Diploma Rekabentuk Multimedia

DIPLOMA REKABENTUK MULTIMEDIA

(N/0211/4/0042)

(MQA/PA 16259)

 

PENGENALAN

Program Diploma Rekabentuk Multimedia di KIAS direka untuk melengkapkan pelajar dengan teori dan kemahiran teknikal dalam merancang, merekabentuk dan membangunkan produk-produk multimedia secara komersial dan rabbani. Sasaran program ini adalah untuk menghasilkan pereka multimedia yang mahir, kreatif, inovatif dan bertaqwa. Pelajar dilatih untuk mempraktiskan teori yang dipelajari ke dalam  produk-produk multimedia seperti rekabentuk grafik, rekabentuk periklanan, laman web, animasi 2D dan 3D, rekabentuk interaktif, suntingan audio dan video, fotografi dan banyak lagi.

 

TEMPOH PENGAJIAN

Ini adalah program sepenuh masa yang dijalankan dalam tempoh minimum

3 tahun (6 semester).

 

SYARAT KEMASUKAN

  • SPM dengan 3 Kepujian (Minimum).
  • Lulus SKM Tahap 3 (MQF)- (Akan dilaksanakan saringan dan program pengukuhan yang bersesuaian dengan program).
  • Lulus SIJIL (Tahap 3 MQF) atau yang setaraf dalam bidang berkaitan dengan minimum PNGK 2.00.
  • Lulus STPM
  • Gred C (NGMP 2.00)(Minimum).
  • Lulus STAM (Gred Maqbul) dan lulus temuduga atau mengemukakan portfolio seperti yang ditentukan. *Pengecualian kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik yang sah dalam bidang yang berkaitan.
  • Keperluan Kompetensi Bahasa Inggeris Pelajar Antarabangsa: Skor minimum High Band 2 dalam MUET atau yang setara dengan CEFR Mid B1.

 

STRUKTUR PENGAJIAN

SEM 1

  • Pengenalan kepada Pengkomputeran
  • Asas Rekabentuk Grafik
  • Falsafah dan Isu Semasa /
  • Bahasa Melayu Komunikasi 1
  • Integriti dan Anti Rasuah
  • Al-Arabiyyah Lil Mubtadi’in
  • Al-Quran Hafazan dan Tajwid 1

SEM 2

  • Sejarah Seni
  • Asas Lukisan dan Ilustrasi
  • Pemikiran Kreatif
  • Undang-undang Dalam Industri Kreatif
  • Bahasa Kebangsaan A***/ Keusahawanan / Kepimpinan / Kemahiran Menulis / Kemahiran Berfikir / Pengucapan Awam
  • Fundamental English
  • Asas Pengurusan Islam
  • Al-Quran Hafazan dan Tajwid 2

 SEM 3

  • Rekabentuk Multimedia
  • Ilustrasi Digital dan Media Campuran
  • Aplikasi Komputer dalam Rekabentuk
  • FotografI dan Pengimejan Digital
  • Konsep Warna
  • Pengajian Islam / Siasah Syar’iyyah / Ekonomi Islam /Perbandingan Agama / Hak Asasi Manusia

SEM 4

  • Etika Komputer
  • Komunikasi Visual
  • Rekabentuk Periklanan dan Arah Seni Kreatif
  • Pembangunan Skrip dan Papan Cerita
  • Prinsip Animasi
  • Rekabentuk Interaktif

SEM 5

  • Projek Kreatif
  • Produksi Audio dan Video
  • Pengarangan Multimedia
  • Pemodelan dan Animasi 3D
  • Pembangunan Laman Web
  • Intermediate English

SEM 6

Latihan Industri

 

PROSPEK KERJAYA

Kemajuan teknologi telah menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) yang pesat dalam pelbagai bidang. Ini telah mengakibatkan

permintaan tinggi terhadap tenaga kerja yang berkemahiran dalam multimedia.

Antara prospek kerjaya dalam bidang rekabentuk multimedia adalah:

  • Pereka grafik
  • Pereka multimedia
  • Game designer
  • Pembangun laman web
  • Animator
  • Illustrator
  • Editor
  • Juruvideo
  • Jurugambar
  • Pengarah seni
  • Penulis naskah
  • Penyunting video
  • Artis papan cerita
  • Jurutera bunyi
  • Pakar media sosial
  • Content creator

 

SIAPA YANG BERSESUAIAN?

  • Individu yang berminat dengan rekabentuk grafik dan komunikasi visual.
  • Individu yang cenderung kepada kemahiran berbanding teori.
  • Individu yang sukakan animasi, produksi video dan fotografi.
  • Individu yang sukakan seni kreatif.Individu yang berminat dengan penggunaan aplikasi dan teknologi.
  • Individu yang sukakan kreativiti dan sentiasa mempunyai idea-idea yang baru dalam kerja dan penyelesaian masalah.