08 Syawal 1446H/ 07 April 2025 – Alhamdulillah telah berlangsung majlis penyerahan sumbangan zakat BIMB kepada KIAS bertempat di Bilik Mesyuarat Pentadbiran KIAS.
Penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazri bin Chik, Ketua Pegawai Kewangan Sosial Kumpulan BIMB kepada Prof. Dr. Mazlan bin Ibrahim, Rektor KIAS.
Turut hadir bersama rombongan dari BIMB adalah Encik Ghazlaini bin Ghazali, Pengarah Wilayah Timur, Encik Mohd Supardi bin Yatim, Pengarah Negeri Kelantan dan Puan Wan Rusmayaty binti Wan Hussin, Pengarah Perhubungan Pelanggan Negeri Kelantan dan pengurusan tertinggi KIAS.
Turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut potensi dan peluang kerjasama yang boleh memberi impak positif kepada kedua-dua institusi.
Melalui sokongan berterusan daripada BIMB semoga ia akan membantu KIAS di dalam membina reputasi tinggi dan berdaya saing, yang menjunjung imej dan aspirasi Kerajaan Negeri Kelantan dalam melahirkan generasi muslim yang rabbani.
Terima kasih BIMB.
💵 Bayar Zakat, Harta Berkat.
☘Manfaat Bersama, Pahala Berganda.
#KIASAmilZakatMAIK #JomBayarZakatdiKIAS #SekretariatZakatWakafKIAS #DiSiniLahirnyaGenerasiRabbani #JomMasukKIAS #KIASIPTRabbani #KelantanDarulNaim