Sabda Nabi s.a.w“Sebaik-baik kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya.”(Hadith Riwayat Bukhari)
Ilmu al-Quran sebenarnya amat luas untuk diterokai. Salah satu cabang ilmu al-Quran ialah bersangkut paut dengan kaedah pembacaan yang betul sepertimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Ianya dikenali sebagai ilmu Tajwid. Penurunan al-Quran daripada Allah s.w.t dengan beberapa qiraat sewajarnya juga diambil tahu dan ditalaqqi daripada guru yang mursyid. Pembacaan al-Quran secara bertarannum yang betul sebenarnya pula akan lebih memikat hati pembaca itu sendiri untuk terus membasahi lidahnya dengan mengalunkan Kalamullah. Begitu juga hati akan lebih khusyuk andainya pembaca dapat memahami ayat-ayat yang dilantunkan. Akhirnya dengan kefahaman yang betul terhadap sesuatu tuntutan Ilahi ianya akan menjadi mudah kepada seseorang insan untuk tunduk taat serta patuh segala perintah Allah s.w.t.
Penawaran pengajian Sijil Al-Quran Wal Qiraat yang mengandungi modul-modul berkaitan Tajwid al-Quran, Tahsin al-Quran, Tartil al-Quran, Qiraat al-Quran dan Tilawah al-Quran merupakan satu usaha ke arah membina generasi al-Quran berilmu dan beramal dengan al-Quran.
OBJEKTIF
Melalui kursus ini diharapkan para peserta dapat mencapai objektif berikut :
Bermotivasi dalam menimba ilmu al-Quran bagi tujuan memperelokkan bacaan, memahami dan menghayati ayat-ayat yang dibaca.
Mengetahui ilmu yang berkaitan dengan al-Quran seperti Pengantar al-Quran, Pengantar Qiraat, Pengantar Tarannnum, Rasm al-Mushaf, al-Fawasil, Tafsir dan adab-adab membaca al-Quran.
Memahami ilmu Tarannum dan Qiraat al-Quran yang mutawatirah daripada Qiraat Tujuh dan Qiraat Sepuluh dari segi teori dan praktikal.
Menguasai Asas Tarannum dan Asas bacaan Qiraat Sepuluh.
TEMPOH PENGAJIAN
Modul Tajwid Al-Quran – 48 jam 12 minggu
Modul Tahsin Al-Quran – 36 jam 12 minggu
Modul Tartil Al-Quran – 48 jam 12 minggu
Modul Qiraat Al-Quran – 144 jam 36 minggu
Modul Tilawah Al-Quran – 72 jam 18 minggu
MODUL TAJWID AL - QURAN
TAHAP 1 ( 18 Jam )
TAHAP 2 ( 18 Jam )
Tahsinul Quran
Tilawah Al-Quran
Dhabt Al-Mushaf
Hafazan
MODUL TARTIL AL - QURAN
TAHAP 1 ( 24 Jam )
TAHAP 2 ( 24 Jam )
Al-Tafsir al Maudhu’i 1
Al-Tafsir al Maudhu’i 2
Ilmu Tajwid 1
Ilmu Tajwid 2
Asas Bahasa Arab
Pengantar Al-Quran
MODUL QIRAAT AL - QURAN
TAHAP 1 ( 24 Jam )
TAHAP 2 ( 24 Jam )
Pengantar Ilmu Qiraat
Rasm al-Mushaf
Farsy al-Huruf
Ilmu al-Fawasil
Usul Qiraat Nafi’
Usul Qiraat Ibnu Kathir
TAHAP 3 ( 24 Jam )
TAHAP 4 ( 24 Jam )
Qiraat Amaliyyah 1
Usul Qiraat ‘Asim
Pengaruh Qiraat Terhadap Makna Ayat
Usul Qiraat Ibn ‘Amir
Usul Qiraat Abi ‘Amr
TAHAP 5 ( 24 Jam )
TAHAP 6 ( 24 Jam )
Usul Qiraat Al-Kisa’i
Qiraat Amaliyyah 2
Usul Qiraat Hamzah
Jama’ Qiraat Al-Sab’
MODUL TILAWAH AL - QURAN
TAHAP 1 ( 24 Jam )
TAHAP 2 ( 24 Jam )
Pengantar Ilmu Tarannum
Seni Tarannum Al-Quran
Ilmu Sout
Jama’ Qiraat ‘Asyara 1
Tarannum Amali
( Bayyati Dan Hijaz)
Tarannum Amali (Saba, Nahawand Dan Husaini)
TAHAP 3 ( 24 Jam )
Bahasa Al-Quran Harfiyah
Jama’ Qiraat ‘Asyara 2
Tarannum Amali (Rast, Sikah Dan Jaharkah)
TENAGA PENGAJAR
Tenaga pengajar terdiri daripada pensyarah KIAS dan guru yang berpengalaman.Mereka adalah :
Ahmad Mukhlis Bin Mustaffa
Dr Lina Malini Bt Mat Nafi
Dr Mohd Azhar Bin Abdullah
Dr Muhammad Nasron Bin Yaacob
Hassan Ash–Shukry Bin Abdullah
Hj Mohd Hussin Bin Mohd Yunus
Mohd Jismani Bin Yusoff
Mohd Nurul Hisyam Bin Mohamed
Muhammad Amiri Bin Ab Ghani
Wan Ahmad Ikmal Bin Wan Mohamed Adnan
Wan Ismail Bin Abd Halim
Wan Mohd Al Hafiz Bin Wan Mustapa
WAKTU KULIAH
Kuliah yang ditawarkan bagi sesi ini adalah sebagaimana berikut :
Modul
Masa
Hari
Modul Tajwid Al-Quran
8.30 pg -12.30 tgh
Jumaat
Modul Tahsin Al-Quran
8.30 pg -12.30 tgh
Jumaat
Modul Tartil Al-Quran
3.00-6.00 ptg
Jumaat
Modul Qiraat Al-Quran
8.30-12.30 tgh
Jumaat
Modul Tilawah Al-Quran
3.00-6.00 ptg
Jumaat
YURAN
1) Modul Tajwid Al-Quran
: RM 320/1Tahap
2) Modul Tahsin Al-Quran
: RM 250/1Tahap
3) Modul Tartil Al-Quran
: RM 320/1Tahap
4) Modul Qiraat Al-Quran
: RM 320/1Tahap
5) Modul Tilawah Al-Quran
: RM 320/1Tahap
6) Modul Qiraat Al-Quran
RM 320 (Tahap 1 – 5)
RM 250 (Tahap 6)
Bayaran boleh dibuat secara ansuran. Bayaran ansuran pertama RM100.00 perlu dibayar semasa hari pendaftaran.
PENILAIAN
Ujian dijalankan bagi tujuan menilai tahap pencapaian peserta. Walaubagaimanapun peserta tidak diwajibkan menduduki ujian tersebut. Peserta yang mengambil ujian akan dinilai berdasarkan aspek berikut ;
Bertulis ii. Lisan
PENILAIAN
Peserta yang mengikuti mana-mana modul akan diberikan sijil mengikut kategori berikut :
Sijil Lulus Berpangkat : bagi peserta yang lulus dalam peperiksaan tersebut
Sijil Penyertaan : bagi peserta yang gagal atau tidak mengambil peperiksaan tersebut.
Sijil pengajian Al-Quran Wal-Qiraat akan diberikan kepada peserta yang mengikuti kesemua modul yang ditawarkan mengikut kategori berikut :
Sijil Lulus Berpangkat : bagi peserta yang lulus dalam peperiksaan tersebut
Sijil Penyertaan : bagi peserta yang gagal atau tidak mengambil peperiksaan tersebut.