cepat melabelkan seseorang sebagai instrumental, intuitif atau systematizer. Persoalannya ialah apakah sumbangan anda kepada agama dan negara? Begitulah uniknya peranan yang boleh dimainkan oleh seorang ulama-intelektual.
Respons intelektual terhadap sesuatu secara intuitif adalah separuh sedar jika mereka masih tidak sedar terhadap kesinambungan wawasan thaqafah Islam. Penyokong sesuatu idea lebih bermaksud masih wujud keadaan respon yang agak pasif kerana tidak mengambil kira soal transmisi dan aplikasi ilmu. Bagaimanapun, kreativiti begini tidak boleh diketepikan kerana ia adalah respons intelektual kepada perubahan dan ia boleh mencetuskan pergerakan untuk inovasi sosial. Intelektual intuitif dikatakan lebih kreatif dalam hal ini di mana modifikasi dan inovasi adalah hasil kerja intelektual intuitif secara kreatif. Institusi sosial merupakan perkara yang hidup dan perlu respons kepada perubahan. Ini ialah kerana semua perkara adalah tertakluk kepada perubahan dan perubahan adalah tertakluk kepada sunnah Allah.
Idea-idea juga turut berubah kepada tuntutan perubahan sosial dan peranan Muslim dalam kehidupan bermasyarakat. Salah satu kes bila mana berlaku perubahan daripada idea menjadi ideologi ialah kerana sesuatu idea boleh digunakan untuk menaikkan keistimewaan golongan tertentu. Sepatutnya idea untuk kepentingan tertentu itu hendaklah diselaraskan dengan kepentingan sosial. Disiplin Mind-set ini memang sudah termaktub di dalam kaedah-kaedah fiqh. Intelektual hanya boleh membuat adaptasi dan inovasi sosialnya jika ia sendiri sentiasa mengikuti dan terlibat dengan masyarakatnya serta merasai sendiri denyut nadi permasalahan umat. Inilah waqi’ atau realiti yang dihadapi oleh ulama-intelektual, yakni mengaplikasikan ilmu yang dikuasai sebagai modus operandi dalam menguruskan perubahan secara Islamik.
Sebagaimana yang dilakukan al-Ghazali, beliau mengkaji pandangan ahli falsafah dan ahli Batiniah serta menghargai kebenaran intelektual mereka. Bila mana timbul ketegangan antara dua pihak tadi dalam masyarakat, maka terdapatlah peranan intelektual di kedua belah pihak. Oleh itu, sebaik-baik peranan intelektual ialah mengekalkan suatu pemisahan tertentu antara pihak-pihak yang bertelagah untuk mencari titik pertemuan dengan kembali merujuk kepada sumber asal, iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Sesuatu yang kreatif dan inovatif daripada kedua-dua sumber wahyu akan menemukan al-Ayat (the signs of Allah SWT). Di situlah mereka akan bertemu dengan pelbagai Islamic milestone yang membawa agenda kesinambungan antara thaqafah dulu dan sekarang.
AKIDAH ISLAM VIS-A-VIS KEMAJUAN DUNIAWI
Sekiranya Muslim memberi masa dan tenaga serta tumpuan sepenuhnya untuk kesejahteraan di akhirat semata-mata, bagaimana mereka dapat memberikan sumbangan untuk pembangunan tamadun dan kemanusiaan seperti teknologi, sains dan rekacipta sebagaimana tercatat di atas? Iaitu dengan menggunakan sepenuhnya tenaga intelektual mereka, sama ada dalam aspek-aspek instrumental, intuitif, falsafah atau aplikasi untuk Islam. Segala pujian hanya untuk Allah SWT yang telah menurunkan Islam sebagai agama akhir zaman melalui perutusan Rasulullah SAW, sebagai satu cara hidup yang mengatur segala urusan dunia dan akhirat untuk sekelian manusia.
Allah berfirman:
ö@è% ¨bÎ) ÎAx|¹ Å5Ý¡èSur y$uøtxCur ÎA$yJtBur ¬! Éb>u tûüÏHs>»yèø9$# ÇÊÏËÈ
Maksudnya: Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Al-An’am (6):162
Oßg÷YÏBur `¨B ãAqà)t !$oY/u $oYÏ?#uä Îû $u÷R9$# ZpuZ|¡ym Îûur ÍotÅzFy$# ZpuZ|¡ym $oYÏ%ur z>#xtã Í$¨Z9$# ÇËÉÊÈ
Maksudnya: Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.
al-Baqarah (2): 201
Inilah rupa jiwa agama Allah SWT yang sempurna, lengkap dan komprehensif, yang mengabungkan hak-hak Allah SWT dan hak-hak manusia serta menjelaskan soal-soal duniawi dan ukhrawi. Dengan itu, sesiapa yang mendakwa Islam membawa falsafah kerahiban daripada masyarakat (monasticism) maka dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali kerana monasticism adalah sebahagian daripada ajaran Christian. Segelintir tokoh pembaharuan atau inovator daripada Muslim ada juga yang mengambilnya, seperti dalam sesetengah aliran Sufi. Tetapi ahli-ahli Sufi daripada aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah mengambil Islam terus dari sumber-sumbernya yang asli, iaitu al-Quran dan al-Sunnah serta memahaminya dengan betul mengikut ijtihad para ulama dan qiyas.
Mereka percaya bahawa dunia adalah jambatan ke akhirat dan tidak membenarkan mana-mana individu mengenepikan dan mensia-siakan dunia untuk mengorbankan kehidupan akhirat, iaitu kehidupan yang abadi. Inilah matlamat sebenar, bukan matlamat dunia yang serba sementara sifatnya. Namun demikian tidaklah pula bermakna Muslim dikehendaki meninggalkan kehidupan duniawi. Sejarah membuktikan bahawa Muslim telah menghasilkan banyak pencapaian teragung dalam lingkungan ilmu teoritikal dan praktikal di mana tamadun-tamadun lain turut mengambil manfaat daripadanya untuk melestarikan kemajuan dan pengetahuan dalam tamadun mereka pula.
TESTIMONI THAQAFAH ISLAM
Untuk manusia melihat kedudukan Islam dan hubungannya dengan tamadun lain dan untuk memahami seruan Islam kepada para pemeluknya supaya melihat, merenungi, berusaha dan mereka cipta, dikemukakan beberapa testimoni daripada tokoh cendekiawan Barat yang mengiktiraf hakikat keagungan tamadun Islam dan ilmu-ilmu sains Islam masih digunakan dalam kurikulum mereka. Kita akan melihat bagaimana sebilangan penyelidik Barat dari latar belakang yang berbeza, bersikap adil kepada Muslim dan Islam dengan mengiktiraf bahawa Muslim merupakan perintis kepada pelbagai bidang sains moden. Di antaranya ialah:
- Ahli falsafah Perancis, Gustave le Bon[28] menyatakan dalam bukunya bertajuk Tamadun Arab (The Civilization of the Arabs) – bahawa kita hendaklah ingat bahawa orang Arab – hanya orang Arab saja – hanya mereka yang memandu kita kepada dunia purba Greek dan Rom. Universiti-universiti Eropah termasuk Universiti Paris, menggubal kurikulum berdasarkan kitab-kitab Arab yang sudah berumur 600 tahun dan menggunakan kaedah penyelidikannya. Tamadun Islam merupakan satu perkara yang sangat mengkagumkan yang pernah dikenali sejarah. Orang Muslim tidak seperti orang lain. Bila mereka taat kepada ajaran agama, mereka akan terkehadapan dalam urusan duniawi, tetapi bila mereka meninggalkan ajaran agama dan tidak memperdulikannya, mereka akan mengekori orang lain. Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW yang menyuruh Muslim menghidupkan tanah dengan projek pertanian dan perkilangan (pertanian satu ibadat: polisi Kerajaan Negeri Kelantan). Mereka menurut perintah tersebut tanpa mengabaikan ibadah khusus yang lain. Apa yang perlu dijauhi ialah sebarang perkara yang boleh menjauhkan mereka daripada menunaikan tanggungjawab agama. Hadis riwayat Anas bin Malik r.a.[29], dia berkata: Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya:
“Tidak ada seorang Muslim pun yang menanam suatu pohon atau bertanu dengan suatu jenis tanaman, kemudian dimakan oleh burung, atau manusia atau binatang, melainkan hal itu akan menjadi sedekah baginya.
Daripada Abi Hurayrah r.a.[30] beliau telah berkata, telah bersabda Rasulullah
SAW dengan maksudnya:
“Sesiapa yang melalui suatu jalan untuk mempelajari ilmu, Allah akan permudahkan untuknya jalan ke syurga.
Firman Allah SWT:
×A%y`Í w öNÍkÎgù=è? ×ot»pgÏB wur ììøt/ `tã Ìø.Ï «!$# ÏQ$s%Î)ur Ío4qn=¢Á9$# Ïä!$tGÎ)ur Ío4qx.¨9$# tbqèù$ss $YBöqt Ü=¯=s)tGs? ÏmÏù ÛUqè=à)ø9$# ã»|Áö/F{$#ur ÇÌÐÈ
Maksudnya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
Al-Nur (24): 37
- Ahli fikir Perancis, Gustave le Bon[31] mengatakan dalam bukunya ‘The Civilization of the Arabs” (terjemahan ke bahasa Arab oleh ‘Aadil Zu’aytar): bahawa jika Arab mengambil alih kuasa di Perancis, maka Paris akan menjadi seperti Cordoba, sebagai sebuah pusat ketamadunan dan ilmu pengetahuan di mana orang-orang berjalan mampu membaca dan menulis atau mengarang puisi. Masa itu raja-raja di Eropah masih tidak tahu menulis nama mereka sendiri.“
- Seorang ahli orientalis German, Sigrid Hoeneker menyatakan dalam bukunya :The Sun of Allah is Rising in the West”, mengenai penyebaran perpustakaan-perpustakaan di dunia Arab dan di dunia Islam. Bangunan perpustakaan tumbuh bagaikan cendawan di atas tanah yang subur. Pada 891M, seorang pengembara telah mencatat terdapat lebih seratus perpustakaan di Baghdad. Setiap bandar menyediakan perpustakaan kepada sesiapa saja yang hendak membaca, meminjam dam mengkaji buku, malah mereka boleh mengadakan sesi perbincangan dan perbahasan seperti bilik konferen akademik masa kini. Bukunya dalam bahasa German bertajuk, “The light of Islam illuminates western civilization” mengandungi senarai perekacipta-perekacipta dari dunia Arab dan bukan Arab.
Gambar 1: Gambar-gambar Perpustakaan Tradisi dan Moden
- Tolstoy[32] telah mengatakan tentang agama Islam dan peranannya dalam memberi khidmat kemanusiaan, seterusnya meningkatkan kemajuan dan ketamadunan. Beliau mengulas bahawa tidak dinafikan yang Rasulullah SAW adalah seorang tokoh reformasi yang telah memberi sumbangan kemanusiaan besar kepada masyarakat. Baginda SAW telah membimbing seluruh negara dengan cahaya kebenaran, dan membawanya kepada ketenangan, dan keamanan, dan memilih kehidupan yang penuh ketenangan, mencegah pertumpahan darah dan pembunuhan. Baginda SAW menunjukkan jalan kemajuan dan ketamadunan. Ini adalah pencapaian yang agung dari seorang yang telah diberi kekuatan. Manusia seperti ini patut menerima pujian dan penghormatan.
- Seorang doktor Austrian, Shabrak[33] mengatakan manusia seharusnya berbangga dengan Muhammad SAW sebagai sahabat, kerana meskipun buta huruf namun Baginda SAW masih mampu menegakkan undang-undang yang kita dan negara-negara Eropah gembira jika dapat mencapai tahap yang sama.
- Penulis berasal dari British, H. G. Wells[34] menyatakan dalam bukunya “Milestones in Human History”: Mereka (dunia Islam) telah maju dalam bidang perubatan jauh dari tamadun Greek, mereka mengkaji sains dan fungsi pelbagai bahagian anggota badan, dan ubat-ubatan pencegahan. Kebanyakan kaedah rawatan masih digunakan sehingga ke hari ini. Mereka menggunakan anaesthetics untuk tujuan pembedahan dan melakukan pembedahan sukar. Dunia Barat menggunakan perubahan yang tulen pada ketika pihak gereja melarang amalan perubatan moden masa itu dan menggunakan amalan karut marut. Beliau juga berkata: Setiap agama yang tidak sesuai dengan tamadun eloklah dinyahkan. Saya tidak terjumpa satu agama pun yang sesuai dengan tamadun manusia kecuali Islam.
Itulah beberapa testimoni daripada bijak pandai dan cendekiawan terkenal di dunia, dan sebenarnya banyak lagi. Kita memetik kata-kata mereka untuk membuktikan bahawa golongan cerdik pandai bukan Islam telah berkata seperti apa yang kita kata tentang agama dan tamadun Islam. Semua pihak tidak akan mengesyaki untuk bersetuju dengan pembohongan kerana Muslim dan mereka datang dari budaya, agama dan tamadun yang berbeza. Tatkala Muslim mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang kehidupan, mereka juga mencapai kecemerlangan dalam ilmu-ilmu agama. Sejarah agama Islam menjadi saksi kepada pencapaian cemerlang, gemilang dan terbilang seperti penulisan ilmu-ilmu Syariah, Usuluddin, Dakwah, Muamalat, Sains Tulen, Sains Sosial, Sains Kemanusiaan dan lain-lain lagi berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.
Peta 2: Taburan Penduduk Dunia Muslim Majmuk dan Berbilang Kaum
Mereka tidak menyekat manusia daripada menjadi bijak pandai seperti Ibn al-Nafees and al-Zahraawi dalam bidang perubatan, Ibn al-Haytham dalam bidang penglihatan dan cahaya, al-Khawaarizmi dalam bidang matematik dan banyak lagi dalam kedua-dua bidang agama dan sains. Dunia tidak boleh menidakkan hakikat ledakan ilmu tentang kepimpinan ulama-intelektual dalam bidang agama dan sains.
Mengikut Diane Perlov[35], naib presiden pameran di Pusat Sains California, di mana pameran berlangsung dari 27 Mei, 2011 hingga 27 Mei, 2012, bahawa 1001 reka cipta mempertemukan akar umbi (kolineariti) pelbagai-budaya untuk sains moden. Dan membuktikan terdapat hubungan yang sangat kuat antara masyarakat Barat dan bukan-Barat. Pertunjukan pameran itu, bermula di London dan bergerak ke Istanbul, New York dan Los Angeles sebelum dibuka di Washington telah menyaksikan sejarah kemajuan dalam pelbagai bidang kejuruteraan, navigasi, seni bina, matematik dan perubatan serta item-item Islamik yang biasa digunakan oleh suri rumah.
Kurator pameran 1001 rekacipta, Salim al-Hassani, profesor emeritus di University of Manchester, Great Britain, menegaskan bahawa kealpaan sejarah mengenai kemajuan saintifik dan budaya pada zaman pertengahan adalah untuk membetulkan salah faham. Para pelawat akan dapat mengkaji replika Jam Gajah setinggi 5 meter dari kurun 13 bersekali dengan mekanisma dalamannya, yang direka oleh jurutera mekanikal al-Jazari dengan waktu yang tepat, dari selatan Turki, emblem antara budaya bercirikan naga-Cina, satu phoenix Mesir dan robot kayu memakai serban Arab dengan pergerakan sinkronis.
Pertunjukan permainan komputer interaktif turut diadakan yang berkonsepkan ‘bila anda mengembara ke zaman purba yang mengikut jalan perdagangan dan membuat keputusan tentang item-item untuk ditukar dalam pasaran, kata Perlov. Selain mengetahui pergerakan barang dan servis, pelawat juga dapat mengetahui tentang penyebaran maklumat dan ilmu. Para pelawat juga boleh memandu sebuah ‘figure’ untuk berjalan melalui sebuah rumah moden dan mencari dan mengenal pasti item-item yang direka cipta sejak zaman kemajuan tamadun Islam. Loceng akan berbunyi setiap kali berjumpa dengan item-item reka cipta Islam itu, iaitu minyak wangi, sabun, berus gigi, kosmetik dan kopi.
Para pelawat mempelajari tentang innovator sejak dunia Islam Klasik, seperti zaman Princess Fatima al-Fihri, yang mula-mula sekali mengasaskan universiti moden pada 895M (berbentuk pelbagai subjek, pelbagai fakulti dan terbuka kepada lelaki dan wanita), bertempat di Fez, Morocco. Seorang lagi inovator — ahli fizik Mesir bernama al-Hazen, lahir pada 965M — telah mengasaskan pemahaman moden tentang optik. Al-Hazen juga mencipta obscura kamera, suatu pelari terdahulu atau precursor untuk kamera moden.
Ahli fizik dari Andalusia, al-Zahrawi (936–1013) merupakan ahli bedah pertama yang menggunakan catgut sutures (iaitu bahan diambil dari usus kambing biri-biri). Beliau telah membina instrumen peralatan bedah termasuklah pisau bedah (scalpels), jarum penyuntik (syringes), pengungkup (forceps) dan jarum-jarum pembedahan. Menurut al-Hassani, meskipun menyerupai instrumen yang direka sekarang namun bahan-bahan yang digunakan kini lebih baik berbanding bahan dahulu. Sedangkan reka bentuk dan praktikaliti peralatan tetap tidak berubah.
Satu daripada mesej penting daripada pameran ini ialah berkenaan perkongsian warisan saintifik atau scientific heritage untuk kemanusiaan. Pada masa kini, kehidupan dalam era globalisasi, dengan pelbagai kemajuan sains dan idea pemikiran merentasi benua, begitulah juga apa yang berlaku pada masa lampau. Meskipun mereka berbeza kepercayaan namun hendaklah bekerjasama dengan tamadun Islam supaya melonjakkan kefahaman manusia tentang dunia dan kehidupan.
Gambar 2: Gambar-gambar Reka Bentuk Seni Bina Islam Zaman Keemasan
RENAISSANCE ISLAM
Pada masa Eropah terperosok dalam era kegelapan, orang-orang Islam (Muslim) telah menghasilkan sumbangan bersejarah kepada seni, seni bina, perubatan, astronomi, matematik, sastera dan disiplin-disiplin ilmu yang lain. Ketika zaman pertengahan, bandaraya-bandaraya Islam seperti Baghdad, Istanbul, Kaherah, Tripoli dan Cordoba menjadi pusat-pusat kebudayaan dan intelektual di mana berkumpulnya ahli-ahli agama, cendekiawan, artis, penulis, ahli falsafah, ahli matematik dan lain-lain untuk meneruskan pengajian, eksperimentasi dan penemuan. Pencapaian yang signifikan oleh Muslim antara 750M hingga 1500M telah diberikan jolokan sebagai zaman pembaharuan atau Renaissance Islam atau zaman keemasan Islam.
Golongan Muslim adalah lebih terkehadapan dalam penemuan-penemuan seperti dalam bidang ophthalmologi, anatomi, physiologi, pathologi, surgeri, kimia dan perubatan semasa era Renaissance tersebut. Kemajuan yang sangat besar disumbangkan dalam bidang astronomi dan matematik, di samping seni bina, seni dan kesusasteraan. Terdapat ramai cendekiawan dan pemikir Islam yang telah menempa sejarah semasa itu. Di antaranya ialah:
- Abu al-Qasim al-Zahrawi, yang dipanggil sebagai bapa surgeri moden, telah mereka cipta dan mendokumentasi lebih 200 peralatan surgeri. Beliau adalah perintis dalam kegunaan anesthesia.
- Abu Ali al-Hasan (Al-Hazen) yang terkenal kerana hasil kerjanya yang cemerlang dalam bidang optikal.
- Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi yang telah membangunkan bidang algebra dan algorithma sehingga mengembangkan bidang-bidang sains dan matematik.
- Ibn al-Nafis adalah orang pertama yang telah dapat menjelaskan sistem peredaran darah dan pernafasan dengan tepat. Beliau juga menghasilkan buku penulisan science fiction, Theologus Autodidactus.
- Abu Bakr al-Razi, merupakan bapa pediatrics, telah menulis buku pertama mengenai pengkhususan dalam penyakit bakteria dengan infeksi dan berhasil menggunakan antiseptics untuk membersihkan luka-luka.
- Ibn Sina (Avicenna) berjaya mengkompilasi 14 jilid ensiklopedia perubatan yang sangat terkenal, iaitu The Canon of Medicine (the Qanun) yang sempurna disiapkan pada 1025M. Ia menjadi buku rujukan utama sebagai satu standard kepakaran di pusat-pusat perubatan dan pengajian Barat sehingga abad ke 19.
Tamadun Islam masih menyumbangkan pelbagai penemuan semasa zaman keemasannya. Minat dan pengkhususan dalam bidang pembelajaran semasa zaman pertengahan menghasilkan sumbangan bermakna dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah:
- Universiti tertua yang mengeluarkan ijazah, Al-Karaouine, ditubuhkan di Fez pada 859M dan universiti penuh pertama, Al Azhar, dibuka di Kaherah pada 975M.
- Proses-proses penyulingan, penapisan, penghabluran, pengewapan dan lain-lain bahan kimia diperkenalkan oleh ahli-ahli kimia Islam.
- Bidang farmasi yang pertama dibina di Baghdad dalam kurun ke 8.
- Trigonometri bersefiar, geometri analitikal, integral kalkulus dan banyak lagi matematik lanjutan dihasilkan oleh ahli-ahli matematik Islam.
- Seni bina Islam yang agung seperti al-Hambra di Granada, Sepanyol, Masjid agung Xi’an (China), Masjid agung Cordoba (Sepanyol), dan Masjid agung Samarra (Iraq).
- Balai pencerapan, hospital, institusi psikiatrik, universiti yang terawal kebanyakannya muncul di zaman pertengahan dunia
- Hasil karya fiksyen Arab, Seribu Satu Malam (Arabian Nights), dihasilkan antara kurun ke-10 dan ke-14.
- Hasil kerja yang indah atau exquisite Islam ialah seperti barang seramik, kerja ukiran kayu, lukisan, kaligrafi, karpet, mosaik dan lain-lain lagi.
ZAMAN KEEMASAN ISLAM
Pencapaian zaman keemasan Islam mencerminkan satu hakikat bahawa pembelajaran (menuntut ilmu) merupakan kewajipan bagi Muslim dan menjadi satu ibadah jika dilakukan dengan niat untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. FirmanNya:
$pkr’¯»t tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sÎ) @Ï% öNä3s9 (#qßs¡¡xÿs? Îû ħÎ=»yfyJø9$# (#qßs|¡øù$$sù Ëx|¡øÿt ª!$# öNä3s9 ( #sÎ)ur @Ï% (#râà±S$# (#râà±S$$sù Æìsùöt ª!$# tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä öNä3ZÏB tûïÏ%©!$#ur (#qè?ré& zOù=Ïèø9$# ;M»y_uy 4 ª!$#ur $yJÎ/ tbqè=yJ÷ès? ×Î7yz ÇÊÊÈ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.
Al-Mujadalah (58): 11
Penerokaan dan pencarian ilmu tidak terbatas hanya dari al-Quran dan pengajian ilmu-ilmu agama. Bahkan pembelajaran menggesa Muslim terlibat dengan pencarian ilmu-ilmu di dalam pelbagai bidang dan disiplin. Testimoni golongan bijak pandai dan sumbangan yang tidak terkira oleh Muslim dalam era keemasan membuktikan perkara tersebut. Era keemasan dunia Islam adalah juga satu zaman perkembangan kesusasteraan dan persuratan yang tidak ada tolok bandingnya, sebagai hasil pengajian akidah Islam secara intensif, terutamanya dalam disiplin biografi, jurnalistik, sejarah dan linguistik.
Cendekiawan sibuk mengumpul dan memeriksa semula hadis Nabi SAW, atau tradisi kenabian – ucapan dan perlakuan Nabi SAW – dikompilasi dalam bentuk biografi yang terperinci dan sarat dengan sunnah Nabi SAW serta maklumat-maklumat sejarah dan linguistik, mengenai era Baginda SAW. Usaha ini menghasilkan kerja penting seperti penulisan Sirah Nabawiah, kehidupan Nabi SAW oleh Ibn Ishaq, kemudian dirujuk oleh Ibn Hisham; satu daripada penulisan sejarah Arab yang menjadi sumber utama tentang kehidupan Baginda SAW dan juga sebagai model kerja-kerja penting sejarah seperti Al-Tabari’s Annals of the Apostles and Kings dan komentar tafsir al-Quran.
Pencapaian tamadun Islam pada zaman keemasan Islam terlalu banyak untuk disebut dalam artikel ini. Usaha penterjemahan secara besar-besaran menyebabkan ilmu-ilmu dari Greek, Rom dan Sanskrit diperolehi oleh ahli bijak pandai berbahasa Arab di seluruh empayer. Eropah di zaman pertengahan menerima terjemahan falsafah Hellenic classics melalui bahasa Arab bagi memungkinkan berlakunya zaman Renaissance di Eropah. Berasaskan sumber-sumber Hellinik, Parsi dan Hindu, ahli-ahli fizik dari kalangan empayer Islam turut mengembangkan ilmu perubatan secara besar-besaran. Penubuhan bidang perubatan sebagai sains berasaskan uji kaji dan pemerhatian berbanding dengan cara andaian. Saintis Islam membina permulaan (rudiments) ilmu kepada kaedah saintifik.
Tujuh puluh lima tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW, hospital awam percuma yang pertama dibuka di Damsyik. Tempat-tempat perlindungan (Asylums) dijaga di seluruh empayer untuk merawat dan menjaga penyakit mental. Di kurun ke-10, ahli fizik Sepanyol, iaitu Abu Bakr al-Razi telah memperkenalkan penggunaan antiseptics untuk merawat luka-luka dan menemukan kaitan bakteria dan jangkitan.
Al-Hasan menerbitkan kajian definitif mengenai optik, sebagai sains cahaya dan penglihatan pada 965M. Thirteenth-century Ahli fizik Muslim, iaitu Ibn al-Nafis telah menjumpai dengan tepat mengenai sistem pernafasan dan perjalanan darah manusia. Manakala sains veternari Islam mendahului selama berkurun-kurun dalam pengajian rawatan untuk kuda.
Ahli-ahli kimia Muslim yang mempelopori dunia moden dalam kurun ke-10 hingga kurun ke-14, telah mendapat inspirasi daripada rumusan-rumusan kimia dari China dan India. Mereka tidak jemu membuat eksperimen demi eksperimen di dalam makmal. Kejayaan mereka tersenarai dari menemukan satu bahan kimia penawar (elixir) sebagai anugerah panjang umur, sehingga pernah berhasrat menukarkan logam biasa menjadikannya emas. Meskipun tidak semua matlamat tercapai namun mereka telah berjaya membuat penemuan bernilai iaitu penyulingan petroleum dan pencairan besi waja.
Beberapa teknik Rom dalam pengilangan kanta gelas dimulakan oleh al-Hasan, merupakan perintis bidang optik. Beliau telah menggantikan teori Aristotle yang mengatakan bahawa cahaya penglihatan yang terbit daripada mata, merentasi objek dan datang semula kepada ruh. Al-Hasan dalam bukunya ‘Book of Optics’, diterbitkan pada 965M, menyatakan bahawa penglihatan adalah imejan yang kelihatan memasuki mata, lalu difahami dengan cahaya yang mencukupi. Buku ini terus menguasai teks dalam bidang ini sehingga 1610M, bila terbitnya hasil kajian Johannes Kepler dari Eropah. Kini bidang optik telah dimajukan dengan kehadiran teknologi fibre optic yang melancar dan mempercepatkan lagi perkongsian dan pertukaran maklumat[36]. Ia merupakan suatu teknologi multi media yang mampu mengglobalisasi atau mengglokalisasi tasawur Islam.
Ahli-ahli matematik Muslim telah menyaring ilmu aljebra sejak awal tamadun Greek dan Mesir dan membina ilmu trigonometri dalam usaha menemukan cara paling tepat untuk mengukur objek-objek dalam jarak tertentu. Mereka juga memberi sumbangan kepada bidang astronomi dengan mengumpul dan memperbetulkan data-data astronomi lampau, membina balai pencerapan pertama dan mereka cipta astrolabe, iaitu satu instrumen yang dipanggil sebagai “berlian matematik.”
Ahli seni bina Islam telah meminjam banyak tradisi empayer Byzantine dalam penggunaan kubah dan gerbang secara meluas di seluruh bandar. Satu contoh ikonik yang boleh dilihat ialah kubah ‘Dome of the Rock’ yang terkenal di Jerusalem. Begitu juga, cendekiawan Islam menghasilkan peta dunia dan cakerawala yang terperinci dan tepat. Mereka telah menghasilkan peta dengan membetulkan garis lintang dan garis menegak dunia. Pada kurun ke-12, Omar Khayyam dari Parsi menghasilkan kalender yang digunakan untuk lebih 500 tahun dengan ralat hanya sehari. Malah senarai kemajuan terus bertambah dari semasa ke semasa sehingga munculnya zaman moden.
TOLERANSI BERAGAMA
Pada ketika Islam meletakkan asas ketamadunannya, ia tidak mengambil sikap dan berfikiran sempit terhadap agama-agama lain. Perilaku bertoleransi dengan agama-agama lain adalah mengikut prinsip-prinsip al-Quran:
“Iw on#tø.Î) Îû ÈûïÏe$!$# ( s% tû¨üt6¨? ßô©9$# z`ÏB ÄcÓxöø9$# 4 `yJsù öàÿõ3t ÏNqäó»©Ü9$$Î/ -ÆÏB÷sãur «!$$Î/ Ïs)sù y7|¡ôJtGó$# Íouróãèø9$$Î/ 4s+øOâqø9$# w tP$|ÁÏÿR$# $olm; 3 ª!$#ur ììÏÿx îLìÎ=tæ ÇËÎÏÈ
Maksudnya: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah maha mendengar, lagi maha mengetahui.
Al-Baqarah (2): 256
öqs9ur uä!$x© y7/u z`tBUy `tB Îû ÇÚöF{$# öNßg=à2 $·èÏHsd 4 |MRr’sùr& çnÌõ3è? }¨$¨Z9$# 4Ó®Lym (#qçRqä3t úüÏZÏB÷sãB ÇÒÒÈ
Maksudnya: Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?
Yunus (10): 99
(#þqä9qè% $¨YtB#uä «!$$Î/ !$tBur tAÌRé& $uZøs9Î) !$tBur tAÌRé& #n<Î) zO¿Ïdºtö/Î) @Ïè»oÿôÎ)ur t,»ysóÎ)ur z>qà)÷ètur ÅÞ$t6óF{$#ur !$tBur uÎAré& 4ÓyqãB 4Ó|¤Ïãur !$tBur uÎAré& cqÎ;¨Y9$# `ÏB óOÎgÎn/§ w ä-ÌhxÿçR tû÷üt/ 7tnr& óOßg÷YÏiB ß`øtwUur ¼çms9 tbqãKÎ=ó¡ãB ÇÊÌÏÈ
Maksudnya: Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada Kami (al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada nabi Ibrahim dan nabi Ismail dan nabi Ishak dan nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada nabi Musa (Taurat) dan nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka; Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu – Yahudi dan Nasrani – membeza-bezakannya); dan Kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata”.
Al-Baqarah (2): 136
tûïÏ%©!$# (#qã_Ì÷zé& `ÏB NÏdÌ»tÏ ÎötóÎ/ @d,ym HwÎ) cr& (#qä9qà)t $oY/u ª!$# 3 wöqs9ur ßìøùy «!$# }¨$¨Z9$# Nåk|Õ÷èt/ <Ù÷èt7Î/ ôMtBÏdçl°; ßìÏBºuq|¹ ÓìuÎ/ur ÔNºuqn=|¹ur ßÉf»|¡tBur ã2õã $pkÏù ãNó$# «!$# #ZÏV2 3 cuÝÇZus9ur ª!$# `tB ÿ¼çnçÝÇYt 3 cÎ) ©!$# :Èqs)s9 îÌtã ÇÍÉÈ
Maksudnya: Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan Kami ialah Allah”. dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam); sesungguhnya Allah maha kuat, lagi maha kuasa.
Al-Hajj (22): 40
Penulis terkenal Amerika menulis: ‘Ketika zaman khalifah, golongan bijak pandai Kristian dan Yahudi tidak sahaja berada dalam keadaan selesa, malah dilantik memegang jawatan tinggi berasaskan kelayakan dan bertanggungjawab dalam kerajaan. Khalifah Harun al-Rashid melantik John anak kepada Maswaih, sebagai pengarah pengajaran awam di mana semua sekolah dan kolej berada di bawah arahannya. Baginda tidak mengira tempat asal seseorang cendekiawan tetapi memandang kepada kecemerlangannya dalam bidang ilmu pengetahuan.
Sir Mark Syke[37] menulis tentang kualiti pemerintahan Muslim pada masa Harun al-Rashid mengatakan: “Orang-orang Kristian, penyembah berhala, Yahudi dan Muslim menjadi golongan pekerja menguruskan negara Islam secara bersama. Manakala Liefy Brutistal menulis di dalam bukunya “Sepanyol pada kurun ke-10, sering kalilah penulis terma-terma sesuatu perjanjian ialah orang Yahudi dan Kristian. Begitu juga ramai di kalangan mereka memegang jawatan penting dalam kerajaan. Mereka diberi kuasa dalam pentadbiran kementerian meskipun melibatkan perkara peperangan atau keamanan namun mereka juga menjadi kakitangan kerajaan Islam.
KEMEROSOTAN INTELEKTUAL
Zaman keemasan Islam mempunyai banyak pengajaran kepada dunia moden yang kelihatan begitu tamak, rakus dan kejam perilakunya. Kenapa zaman emas itu merosot? Apakah kuasa yang menganjakkan kuasa politik dan ilmu daripada empayer Islam kepada Kristian Eropah? Dengan kejatuhan kekhalifahan Abbasiah dan kemunculan kekhalifahan Seljuk Turki pada 1057M, kuasa pusat empayer mula bergoncang dengan episod-episod perbezaan fahaman mazhab yang sengaja diperbesar-besarkan untuk tujuan perpecahan oleh kumpulan-kumpulan pemisah, dakwaan-dakwaan pemfitnah dan tragedi pembunuhan.
Logik Aristotelian yang digunakan di awal zaman keemasaan Islam untuk membina sains dan falsafah, mula menggugat kepercayaan intelektual Islam. Ini menyebabkan berlakunya perilaku-perilaku yang penuh dengan keraguan akibat meletakkan logik mengatasi peranan wahyu. Para agamawan yang terpesona dengan kemodenan mula mengasingkan peranan taakulan dan logik, sebagai perkara yang bertentangan dengan wahyu. Sebagai akibatnya, gejala-gejala penyiasatan saintifik yang bebas-nilai dan kelumpuhan toleransi agama menjadikan intelektual dunia Islam dalam keadaan bercelaru kerana tidak lagi berpedomankan ilmu wahyu.
Dalam kurun ke-12 dan ke-13, tentera salib Eropah (1097M-1291M) menggempur pejuang-pejuang Islam dari segala sudut. Cordoba telah jatuh kepada Kristian Sepanyol pada 1236M. Pada pada kurun ke-13, pasukan tentera Mongol menawan Baghdad pada 1256M (atau 1258M) dan empayar Islam tidak dapat dipertahankan. Beberapa pertembungan seterusnya telah melemahkan dunia Islam. Laluan perdagangan tidak lagi selamat digunakan. Kehidupan bandar tidak lagi stabil. Komuniti-komuniti kecil membentuk kerajaan-kerajaan kecil yang terpinggir.
Selepas kurun-kurun berikutnya, penaklukan Barat, kolonialisme dan kesemua isu-isu ekonomi dan politik telah menyebabkan pembubaran sistem kekhalifahan pada 1924M dengan kemunculan ideologi sekular di dalam dunia Islam. Namun demikian sains dan falsafah terus berkembang meskipun zaman keemasan Islam berada di penghujung sejarahnya.
RUMUSAN
Muslim telah bangun sehingga ke puncak kecemerlangan tamadun dalam tempoh empat abad. Bagi tempoh lebih 1000 tahun, tamadun Islam kekal sebagai juara dunia paling maju dan progresif. Ini disebabkan Islam menekankan kepentingan ilmu dan pengetahuan, mencegah kemusnahan, membina disiplin, mentaati kepimpinan dan bersikap tolerasi agama. Mereka mencintai kecemerlangan dan kedahagaan intelek. Ajaran al-Quran dan al-Sunnah menggerakkan Muslim kepada keperluan ilmu dalam semua disiplin kehidupan. Orang-orang Islam masa kini hendaklah mengguna dan menuruti prinsip-prinsip kejayaan yang sama supaya dapat mengembalikan maruah Islam dan mengulangi keadaan cemerlangnya seperti dulu. Semoga Allah SWT mengurniakan kita kekuatan iman dan hikmah kebijaksanaan untuk mencapai semua itu. Insya’Allah.
[1] Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, mantan Menteri Besar Kelantan Darul Naim, terdapat perbezaan ketara antara orang-orang yang membaca al-Quran untuk mendapatkan pahala dengan orang-orang yang membaca al-Quran untuk mendapatkan hidayah Allah SWT – sumber catatan kuliah Jumaat di dataran Ilmu, Kota Bharu; November 2013: penulis.
[2] Syaikh Taqiyuddin An-Nabhani (2008). Al-Syakhshiyyah Islamiyyah, jld. I, Jakarta: Hizbut- Tahrir Indonesia, h. 211.
[3] Zachariah Matthews (2004). Salam Magazine. Presented at the Australian New Muslim Association (ANMA) Fund raising dinner, Bankstown, Friday 1 October 2004.
[4] Mohd Nor Anuar (2012). Kolaborasi Ulama’ dan Umara’ Melonjakkan Siyasah Shar’iyyah Di Malaysia dan Nusantara. Artikal dalam Jurnal KIAS. Bil. VII. Terbitan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Nilam Puri. Kota Bharu. Kelantan.
[5] Ta’akulan al-Ayat, yakni berfikir tentang tanda-tanda kekuasaan dan keagungan Allah SWT adalah komponen teras dalam membina tasawwur dan tamadun Islam, iaitu berasaskan paradigma tauhid.
[6] Aziz Esmail (2012). The Institute of Ismaili Studies – Board of Governors. Bekas Dekan Institut Pengajian Ismaili, London.
[7] Konsep pengIslaman ilmu sinonim dengan konsep de-westernization of knowledge iaitu memasokan ciri-ciri keimanan ke dalam kerangka ilmu-ilmu moden bagi memastikan hikmah dan falsafahnya dibina secara bersepadu dengan ilmu-ilmu teras dalam sistem dan pemikiran Islam, di mana proses pengumpulan, penyusunan semula dan pendisiplinan ilmu mengikut visi kebenaran akan berlaku: sumber Syed Muhammad al-Naquib al-Attas (1978). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: Terbitan Muslim Youth Movement od Malaysia (ABIM.
[8] Hugh Kennedy (2001). The Historiography of Islamic Egypt, C.950-1800. Boston, Publisher: Brill
[9] Oliver Leaman (2009). Islamic Philosophy [Paperback]. Ed. 1st. Publisher: Polity.
[10] Muhsin Mahdi (2010), Al-Farabi And The Foundation of Islamic Political Philosophy.
[11] Sila lihat analisis polemik dan seterusnya pengistiharan Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari bebas dari pengaruh aliran Muktazilah dalam: artikal Wazi Bin Othman (2012). Zat dan Sifat Allah SWT menurut Abu Al-Hasan Al-Ash’ari. Jurnal KIAS Bilangan VII. Kota Bharu. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra: hal. 1 -17.
[12] Norman Calder (2003), Classical Islam: A Sourcebook of Religions Literature Routledge.
[13] Farhad Daftary (2001). Intellectual Traditions in Islam, ed., I.B. Tauris Publishers, London-New York,. xvii plus 252 pp.
[14] Annemaria Schimmel (1978), Mystical Dimensions of Islam, The University of North Carolina Press.
[15] Kecintaan kepada Allah SWT dan RasulNya s.a.w adalah buah keimanan yang terletak di atas pohon iman yang teratas dan ia adalah pencapaian tertinggi oleh logik, taakulan dan intelek Muslim, kecintaan yang tidak berbelah bagi kepadaNya untuk diterjemahkan (ittiba’) dalam perlakuan mereka. Kekuatan dalam agama/Akidah ialah kecintaan kepada Allah SWT dan RasulNya s.a.w. dan ia sebagai satu anugerah Ilahi.
[16] John Cooper (2000), Islam And Modernity: Muslim Intelectual Respond, I. B. Tauris.
[17] Para Sahabat Rasulullah s.a.w merupakan suatu institusi, lebih-lebih lagi untuk memahami Sirah Nabawiyah kerana mereka adalah orang-orang yang bertemu dan beriman dengan Baginda s.a.w, mati sebagai seorang beriman dan Muslim. Rasulullah s.a.w tidak membenarkan sama sekali umat Islam menghina dan memfitnah para Sahabatnya r.a atau menjadikan mereka sebagai sasaran kebencian (maksud al-Hadis s.a.w daripada Abu Sai’id al-Ghaffari-muttafaq ‘alaih as-Syaikhani). Malah Anas r.a pernah mengatakan maksud al-Hadis s.a.w bahawa para Sahabatnya r.a di kalangan umat, umpama garam di mana tanpa garam maka makanan yang dimasak tidak akan bernilai. Apa yang dimengertikan daripada al-Hadis s.a.w tadi bahawa para Sahabat r.a. seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman ibn ‘Affan, Ali ibn Abi Talib dan seterusnya adalah merupakan manusia-manusia pilihan Allah SWT jua (rujuk al-Quran al-Karim). Sebagaimana maksud al-Hadis daripada Jabar r.a yang bermaksud bahawa sesungguhnya Allah SWT telah memilih Sahabatku daripada Jin dan manusia.– catatan penulis daripada kuliah-kuliah pengajian di masjid sekitar Kota Bharu.
[18] Diriwayatkan oleh Imam Muslim, Dalam Sahih Muslim, Kitan Fadhail al-Sahabah r.a., Bab Tahrim Sabb al-Sahabah r.a., Nombor Hadis 2541.
[19] Diriwayatkan Imam Muslim, Dalam Sahih Muslim, Kitab Fadhail al-Sahabah r.a., Bab Min Fadhail Abi Bakr al-Siddiq r.a., Nombor Hadis 2541.
[20] Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jamaah wa al-Imamah, Bab Ahl al-‘Ilm wa al-Fadhl Ahaqq bi al-Imamah, Nombor Hadis 646. Rujukan Al-Bukhari, Muhammad bin Isma;il. 1987. Sahih al-Bukhari. Bayrut: Dar Ibn Kathi. Tahqiqr: Dr. Mushafa Di bal-Bugha.
[21] Diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, dalam Sunan al-Tarmizi, Kitab al-Manaqib, Bab Fi Manaqib Abi Bakr wa Umar r.a., Nombor Hadis 3662. Hukum hadis: Sahih, Dalam Kitab Sahih wa Dha’if al-Jami’ al-Saghir wa Ziyadatih, Nombor Hadis 2022. Rujukan Al-Tarmizi, Muhammad bin ‘Isa. 1417H. Sunan al-Tarmizi. Al-Riyad: Maktabah al-Ma;arif. Tahqiq: Muhammad Nasir al-Din al-Albani… dan rujukan Al-Albani, Muhammad Nasir al-Din. 1988. Sahih wa Dha’if al-Jami’ al Saghir wa Ziyadatih. Bayrut: Al-Maktabah al-Islami.
[22] Diriwayatkan oleh Imam Muslim, Dalam Sahih Muslim, Kitab Fadhail al-Sahabah r.a., Bab Fadhl al-Sahabah Thumma al-Lazina Yalunahum Thumma al-Lazina Yalunahum, Nombor Hadis 2533. Kurun pertama meliputi fasa kebangunan umat Islam (zaman Rasulullah SAW dari 13SH hingga 11H), fasa tertegaknya negara Islam pertama dan fasa kemunculan tamadun Islam (zaman Khulafa’ al-Rashidin dari 11H hingga 40H, zaman Bani Umayyah hingga Khalifah al-Walid pada tahun 87H). Kurun kedua bermula pada akhir fasa kelestarian tamadun Islam dan sebahagian fasa perkembangan Islam secara global (meliputi Bani Umayyah dari Khalifah al-Walid dan memasuki zaman keemasan tamadun Islam di bawah kepimpinan Bani Abbasiyyah Khalifah Harun al-Rasyid pada 187H). Manakala kurun ketiga bermula dari pemerintahan Bani Abbasiyyah sehingga akhir pemerintahan Khalifah al-Mu’tadid pada 288H termasuk fasa perkembangan Islam secara global pula. Lihat: Mohd Nor Anuar (2013), Islam Sebagai Peradaban dan Tamadun, KIAS: Pusat Kursus Pengajian Ilmu-ilmu Islam, h. 88.
[23] Abdul Aziz Sachedina Francis Myers Ball (2009). Islam and the Challenge of Human Rights. Pengajian Agama University of Virginia. Oxford University Press, USA
[24] Arkoun, Mohammed (2000). “Present-Day Islam between its Tradition and Globalization.” Intellectual Traditions in Islam. Ed. F. Daftary. London: I. B. Tauris.
[25] Kolineariti dan lineariti berasal dari kata linear bermakna kelurusan seperti garis di atas ini. Kemudian lineariti bermaksud apa-apa bentuk atau konsep atau gagasan yang ada padanya sifat kelurusan. Manakala kolineariti menunjukkan sesuatu lokus berhubung dan dihubungkan kepada dua atau beberapa lokus di lapisan permukaan dan/atau lapisan-lapisan dalaman (akar umbi/substratum) oleh garis masa dan garis jarak tanpa mengenepikan tasawwur yang dikandungnya. Meskipun pada realiti permukaan selapisnya kelihatan kedudukan lokus-lokusnya berbeza dengan kepelbagaian taburan namun ia merupakan gagasan yang dibina dari jaringan akar umbi yang sama di bawah lapisan permukaan itu, yakni logik kepelbagaian (pada permukaan) yang sehaluan (pada dasarnya). Dalam kata lain, meskipun terdapat banyak kemajuan, penemuan dan pencapaian di zaman moden tetapi titik permulaannya ialah di zaman awalan dan keemasan Islam. Bagi menyambungkan thaqafah awalan dengan thaqafah mutakhir, umat Islam perlu melakukan the alignment of knowledge untuk mengIslamkan ilmu-ilmu moden yang sedia ada supaya ia kembali berkiblatkan kepada ilmu-ilmu wahyu – penulis.
[26] Peranan golongan intelektual ialah mengenengah dan memperkasa tradisi dan disiplin ilmu dalam Islamic blueprint of ideas manakala peranan golongan inteligensia melibatkan kepakaran inovasi untuk menguruskan transformasi aplikasi ilmu supaya mengikut proses Islamisasi,bagi melestarikan kesinambungan thaqafah Islam. Di samping berusaha menukar pandangan hidup jahiliyah moden kepada pandangan hidup Islam, seperti yang dikemukakan oleh para intelektual Islam dahulu dan sekarang. Sebagaimana telah dijelas dalam isu fungsi Ulama-intelektual, seharusnya golongan ini tidak terpengaruh dan terperangkap dengan fahaman sekularisma kerana tidak mustahil pula mereka yang akan membantutkan proses Islamisasi kerana mewujudkan kontradiksi dalaman. Selepas umat Islam diuji dengan penjajahan fizikal dan mental selama lebih 500 tahun, umat Islam terpilih (yakni Ulama-intelektual dan Uama-Inteligensia), seharusnya bergabung fikiran dan tenaga mengembalikan kecemerlangan thaqafah Islam di tanah air khususnya dan di persada dunia antarabangsa amnya -penulis.
[27] Para pendidik dan pengajar yang bertungkus lumus menggerakkan sistem rujukan dan literasi dalam sistem pendidikan perlu memastikan sistem berkenaan tidak hanya sekadar menjadi sub-sistem (substratum utama bagi proses pengajaran dan pembelajaran) tetapi ia kurang dimanfaatkan pula oleh pelangggan atau pelajar. Oleh itu mereka perlu bertindak seperti pakar aplikasi yang dapat mengupayakan pelajar-pelajar menggunakan pelbagai modul substratum itu sebagai pelengkap kepada sistem penyampaian samada di bilik kuliah mau dalam kajian lapangan dalam persekitaran organisasi pembelajaran mereka. Langkah ini mampu meningkatkan nilai tambah atau top-up kepada kualiti pencapaian anak-didik mereka – penulis.
[28] Gustave le Bon (1884), The Civilization of The Arabs, Actes Sud.
[29] Diriwayatkan oleh Imam Muslim, Dalam Sahih Muslim, Kitab al-Musaqat, Bab Fadhl al-Ghars wa al-Zar’, Nombor Hadis 1553.
[30] Diriwayatkan oleh Imam Muslim, Dalam Sahih Muslim, Kitab al-Zikr wa al-Du’a wa al-Tawbah wa al-Istighfar, Bab Fadhl al-Ijtima’ ‘ala Tilawah al-Quran wa ‘ala al-Zikr, Nombor Hadis 2699 – Rujukan Muslim, Al-Hajjaj al-Qushayri. Sahih Muslim. Al-Riyadh: Dar Thayyibah. Tahqiq: Abu Qutaybah Nazar Muhammad al-Faryabi.
[31] Gustave le Bon (1884), Ibid.
[32] Leo Tolstoy . The Philosophy of the Teachings of Islam
[33] http://www.islam-qa.com, pada 3 Disember 2013.
[34] H. G. Wells (2010), Milestone in Human History.
[35] Diane Perlov (Ph.D), boleh dihubungi melalui emel: dperlov@c.scmail.org, di Yayasan Pusat Sains California, sebagai Penolong Pengarah Pameran.
[36] Idris Awang (2013), Globalisasi; Bahagian Kedua: Konsep-konsep Agama Islam, Dalam; ‘Islam dan Isu Kontemporari’, Buku Teks Pengajian Islam, KIAS: Terbitan PKPII, h. 232.
[37] Mark Sykes (1915). The Caliphs’ Last Heritage: A Short History of the Turkish Empire. England. Garnet