KAEDAH MENGHAFAZ AL-QURAN YANG DIAPLIKASI OLEH PARA PELAJAR DARUL QURAN, JAKIM
TAJUK : KAEDAH MENGHAFAZ AL-QURAN YANG DIAPLIKASI OLEH PARA PELAJAR DARUL QURAN, JAKIM
Oleh : Wan Khalijah binti Wan Jusoh, Ahmad bin Hj. Abdul Rahman, Wan Nasyruddin bin Wan Abdullah & Nur Hanisah binti Mohammad Nor Affandi
ABSTRAK :
Menghafaz al-Quran adalah suatu kemuliaan disisi Allah SWT Ia memerlukan kaedah yang betul dan komitmen yang tinggi. Tanpa keduanya, hafazan ini akan hilang hanya dalam masa yang singkat sahaja daripada ingatan tuannya. Oleh itu, kaedah menghafaz al-Quran yang betul amat penting bagi memastikan hafazan tersebut sentiasa kukuh dalam ingatan seseorang huffaz itu dalam tempoh yang lama.Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti jenis kaedah menghafaz al-Quran yang telah diaplikasikan oleh para pelajar di Darul Quran, JAKIM. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga kaedah hafazan al-Quran utama yang telah diaplikasi oleh para pelajar ini.Iaitu kaedah merujuk kepada tafsir sebelum dan selepas menghafaz, kaedah menghafaz secara berseorangan dan kaedah menghafaz dengan hanya mengkhususkan satu mashaf sahaja. Manakala kaedah menghafaz al-Quran yang paling kurang diminati oleh para pelajar ialah kaedah menghafaz al-Quran secara berkumpulan. Keseluruhannya, kajian ini telah mencapai objektif yang telah digariskan oleh pengkaji untuk mengetahui jenis kaedah menghafaz al-Quran yang telah diaplikasikan oleh para pelajar Darul Quran, JAKIM dalam menjaga hafazan agar sentiasa kukuh dalam ingatan.
PENDAHULUAN
Menghafaz al-Quran adalah amalan yang dituntut dan sangat mulia di sisi Allah SWT. Selain memastikan kesinambungan penyampaian dan pembelajaran al-Quran, adanya golongan yang meghafaz al-Quran akan menjamin agar ayat-ayat al-Quran ini tidak diselewengkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Al-Quran ialah kalamullah, wahyu terakhir yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi akhir zaman yang sekaligus juga sebagai penutup agama samawi. Ia membenarkan ajaran kitab sebelumnya dan juga menyempurnakan hukum-hukum Allah SWT pada kitab sebelumnya sehingga terbentuk suatu ajaran yang universal daripada pelbagai aspek sama ada dari sudut material, spiritual, jasmani, rohani, dunia dan akhirat.
Gelaran sebagai huffaz adalah sangat tinggi darjat dan martabatnya di sisi Allah SWT serta dipandang mulia di mata manusia. Sungguhpun demikian, ia bukanlah kebanggaan semata-mata bahkan ia merupakan suatu amanah yang berat untuk dipikul kerana ia secara langsung daripada Allah SWT. Justeru, para huffaz seharusnya mengetahui bahawa di sebalik keutamaan dan kemuliaan tersebut, mereka hendaklah memelihara dan mengekalkan ingatan mereka terhadap al-Quran supaya hafazan tersebut tidak hilang daripada ingatan mereka setelah selesai menghafaz keseluruhan al-Quran. Namun, alasan ini seharusnya tidak menjadi batu penghalang untuk menghafaz al-Quran. Menurut Abdul Rahman Lubis (2011:5) kenapa kita sanggup bersusah payah untuk urusan dunia, tetapi tidak mampu memanfaatkan masa yang ada selama 24 jam untuk memperbanyakkan mempelajari dan menghafaz al-Quran. Bahkan setiap dugaan yang mendatang bukanlah sebagai suatu amaran Allah, namun sebagai satu cabaran yang mesti diharungi oleh golongan ini demi merintis jalan ke syurga dan memartabatkan kalamNya yang suci.[1]
LATARBELAKANG DAN PERMASALAHAN KAJIAN
Darul Quran, JAKIM telah menawarkan mata pelajaran hafazan al-Quran kepada seluruh mahasiswanya sebagai syarat yang wajib bagi peringkat persijilan dan diploma. Walau bagaimanapun, para pelajar diberi kebebasan untuk menghafaz al-Quran dengan cara mereka sendiri. Justeru, pengkaji mendapati wujudnya kepelbagaian kaedah menghafaz al-Quran yang telah digunapakai oleh para pelajar ini yang mana kesemuanya adalah bertujuan untuk mengingati al-Quran.
Berdasarkan kepada pengamatan pengkaji, fenomena yang wujud di Darul Quran, JAKIM ini ialah kemerosotan hafazan yang berlaku dalam kalangan pelajar sama ada lelaki ataupun perempuan jelas berlaku apabila mereka berada pada tahun kedua pengajian atau paling ketara ketika berada pada peperiksaan semester terakhir atau peperiksaan Diploma dan Persijilan. Buktinya, boleh dilihat pada hasil kajian rintis yang dilakukan oleh pengkaji ke atas analisis keputusan peperiksaan mata pelajaran Hafazan al-Quran (syafawi) bagi 7 orang pelajar.
Pada semester pertama, kesemua pelajar memperolehi markah di antara gred A sehingga F (2 orang A, 2 orang B, 3 orang F). Manakala pada semester kedua, mereka juga memperolehi markah di antara gred A sehingga F ( 1 orang A, 3 orang B, 1 orang C, 2 orang F). Pada semester ketiga pula mereka memperolehi markah di antara gred A sehingga F (1 orang A, 4 orang C, 2 orang F). Seterusnya, pada semester keempat pula mereka mendapat markah di antara gred A sehingga F (1 orang A, 1 orang C, 5 orang F). Manakala pada peperiksaan semester kelima mereka mendapat markah di antara gred A sehingga F (1orang A, 4 orang C, 2 orang F). Pada semester keenam mereka mendapat markah di antara gred A sehingga F (1 orang A, 5 orang C, 1 orang F).
Seharusnya para pelajar ini menghafaz al-Quran bukan hanya sekadar mahu lulus dalam peperiksaan sahaja, tetapi haruslah ia dilakukan dengan sebenar-benar penghayatan kerana istiqamah dalam menghafaz al-Quran merupakan asas kepada kekuatan ingatan hafazan bagi seseorang yang menghafaz al-Quran. Tanpa kaedah hafazan al-Quran yang bersistematik, kesemua hafazan yang telah diperolehi akan hilang begitu sahaja dalam tempoh yang singkat daripada ingatan penghafaznya. Justeru, ini diharap dapat mengatasi masalah dur thani, dur thalith dan rasib yang biasanya dihadapi oleh para pelajar yang menghafaz al-Quran selama ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk :
- Mengenal pasti kaedah menghafaz al-Quran yang diaplikasi oleh pelajar Darul Quran, JAKIM
- Mengenal pasti kaedah menghafaz al-Quran yang paling digemari dan paling tidak digemari oleh para pelajar.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan akan dapat mengenalpasti kaedah menghafaz al-Quran yang efektif bagi membantu pusat tahfiz dalam mencapai objektif untuk melahirkan lebih ramai graduan yang mampu menghafaz al-Quran dengan baik dan mantap.
SKOP KAJIAN
Kajian ini memfokuskan kepada kaedah menghafaz al-Quran yang telah aplikasikan oleh para pelajar di Darul Quran, JAKIM. Selain itu kajian ini juga cuba mencungkil faktor-faktor penentu para pelajar ini untuk menghafaz al-Quran dengan lebih baik serta mengetahui masalah-masalah yang telah dihadapi oleh para pelajar ini sepanjang mereka menghafaz al-Quran selama tiga tahun di kolej ini. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 55 orang pelajar tahun akhir. Jumlah responden yang dipilih secara rawak ini mewakili keseluruhan populasi yang terdiri daripada pelajar yang sedang mengikuti pembelajaran di kolej ini. Manakala sampel yang diambil bagi setiap program ialah berbeza dan ini ialah berdasarkan kepada saiz populasi pusat pengajian berkenaan.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggabungkan antara kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif agar hasil yang diperolehi baik dan tepat. Kajian yang baik merupakan kajian yang dapat menggabungkan antara dua kaedah ini kerana kelemahan dan kekuatan antara dua kaedah ini akan dapat menampung antara satu sama lain[2]. Instrument yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah soal selidik dan kaedah pemerhatian. Keseluruhan data yang diperolehi dianalisis dengan analisis deskriptif.
KAEDAH MENGHAFAZ AL-QURANYANG DIAPLIKASI PELAJAR
Pada bahagian ini pengkaji telah menyediakan soalan-soalan berkaitan kaedah menghafaz al-Quran yang digunakan oleh para huffaz bagi mendapatkan maklum balas daripada responden. Maklum balas ini penting dalam usaha untuk mengetahui jenis kaedah menghafaz al-Quran yang telah diaplikasikan oleh para pelajar di kolej ini agar pelajar ini mampu menghafaz dan mengingati al-Quran dengan baik dan mantap. Berikut dipaparkan keputusan analisis daripada pernyataan-pernyataan soalan tersebut bersama-sama huraiannya.
Kesemua pernyataan soalan yang dibentuk menggunakan format Skala Likert bagi memudahkan proses pengkajian yang dijalankan. Format tersebut bertujuan memberi kemudahan kepada responden untuk membuat pilihan jawapan secara tepat dan fleksibel. Skala Likert tersebut terdiri daripada lima kategori skor iaitu Sangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Kurang Setuju (KS), Setuju (S) dan Sangat Setuju (SS). Proses penganalisisan data pada bahagian ini dilaksanakan untuk mendapatkan hasil kajian secara lebih terperinci berdasarkan setiap satu pernyataan soalan yang dikemukakan. Penganalisisan data ini akan dibuat dengan merujuk skor kekerapan, peratus dan juga min (purata).
Jadual 1 Kekerapan dan peratus pelajar merujuk kepada tafsir sebelum dan selepas menghafaz
Perkara |
Skor |
Kekerapan |
Peratus |
Min |
|
Saya merujuk kepada tafsir sebelum dan selepas menghafaz al-Quran |
|
STS |
1 |
1.8 |
|
TS |
3 |
5.5 |
|
||
KS |
5 |
9.1 |
|
||
S |
22 |
40.0 |
4.2 |
||
SS |
24 |
43.6 |
|
||
Jumlah |
55 |
100.0 |
|
n = 55
Berdasarkan jadual 1 di atas, kita dapat melihat sama ada para pelajar menghafazal-Quran dengan cara merujuk kepada tafsir atau tidak bagi menambahkan kefahaman dan memperkuatkan lagi ingatan mereka. Seramai 24 orang (43.6%) responden sangat bersetuju bahawa mereka menghafaz dengan kaedah ini, manakala seramai 22 orang (40.0%) menyatakan bersetuju terhadap kaedah ini.
Seramai 5 orang atau (9.1%) menyatakan kurang setuju terhadap pernyataan ini, diikuti terdapat 3 orang (5.5%) responden menyatakan tidak bersetuju. Seterusnya seorang sahaja (1.8%) yang menyatakan sangat tidak bersetuju. Min yang direkodkan bagi pernyataan ini ialah sebanyak 4.2.
Jadual 2 Kekerapan dan peratus pelajar menghafaz dengan menggunakan mushaf khusus.
Perkara |
Skor |
Kekerapan |
Peratus |
Min |
|
Saya mengkhususkan satu Mashaf al-Quran sahaja sepanjang menghafaz al-Quran |
STS |
2 |
3.6 |
|
|
TS |
1 |
1.8 |
|
||
KS |
11 |
20.0 |
|
||
S |
19 |
34.5 |
4.2 |
||
SS |
22 |
40.0 |
|
||
Jumlah |
55 |
100.0 |
|
||
n = 55
Berdasarkan jadual 2 di atas, kita dapat melihat sama ada para pelajar menghafaz al-Quran hanya mengkhususkan satu mashaf atau tidak. Seramai 22 orang (40.0%) responden sangat bersetuju bahawa mereka menghafaz dengan satu mashaf sahaja, manakala seramai 19 orang (34.5%) menyatakan bersetuju terhadap pernyataan.
Seramai 11 orang (20.0%) responden menyatakan kurang setuju terhadap pernyataan ini, diikuti seorang (1.8%) responden sahaja menyatakan tidak bersetuju. Selain itu, terdapat 2 orang (3.6%) responden yang menyatakan sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Min yang direkodkan bagi pernyataan ini ialah sebanyak 4.2.
Jadual 3 : Kekerapan dan peratus pelajar menghafaz al-Quran secara berseorangan
Perkara |
Skor |
Kekerapan |
Peratus |
Min |
|
Saya menghafaz al-Quran secara berseorangan |
|
STS |
2 |
3.6 |
|
TS |
3 |
5.5 |
|
||
KS |
4 |
7.3 |
|
||
S |
26 |
47.3 |
4.1 |
||
SS |
20 |
36.4 |
|
||
Jumlah |
55 |
100.0 |
|
n = 55
Berdasarkan jadual 3 di atas, dapat dilihat adakah pelajar berminat untuk menghafaz al-Quran secara berseorangan atau tidak. Seramai 20 orang (36.4%) responden sangat bersetuju dengan pernyataan ini diikuti dengan mereka yang bersetuju pula ialah seramai seramai 26 orang (47.3%).
Seramai 4 orang (7.3%) responden kurang bersetuju dengan kaedah ini. Tidak ketinggalan juga, terdapat 3 orang (5.5%) responden yang menyatakan tidak bersetuju serta terdapat juga 2 orang (3.6%) responden yang menyatakan bahawa mereka sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Min yang dicatatkan bagi item ini ialah sebanyak 4.1.
Jadual 4 Kekerapan dan peratus pelajar menghafazal-Quran secara berkumpulan
Perkara |
Skor |
Kekerapan |
Peratus |
Min |
|
Saya menghafaz al-Quran secara berkumpulan |
|
STS |
3 |
5.5 |
|
TS |
16 |
29.1 |
|
||
KS |
26 |
47.3 |
|
||
S |
8 |
14.5 |
2.8 |
||
SS |
2 |
3.6 |
|
||
Jumlah |
55 |
100.0 |
|
n = 55
Jadual 4 di atas untuk mengetahui sama ada pelajar ini menghafaz al-Quran secara berkumpulan atau tidak. Hanya seramai 2 orang (3.6%) responden sangat bersetuju bahawa mereka menghafaz secara berkumpulan, manakala seramai 8 orang (14.5%) lagi menyatakan bahawa mereka bersetuju terhadap kaedah ini.
Seramai 26 orang (47.3%) responden menyatakan kurang setuju terhadap pernyataan ini, diikuti seramai 16 orang (29.1%) responden menyatakan tidak bersetuju. Selain itu, terdapat juga 3 orang (5.5%) responden yang menyatakan bahawa mereka sangat tidak bersetuju dengan kaedah ini. Min yang dicatatkan bagi pernyataan ini ialah sebanyak 2.8.
Jadual 5 Kekerapan dan peratus pelajar menghafaz secara berpasangan
Perkara |
Skor |
Kekerapan |
Peratus |
Min |
|
Saya menghafaz al-Quran secara Berpasangan |
|
STS |
3 |
5.5 |
|
TS |
9 |
16.4 |
|
||
KS |
14 |
25.5 |
|
||
S |
24 |
43.6 |
3.4 |
||
SS |
5 |
9.1 |
|
||
Jumlah |
55 |
100.0 |
|
n = 55
Jadual 5 di atas, ialah untuk melihat sama ada pelajar ini lebih berminat menghafaz al-Quran secara berpasangan atau tidak. Seramai 5 orang responden atau (9.1%) sangat bersetuju bahawa mereka menghafaz secara berpasangan, manakala seramai 24 orang (43.6%) turut bersetuju bahawa mereka menggunakan kaedah ini.
Seramai 14 orang ( 25.5%) responden menyatakan kurang setuju terhadap pernyataan ini, diikuti seramai 9 orang responden (16.4%) menyatakan tidak bersetuju. Selain itu, terdapat 3 orang (5.5%) responden juga yang menyatakan sangat tidak bersetuju. Min yang dicatatkan bagi pernyataan ini ialah sebanyak 3.4.
Jadual 6 kekerapan dan peratus pelajar menghafaz dengan cara mendengar kaset dan Cd
Perkara |
Skor |
Kekerapan |
Peratus |
Min |
|
Saya menghafaz dengan cara mendengar kaset dan cd |
|
STS |
3 |
5.5 |
|
TS |
4 |
7.3 |
|
||
KS |
11 |
20.0 |
|
||
S |
29 |
52.7 |
3.6 |
||
SS |
8 |
14.5 |
|
||
Jumlah |
55 |
100.0 |
|
n = 55
Berdasarkan jadual 6 di atas, kita dapat melihat cara seseorang pelajar itu menghafaz al-Quran dengan cara mendengar CD atau tidak. Seramai 8 orang (14.5%) responden sangat bersetuju dengan pernyataan ini diikuti dengan mereka yang bersetuju pula ialah seramai 29 orang (52.7%).
Seramai 11 orang (20.0%) responden kurang bersetuju dengan kaedah menghafaz ini. Tidak ketinggalan juga, terdapat 4 orang responden iaitu (7.3%) yang menyatakan tidak bersetuju diikuti dengan 3 orang (5.5%) daripada mereka sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Min yang dicatatkan bagi pernyataan ini ialah sebanyak 3.6.
Jadual 7 Kekerapan dan peratus pelajar menghafaz dengan cara menyusun jadual menghafaz
Perkara |
Skor |
Kekerapan |
Peratus |
Min |
||
Saya menghafaz al-Quran mengikut jadual yang saya susun sendiri |
|
STS |
4 |
7.3 |
|
|
TS |
4 |
7.3 |
|
|||
KS |
13 |
23.6 |
|
|||
S |
23 |
41.8 |
3.6 |
|||
SS |
11 |
20.0 |
|
|||
Jumlah |
55 |
100.0 |
|
|||
n = 55
Jadual 7 di atas, ialah untuk melihat sama ada pelajar ini menghafaz al-Quran dengan berusaha menyusun jadual sendiri atau tidak. Seramai 11 orang responden (20.0%) sangat bersetuju bahawa mereka menghafaz dengan merangka jadual khas, manakala seramai 23 orang responden (41.8%) menyatakan bersetuju terhadap pernyataan ini.
Seramai 13 orang responden atau (23.6%) menyatakan kurang setuju terhadap pernyataan ini, diikuti seramai 4 orang responden (7.3%) menyatakan tidak bersetuju. Selain itu, bilangan yang sama juga dicatatkan bagi yang menyatakan sangat tidak bersetuju iaitu seramai 4 orang (7.3%). Min yang dicatatkan bagi pernyataan ini ialah sebanyak 3.6.
Jadual 8 Kekerapan dan peratus pelajar menghafaz al-Quran dengan cara melakukan solat taqwiyah al-hifz
Perkara |
Skor |
Kekerapan |
Peratus |
Min |
|
saya melakukan solat taqwiyatul hifz untuk memperkuatkan hafazan saya |
|
STS |
8 |
14.5 |
|
TS |
5 |
9.1 |
|
||
KS |
21 |
38.2 |
|
||
S |
16 |
29.1 |
3.1 |
||
SS |
5 |
9.1 |
|
||
Jumlah |
55 |
100.0 |
|
n = 55
Berdasarkan jadual 8 di atas, kita dapat melihat adakah seseorang responden itu melakukan solat taqwiyatul hifz atau tidak dalam usaha untuk mengekalkan hafazan mereka. Seramai 5 orang (9.1%) responden sangat bersetuju dengan kaedah ini diikuti dengan mereka yang bersetuju pula ialah seramai 16 orang (29.1%).
Seramai 21 orang (38.2%) responden kurang bersetuju dengan kaedah menghafaz dengan cara ini. Tidak ketinggalan juga, terdapat 5 orang responden iaitu (9.1%) yang menyatakan tidak bersetuju diikuti dengan seramai 8 orang (14.5%) sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Min yang dicatatkan ialah 3.1.
Jadual 9 Kekerapan dan peratus pelajar menghafaz dengan membaca apa yang telah dihafaz di dalam sembahyang.
Perkara |
Skor |
Kekerapan |
Peratus |
Min |
|
Saya menghafaz al-Quran dengan membacanya ketika solat |
|
STS |
2 |
3.6 |
|
TS |
6 |
10.9 |
|
||
KS |
22 |
40.0 |
|
||
S |
19 |
34.5 |
3.4 |
||
SS |
6 |
10.9 |
|
||
Jumlah |
55 |
100.0 |
|
n = 55
Jadual 9 di atas, ialah untuk melihat sama ada pelajar ini menghafaz dengan cara membacanya di dalam solat atau tidak. Cara ini berkesan untuk mengekalkan hafazan dalam tempoh yang lama. Seramai 6 orang responden (10.9%) sangat bersetuju bahawa mereka menghafaz dengan kaedah ini, manakala seramai 19 orang (34.5%) menyatakan bersetuju terhadap kaedah ini.
Seramai 22 orang responden (40.0%) menyatakan kurang setuju terhadap pernyataan ini, diikuti seramai 6 orang responden atau (10.9%) menyatakan tidak bersetuju serta tidak ketinggalan juga terdapat 2 orang (3.6%) yang menyatakan sangat tidak bersetuju. Min yang dicatatkan bagi pernyataan ini ialah 3.4.
Jadual 10 Kekerapan dan peratus pelajar menghafaz dengan cara menulis semula ayat yang telah dihafaz.
Perkara |
Skor |
Kekerapan |
Peratus |
Min |
|
Saya menghafaz dengan menulis semula ayat yang telah dihafaz |
|
STS |
3 |
5.5 |
|
TS |
4 |
7.3 |
|
||
KS |
19 |
34.5 |
3.6 |
||
S |
15 |
27.3 |
|
||
SS |
14 |
25.5 |
|
||
Jumlah |
55 |
100.0 |
|
n = 55
Berdasarkan jadual 10 di atas, kita dapat melihat seramai 14 orang responden (25.58%) menyatakan sangat bersetuju bahawa mereka menghafaz al-Quran dengan cara menulis semula ayat telah dihafaz ini diikuti dengan seramai 15 orang responden (27.3%) juga turut bersetuju terhadap kaedah ini.
Seramai 19 orang responden iaitu (34.5%) menyatakan kurang bersetuju, diikuti dengan 4 orang (7.3%) responden sangat tidak bersetuju. Terdapat 3 orang responden iaitu (5.5%) yang menyatakan sangat tidak setuju terhadap pernyataan yang dikemukakan ini. Min yang dicatatkan bagi pernyataan ini ialah 3.6.
Jadual 11 Kekerapan dan peratus pelajar menghafazal-Quran selepas solat fardhu
Perkara |
Skor |
Kekerapan |
Peratus |
Min |
Saya menghafaz al-Quran setiap kali selepas solat fardhu |
STS TS KS S SS Jumlah |
4 |
7.3 |
|
12 |
21.8 |
|
||
22 |
40.0 |
3.0 |
||
13 |
23.6 |
|
||
4 |
7.3 |
|
||
55 |
100.0 |
|
n = 55
Berdasarkan jadual 11 di atas, kita dapat melihat sama ada para pelajar ini menghafaz al-Quran selepas solat fardhu atau tidak. Seramai 4 orang responden (7.3%) menyatakan sangat bersetuju bahawa mereka melakukan kaedah ini diikuti dengan seramai 13 orang responden (23.6%) pula bersetuju terhadap pernyataan ini.
Seramai 22 orang responden iaitu (40.0%) menyatakan kurang bersetuju, diikuti 12 orang (21.8%) responden sangat tidak bersetuju. Terdapat juga 4 orang responden iaitu (7.3%) yang menyatakan sangat tidak bersetuju terhadap pernyataan yang dikemukan ini. Min yang dicatatkan bagi pernyataan ini ialah sebanyak 3.0.
Jadual 12 Kekerapan dan peratus pelajar menghafaz al-Quran dengan kaedah chungking
Perkara |
Skor |
Kekerapan |
Peratus |
Min |
|
Saya menghafaz al-Quran dengan cara kaedah chungking |
|
STS |
2 |
3.6 |
|
TS |
3 |
5.5 |
|
||
KS |
7 |
12.7 |
|
||
S |
29 |
52.7 |
3.9 |
||
SS |
14 |
25.5 |
|
||
Jumlah |
55 |
100.0 |
|
n = 55
Jadual 12 di atas, ialah untuk melihat sama ada pelajar ini menghafaz al-Quran menggunakan kaedah chungking atau tidak. Seramai 14 orang responden (25.5%) sangat bersetuju bahawa mereka melakukannya dengan kaedah ini, manakala seramai 29 orang (52.7%) turut bersetuju dengan kaedah ini.
Seramai 7 orang responden (12.7%) menyatakan kurang setuju terhadap pernyataan ini, diikuti seramai 3 orang responden (5.5%) menyatakan tidak bersetuju. Selain itu, terdapat 2 orang (3.6%) responden yang menyatakan sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Min yang direkodkan bagi pernyataan ini ialah sebanyak 3.9
Jadual 13 Kekerapan dan peratus pelajar menghafaz secara gundalan
Perkara |
Skor |
Kekerapan |
Peratus |
Min |
|
Saya menghafaz al-Quran dengan cara gundalan |
|
STS |
2 |
3.6 |
|
TS |
6 |
10.9 |
|
||
KS |
9 |
16.4 |
3.8 |
||
S |
23 |
41.8 |
|
||
SS |
15 |
27.3 |
|
||
Jumlah |
55 |
100.0 |
|
n = 55
Jadual 13 di atas, ialah untuk melihat sama ada pelajar ini menghafaz al-Quran secara gundalan atau tidak. Seramai 15 orang responden (27.3%) sangat bersetuju bahawa mereka menggunakan kaedah menghafaz jenis ini, manakala seramai 23 orang (41.8%) menyatakan bersetuju terhadap pernyataan ini.
Seramai 9 orang responden (16.4%) menyatakan kurang setuju terhadap kaedah ini, diikuti seramai 6 orang responden (10.9%) menyatakan tidak bersetuju. Seterusnya terdapat 2 orang sahaja responden (3.6%) yang menyatakan sangat tidak bersetuju. Min yang direkodkan bagi pernyataan ini ialah sebanyak 3.8
Jadual 14 Kekerapan dan peratus pelajar menghafaz dengan melakukan ujian khas.
Perkara |
Skor |
Kekerapan |
Peratus |
Min |
|
Saya menghafaz al-Quran melalui ujian khas |
|
STS |
5 |
9.1 |
|
TS |
5 |
9.1 |
|
||
KS |
13 |
23.6 |
|
||
S |
23 |
41.8 |
3.5 |
||
SS |
9 |
16.4 |
|
||
Jumlah |
55 |
100.0 |
|
n=55
Berdasarkan 14 di atas, kita dapat melihat sama ada para pelajar menghafaz al-Quran dengan melakukan ujian khas kepada dirinya bagi menguatkan hafazan mereka atau tidak. Seramai 9 orang responden (16.4%) sangat bersetuju bahawa mereka menguatkan hafazan mereka dengan kaedah ini, manakala seramai 23 orang (41.8%) menyatakan bersetuju terhadap kaedah ini.
Seramai 13 orang responden (23.6%) menyatakan kurang setuju dengan kaedah ini, diikuti seramai 5 orang responden (9.1%) masing-masing menyatakan tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Min yang direkodkan bagi pernyataan ini ialah sebanyak 3.5
Jadual 15 Kekerapan dan peratus pelajar menghafaz secara berkala di dalam kelas tasmi’
Perkara |
Skor |
Kekerapan |
Peratus |
Min |
|
Saya menghafaz secara berkala di dalam kelas tasmi’ |
|
STS |
1 |
1.8 |
|
TS |
5 |
9.1 |
|
||
KS |
13 |
23.6 |
3.7 |
||
S |
27 |
49.1 |
|
||
SS |
9 |
16.4 |
|
||
Jumlah |
55 |
100.0 |
|
n = 55
Jadual 15 di atas mahu melihat adakah para pelajar menghafaz al-Quran secara berkala dengan guru atau tidak didalam kelas tasmi’. Seramai 9 orang responden (16.4%) sangat bersetuju dengan pernyataan ini. Sementara itu, seramai 27 orang responden (49.1%) pula yang menyatakan bahawa mereka bersetuju terhadap pernyataan ini.
Seramai 13 orang responden (23.6%) kurang bersetuju diikuti seramai 5 orang responden atau (9.1%) tidak bersetuju terhadap pernyataan ini. Tidak ketinggalan juga, terdapat seorang (1.8%) sahaja responden yang sangat tidak bersetuju. Min yang dicatatkan bagi pernyataan ini ialah sebanyak 3.7.
RUMUSAN KAJIAN
Keseluruhannya, terdapat pelbagai kaedah hafazan yang digunakan oleh pusat-pusat tahfiz di seluruh Malaysia. Disebabkan dasar pendidikan hafazan yang berbeza sama ada mengikut kerajaan negeri atau kerajaan pusat, maka terdapat juga sebahagian kaedah hafazan yang digunakan oleh sesebuah maahad yang tidak diguna pakai oleh maahad tahfiz yang lain.
Berdasarkan hasil dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa para pelajar ini mempraktikkan tiga kaedah menghafaz al-Quran yang paling diminati oleh para pelajar iaitu kedah merujuk kepada tafsir sebelum dan selepas menghafaz al-Quran, kaedah menghafaz dengan hanya mengkhususkan kepada satu mashaf al-Quran sahaja dan kaedah menghafaz secara bersendirian. Manakala kaedah menghafaz al-Quran yang paling tidak digemari oleh para pelajar ini ialah kaedah menghafaz al-Quran secara berkumpulan, diikuti menghafaz al-Quran selepas solat fardhu dan kaedah menghafaz al-Quran dengan melakukan solat taqwiyatul al-Hifzi.
Min 4.2 iaitu darjah persetujuan paling tinggi dicatatkan bagi pernyataan bahawa para responden ini bersetuju bahawa kaedah merujuk kepada tafsir al-Quran terlebih dahulu sebelum dan selepas menghafaz al-Quran banyak membantu mereka mengingati al-Quran dengan lebih baik. Kaedah ini lebih diminati oleh mereka berbanding kaedah-kaedah lain.
Selain itu, min sebanyak 4.2 dicatatkan bagi kaedah menghafaz al-Quran dengan cara hanya mengkhususkan satu mashaf sahaja tanpa menukar mashaf yang berbeza. Perkara ini diperkuatkan lagi oleh satu kajian yang telah dilakukan terhadap kaedah menghafaz al-Quran yang digunakan oleh para pelajar di tiga buah pusat tahfiz yang hampir keseluruhan responden yang dikaji juga memilih kaedah yang sama dalam menghafaz al-Quran.[3]
Seterusnya, min 4.1 dicatatkan bagi kaedah menghafaz al-Quran secara bersendirian. Daripada pemerhatian pengkaji, kaedah ini dipilih oleh pelajar kerana kedamaian dan ketenangan yang ingin diperolehi oleh mereka tanpa gangguan sepanjang mereka menghafaz al-Quran ini. Ia boleh dilakukan di dalam masjid, di dalam kelas, di taman-taman atau di mana-mana sahaja yang disukai oleh pelajar.
Menurut Fatimah Yusof (1996) persekitaran yang bermaklum balas dan kondusif akan membentuk generasi intelek yang berkualiti. Satu elemen yang amat penting di dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif ialah elemen emosi pelajar yang mana akan bertindak sama ada ke arah positif atau negatif dan ini pula dapat mengukur prestasi akademik pelajar berkenaan. Proses pengajaran dan pembelajaran juga harus berlangsung dalam suasana yang kondusif agar pelajar dapat belajar tanpa mengalami sebarang gangguan dan pengajar pula dapat mengajar dengan lancar dan baik tanpa perlu memikirkan masalah yang mungkin timbul akibat daripada persekitaran yang kurang selesa.[4]
Sebaliknya, tidak ramai responden yang bersetuju bahawa kaedah menghafaz secara berkumpulan membantu mereka untuk mengingati al-Quran dengan lebih baik. Keputusan ini dibuat ialah berdasarkan kepada min yang dicatatkan pada persoalan ini yang mana berada pada aras persetujuan yang paling rendah iaitu 2.8 sahaja.
IMPLIKASI DAN CADANGAN DAPATAN KAJIAN
Di bawah ini dinyatakan beberapa cadangan penting untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan kaedah menghafaz al-Quran yang dipraktikkan oleh para pelajar untuk menjaga hafazan mereka dan kepada para guru yang terlibat dengan bidang tahfiz ini. Saranan-saranan ini secara langsung merupakan satu cadangan atau implikasi yang boleh cuba dinilai dan dilihat oleh institut pengajian tahfiz, guru-guru serta tenaga pengajar, ibu bapa serta para pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran.
Menghafaz al-Quran bukannya suatu kewajipan, bahkan ia merupakan satu anugerah Allah SWT yang tidak ternilai kepada mana-mana makhluk yang dikehendakinya. Menghafaz juga menjadi suatu yang senang dan menjadi suatu yang sukar bagi sesetengah individu. Tetapi apa yang lebih penting ialah menjaga hafazan itu adalah suatu kewajipan yang akan dipertanggungjawabkan ke atas para huffaz yang melupai hafazannya. Justeru, para pelajar seharusnya merasai dan menyedari betapa besar dan beratnya tanggungjawab mereka untuk menjaga hafazan al-Quran mereka selama ini.
Para guru digalakkan memberikan maklumat, gambaran, pengalaman kepada para pelajar tentang cara terbaik untuk menghafaz al-Quran. Walau bgaimanapun, para pelajar ini mendakwa bahawa mereka selesa menggunakan kaedah yang mereka rasakan bersesuaian dengan cara mereka sendiri, tetapi para guru boleh menggalakkan mereka untuk mencuba kaedah-kaedah yang diaplikasikan oleh ulama’-ulama’ terdahulu. Kaedah tersebut lebih memberikan hasil yang mantap berbanding kaedah-kaedah semasa ini. Justeru, pengkaji percaya bahawa melalui gabungan antara kaedah tradisional dan baru mampu memberikan hasil yang maksima kepada para pelajar bagi meningkatkan lagi tahap ingatan mereka dalam hafazan al-Quran.
Terdapat banyak kaedah menghafaz al-Quran yang dilihat mampu memberikan hasil yang berkesan dan mantap dalam meningkatkan tahap ingatan para pelajar dalam hafazan al-Quran. Menurut Abdul Hafiz rtc all (2003:158), tiga kaedah hafazan utama yang paling berkesan dalam kaedah menghafaz yang digunakan oleh pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al-Quran, Pulai Chondong, Kelantan, Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor, Jogra Banting dan Institut Tahfiz Al-Quran, Negeri Sembilan ialah kaedah memperdengarkan hafazan baru (tasmi’), menghafaz seperti biasa, dan buku tulisan ayat. Ini bermakna kebanyakan pelajar maahad tahfiz bersetuju dan bersependapat tentang kaedah hafazan yang berkesan ialah melalui kaedah tasmi’. Fenomena ini berlaku ialah impak daripada penggunaan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru-guru di maahad tahfiz tersebut. Begitu juga dengan kaedah menghafaz menggunakan buku tulisan ayat, kaedah yang dianjurkan oleh pihak pentadbir ini akan memudahkan pelajar untuk menghafaz dengan lebih teratur dan sistematik.[5]
Selain itu, kaedah-kaedah lain yang boleh dipraktikkan oleh para pelajar ialah seperti kaedah Turki. Menurut Abdul Hafiz & Norhanan (t.tt: 9), kaedah ini mempraktikkan hafazan dari helaian belakang untuk tiap-tiap juzuk dan memulakan tasmi’` dengan juzuk 1, pada muka surat akhir (al-Quran cetakan Saudi) yang dianggap mereka sebagai helaian pertama digelar sayfar 1 dalam bahasa Turki. Menghafaz melalui kaedah ini banyak membantu dalam mengurangkan risiko hafazan mudah luput dari ingatan huffaz kerana mereka akan sentiasa mengulang hafazan baru dan lama serta jarak masa yang diambil untuk mengulang kembali adalah tidak lama berbanding sistem lain yang akan menamatkan satu-satu juzuk terlebih dahulu barulah berpindah ke juzuk seterusnya.[6]
Abdul Hafiz dan Hasyimah (2004:2) menyatakan bahawa kepelbagaian kaedah menghafaz al-Quran itu mampu dipraktikkan oleh para pelajar. Antaranya kaedah memisahkan al-Qur’an kepada juzuk, kumpulan surah dan sebagainya, kaedah membahagikan juzuk kepada hizb, rubu’ dan sebagainya, kaedah memahami ayat-ayat yang akan dihafaz, kaedah minda fotografi (tumpu dan ingat), kaedah mengulang-ulang bacaan sebelum menghafaz dan selepas menghafaz ayat-ayat tertentu, kaedah merakam suara, kaedah mindmaping dan banyak lagi. Ia boleh diketahui melalui pengalaman guru-guru, pembacaan, kursus-kursus dan lain-lain.[7]
PENUTUP
Kesimpulannya, menghafaz al-Quran memerlukan kepada kebijaksanaan memilih kaedah yang sesuai dan tepat. Kaedah yang digunakan ini adalah amat penting bagi menjamin keberkesanannya di dalam mendalami ilmu ini. Jadi, usaha yang padu dalam kalangan para pelajar, pentadbiran, guru-guru, rakan-rakan dan sebagainya memainkan peranan yang cukup besar bagi melahirkan para huffaz yang mempunyai kualiti hafazan yang mantap dan lancar agar suatu hari nanti akan lahirnya mereka yang betul-betul menjaga serta mempertahankan kesucian ilmu al-Quran ini sehingga ke akhir zaman.
[1] Abdulrahman Lubis. 2011. Tips Menghafal al-Quran bagi Profesional. Pustaka al-Ehsan. Batu Caves. Selangor.
[2] Neuman W. Lawrence. 2000. Social Research Method : Qualitatives and Quantitatives Approaches. USA. Pearson.
[3] Abdul Hafiz bin Abdullah, Ajmain bin Safar, Mohd Ismail bin Mustari, Azhar bin Muhammad Idris bin Ismail. 2003. Keberkesan Kaedah Hafazan di Pusat Tahfiz.UTM. h.158
[4] Faimah Yusof, Salehaton Hussien Sazally. 1996. Perancangan Persekitaran Dan SosialPelajar Untuk Pembelajaran Pelajar-PelajarKajian Seni Bina, Perancangan Dan UkurKajian Kes : Jabatan Perancangan Bandar Dan WilayahInstitut Teknologi Mara. h.2
[5] Abdul Hafiz bin Haji Abdullah. 2003. Keberkesanan Kaedah Hafazan Di Pusat Tahfiz. Skudai: Research Management Centre Universiti Teknologi Malaysia.
[6] Abdul Hafiz Bin Abdullah, Norhanan Binti Abdul Rahman. t.tt. Kaedah Hafazan Al-Quran Sistem Turki: Kajian Di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
[7] Abdul Hafiz bin Haji Abdullah & Hashimah Haji Muda. 2004. Kaedah Hafazan Al-Qur’an Yang Sistematik dan Praktikal dalam Melahirkan Para Huffaz Yang rasikh. Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial. Universiti Teknologi Malaysia