Pada 5 Rejab 1446H bersamaan 5 Januari 2025 bertempat di Dewan Johor KIAS, telah diadakan penyampaian Watikah Pelantikan kepada Dekan-Dekan dan Pengarah-Pengarah Pusat yang baharu berkuatkuasa pada 1 Januari 2025. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YABrs. Prof. Dr. Mazlan bin Ibrahim, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), diiringi oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik & Penyelidikan).

Tahniah diucapkan kepada Dekan-Dekan Fakulti baharu di KIAS iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Azhar bin Abdullah (Dekan Fakulti Syariah & Muamalat), Dr. Saufi bin Haji Abdullah (Dekan Fakulti Usuluddin dan Al-Qur’an & Sunnah), Dr. Mohd Abalkhair bin Mat Ali (Dekan Fakulti Pengajian Islam & Bahasa Arab) dan Dr. Marina bt Muhammad Razaki (Dekan Fakulti Pengurusan & Pembangunan Insan).

Majlis juga turut menyampaikan Watikah Pelantikan Pengarah Institut Bahasa Antarabangsa & Terjemahan, Dr. Hisyamuddin bin Mohd Yusof , pelantikan Pengarah Pusat Halal KIAS, Ustaz Ahmad Syakir bin Haji Mohd Nassuruddin dan pelantikan Pengarah Pusat Pembangunan Akademik iaitu Ustaz Wan Ahmad Ikmal bin Wan Mohamed@Adnan.

Seterusnya disampaikan juga Sijil Penghargaan kepada mantan Dekan-Dekan Fakulti, Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman bin Wan Yusoff dan Dr. Shafwan bin Ismail; mantan Ketua-Ketua Jabatan dan mantan Pengarah-Pengarah Pusat. Sekalung penghargaan diucapkan atas perkhidmatan sepanjang memegang jawatan-jawatan tersebut.

Turut disampaikan dalam majlis ini ialah Watikah Pelantikan sebagai Pendaftar KIAS kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Zahari bin Sulaiman, mantan Ketua Penolong Pendaftar (Hal Ehwal Akademik) KIAS. Beliau baharu dilantik sebagai Pendaftar KIAS berkuatkuasa pada 1 Januari 2025.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Fill out this field
Fill out this field
Sila masukkan alamat emel yang sah.
You need to agree with the terms to proceed