Pihak pengurusan Bahagian Korporat dalam Mesyuarat Pengurusan Korporat Bil. 1/2016 bertarikh 20 April 2016 telah bersetuju mewujudkan satu unit baru bagi menguruskan semua jenis aktiviti-aktiviti yang berorientasikan keuntungan dana kepada KIAS. Penyelaras unit ini ialah Encik Huzaini Bin Hashim.
FUNGSI
bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti-aktiviti perniagaan sedia ada seperti Kafe KIAS dan sewaan tapak perniagaan di sekitar kawasan KIAS,
mencadangkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang sesuai dijalankan,
mencari dan membina rangkaian rakan niaga,
mengenalpasti sasaran pelanggan,
bekerjasama dengan semua unit Bahagian Korporat dalam mempromosikan perniagaan yang dijalankan dan lain-lain.
bertanggungjawab dalam urusan penerbitan buku warga KIAS.
menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan cenderahati dan barangan berlogo KIAS sama ada untuk tempahan ataupun jualan.