22 Safar 1444H/ 19 September 2022, di Hotel Ibis Styles, Kota Bharu.

Alhamdulillah, seramai 35 orang peserta telah menjayakan program Bengkel Pindah Tesis ke Artikel (PINTAR) Siri II anjuran Unit Penyelidikan dan Penerbitan KIAS, bertempat di Hotel Ibis Styles, Kota Bharu, pada 22 Safar 1444H bersamaan 19 September 2022M. Program ini merupakan lanjutan daripada program Bengkel Pindah Tesis Ke Artikel (PINTAR) Siri I yang telah dianjurkan pada 15 Mac 2022 yang lalu. Program ini dianjurkan bagi memberi bimbingan yang khusus kepada para pensyarah KIAS untuk menghasilkan artikel ilmiah bagi penerbitan jurnal sepanjang tahun 2022.

Bengkel yang diadakan selama satu hari ini menghadirkan penceramah jemputan yang berpengalaman dalam bidang penerbitan khususnya dalam penulisan artikel jurnal, iaitu Dr. Mohd Farhan bin Md Ariffin, pensyarah Pusat Kajian Al-Quran & Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed