Previous slide
Next slide
Previous slide
Next slide

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA MAJLIS AGAMA ISLAM NARATHIWAT DENGAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

Pada 16 Julai 2024, pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis Agama Narathiwat di Thailand bagi tempoh berkuatkuasa selama lima (5) tahun.

Tujuan kerjasama ini adalah untuk melantik Majlis Agama Islam Narathiwat sebagai Wakil/Agen bagi merancang, melaksanakan aktiviti promosi dan membuat pengambilan pelajar-pelajar Islam di daerah Narathiwat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di KIAS dalam bidang yang bersesuaian mengikut syarat kemasukan yang ditetapkan.

Majlis dimulakan dengan taklimat mengenai program yang ditawarkan di KIAS yang dihadiri oleh seramai 25 orang wakil pentadbir dari sekolah-sekolah swasta daerah Narathiwat. Pihak Majlis Agama Islam Narathiwat telah menyatakan hasrat untuk mengadakan kerjasama dengan KIAS bagi pengukuhan pengajian bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab serta mengadakan kursus jangka pendek dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi menandatangani MoU dan kedua-dua institusi bertukar-tukar dokumen. Dengan termerainya perjanjian ini, lepasan pelajar yang layak dari sekolah agama swasta di Narathiwat akan berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi di KIAS di samping peluang pembiayaan fleksibel bagi kemudahan pelajar-pelajar antarabangsa yang layak oleh pihak KIAS.

Segala aktiviti yang dirancang sempena majlis ini berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang. Kesimpulannya, majlis ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua pihak sama ada wakil dari Majlis Agama Narathiwat sendiri dan juga KIAS. Pihak KIAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas kesudian menyempurnakan majlis menandatangani MoU di antara Majlis Agama Narathiwat dengan KIAS.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Fill out this field
Fill out this field
Sila masukkan alamat emel yang sah.
You need to agree with the terms to proceed