Convocation Ceremony

ISTIADAT KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) KALI KE-24

Pihak KIAS merakamkan ucapan tahniah dan syabas di atas kejayaan saudara/i menamatkan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) serta layak dianugerahkan diploma sempena Istiadat Konvokesyen KIAS Kali ke-24.

JEMPUTAN MENGHADIRI ISTIADAT KONVOKESYEN KIAS KALI KE-24 DAN PENGESAHAN KEHADIRAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Istiadat Konvokesyen KIAS Kali Ke-24 akan berlangsung pada   

                       Tarikh Raptai                   : 03 Rabiulakhir 1446H / 06 Oktober 2024 (Ahad)

                        Tempat                              : Dewan Johor, KIAS

                        Masa                                   : 09.00 pagi

                     

                        Tarikh Istiadat                04 Rabiulakhir 1446H / 07 Oktober 2024 (Isnin)

                        Tempat                              : Dewan Johor, KIAS

                        Masa                                   : Pendaftaran Sidang Pertama        : 07.30 pagi

                                                                        Pendaftaran Sidang Kedua             : 01.30 tengah hari

Sehubungan dengan itu, saudara/i dan dua (2) orang ahli keluarga dijemput untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen KIAS Kali ke-24 mengikut sidang. Pas masuk ahli keluarga akan diberi semasa pengambilan jubah konvokesyen.

Graduan boleh memuat turun Surat Jemputan ke Istiadat Konvokesyen KIAS Kali ke-24, Senarai Nama Graduan dan Buku Panduan dan Peraturan Istiadat Konvokesyen di pautan yang tersedia dibawah.

Graduan dikehendaki menyemak senarai nama graduan sebelum mengesahkan kehadiran.

Pengesahan kehadiran graduan ke Istiadat Konvokesyen KIAS kali ke-24 boleh disahkan di pautan yang disediakan. Pengesahan kehadiran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 19 September 2024 (Khamis).

Diharapkan semua graduan dapat memberikan kerjasama. Terima kasih.

Tahniah atas kejayaan yang cemerlang.

Jawatankuasa Jemputan Istiadat Konvokesyen KIAS Kali ke-24