PENYERAHAN TUGAS REKTOR KIAS

Pada 1 Ogos 2024 bersamaan 26 Muharam 1446 telah diadakan Majlis Penyerahan Tugas Rektor KIAS iaitu daripada mantan Rektor, YABrs. Profesor Emeritus Dr Ab Aziz bin Mohd Zin kepada Rektor baharu iaitu YABrs. Profesor Madya Dr Hj. Mazlan bin Ibrahim.

Penyerahan tugas disaksikan oleh YB. Kamaruzaman bin Mohamad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola KIAS, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr Johari bin Mat, Ahli Lembaga KDSB, Dr. Tuan Sapuan bin Tuan Ismail, Timbalan Rektor (HEPA), Dr Nurul Akma bt Mohamed, Timbalan Rektor (HEAP), Tn Hj Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Pendaftar.

Turut hadir dalam Majlis ini ialah Dekan Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, Dekan Fakulti Pengurusan & Teknologi Maklumat, Timbalan Pendaftar, Timbalan Bendahari, Ketua-Ketua Penolong Pendaftar dan Ketua-Ketua Jabatan.

Semoga KIAS terus maju dan berkembang dengan pentadbiran baharu.

Previous slide
Next slide

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Fill out this field
Fill out this field
Sila masukkan alamat emel yang sah.
You need to agree with the terms to proceed