KUNJUNGAN HORMAT KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB) PULAU PINANG KE KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

Pada 12 Muharram 2022 bersamaan 10hb Ogos 2022 (Rabu) pihak Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang telah mengadakan kunjung hormat ke KIAS yang dihadiri sendiri oleh YBhg Profesor Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB. Kunjung hormat tersebut turut dihadiri oleh beberapa pegawai dari KITAB iaitu Ustazah Khadijah binti Mohd (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan KITAB), Ustaz Mohamad Aisamuddin bin Akob (Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan), Ustaz Ahmad bin Hashim (Ketua Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran), Ustaz Yazid bin Salleh (Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Ustazah Malyanah Solehah binti Mohamad Shukor (Ketua Pusat Jaminan Kualiti), Dr. Mohd Ikhmal bin Fadzil (Ketua Pusat Pembangunan dan Kelestarian Insititusi) dan Ustazah Nor Diyana binti Mohamad (Penyelaras Unit Penyelidikan, Persidangan dan Penerbitan).

Pihak KIAS pula dihadiri oleh YABrs. Prof. Dr. Ab Aziz bin Mohd Zin (Rektor), Dr. Mohd Ramizu bin Abdullah @ Zakaria (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan), Dr. Linamalini binti Mat Nafi (Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Ustaz Muhammad Abdul Rahim Kamarul Zaman (Ketua Jabatan Usuluddin), Ustaz Ahmad Mukhlis bin Mustaffa (Ketua Jabatan Al-Quran dan Hadis), Ustaz Ahmad Syakir bin Mohd Nassuruddin (Ketua Jabatan Al-Syariah), Ustaz Mohd Zahari bin Sulaiman (Ketua Penolong Pendaftar Unit Pengkuliahan, Kemasukan & Rekod dan Peperiksaan) serta Ustaz Ilias bin Ahmad (Penolong Pendaftar Kanan Unit Jaminan Kualiti)

Antara tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk membincangkan mengenai kolaborasi akademik di antara KITAB dan KIAS bagi program yang sesuai. Kerjasama ini adalah berbentuk francais dimana KIAS menawarkan program pengajian yang ada di KIAS dengan mengikuti pakej lengkap termasuk syarat-syarat kemasukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed