Pada 16hb Oktober 2023 bersamaan 1 Rabiul Akhir 1445H, Majlis Sambutan Bulan Akademia Tahun 2023 Peringkat KIAS telah diadakan di Holiday Villa Hotel & Suites, Kota Bharu. Majlis yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan KIAS ini turut dihadiri oleh YABrs. Profesor Emeritus Dr. Ab Aziz bin Mohd Zin, Rektor KIAS dan YBrs. Tuan Hj. Mohd Khairil Hazmie bin Yusoff, Pendaftar KIAS.

Majlis ini diadakan bagi meraikan seluruh warga akademia KIAS sempena Sambutan Bulan Akademia Tahun 2023. Pada majlis ini telah disampaikan enam kategori anugerah khas akademia kepada 10 orang pensyarah iaitu Anugerah Khidmat Bakti, Anugerah Pengajaran & Pembelajaran, Anugerah Pensyarah Aktif Kemasyarakatan, Anugerah Pensyarah Harapan, Anugerah Ikon Ko-Kurikulum, dan Anugerah Pensyarah Popular.

Majlis Sambutan Bulan Akademia Tahun 2023 Peringkat KIAS adalah bertujuan untuk meraikan segala sumbangan, pencapaian dan pengorbanan ahli akademik kepada dunia akademia. Selain itu, ia juga memberi penerangan berkenaan peranan dan fungsi pensyarah selaku ahli akademia. Program ini juga menyemarakkan penglibatan pensyarah sebagai ahli akademia melalui pelbagai wacana, pertandingan dan perkongsian. 

Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YABrs. Profesor Emeritus Dr. Ab Aziz bin Mohd Zin, Rektor KIAS. Melalui ucapan aluan yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Ramizu bin Abdullah @ Zakaria, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan, menjelaskan tentang falsafah Hari Akademia yang diperkenalkan pada tahun 2019. Ujarnya, pendekatan ini diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk meraikan sumbangan para pensyarah di IPT. Sementara itu, YABrs Rektor dalam ucapan perasmiannya, menekankan keperluan pensyarah untuk menyeimbangkan semua tugas sama ada dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan mahupun khidmat masyarakat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Fill out this field
Fill out this field
Sila masukkan alamat emel yang sah.
You need to agree with the terms to proceed