Mahasiswa Kursus Kokurikulum Berkredit (Bola Sepak) dengan kerjasama Kelab Bola Sepak KIAS di bawah Pusat Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah (Tertutup) KIAS pada Sabtu, 11hb Mac 2023. Kejohanan yang diadakan bertempat di Padang Bola Sepak KIAS telah disertai oleh enam pasukan dalam kalangan mahasiswa KIAS. Kejohanan tersebut bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari.

 Antara objektif penganjuran kejohanan pada kali ini adalah sebagai pendedahan kepada mahasiswa dalam menguruskan sesuatu projek atau program serta mewujudkan semangat kesukanan dan kerjasama antara mahasiswa terutama dalam kalangan urusetia kejohanan. Selain itu, kejohanan ini juga menjadi wadah dalam pencarian dan pengesanan bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak oleh kelab. Ianya sangat penting bagi menghadapi persaingan dalam kejohanan-kejohanan sukan bola sepak yang diadakan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi.

 Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah kejohanan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Lina Malini binti Mat Nafi, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Turut hadir dalam majlis penutup adalah Ustaz Wan Ahmad Ikmal bin Wan Mohamed @ Adnan, Ketua Pusat Kokurikulum dan En. Huzaini bin Hashim, Penasihat Kelab Bola Sepak KIAS. Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah (Tertutup) KIAS bagi tahun 2023 ini telah dimenangi oleh pasukan CORRO FC. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed