PROGRAM BENGKEL PROFESIONALISME STAF AKADEMIK KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)
Program Bengkel Profesionalisme Staf Akademik KIAS telah diadakan pada 21 Jun 2022 bertempat di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana Kota Bharu. Inisiatif Bahagian Hal Ehwal Akademik & Penyelidikan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme staf akademik dengan menambah baik kemahiran dan kompetensi diri berdasarkan perubahan persekitaran ke arah Pembelajaran Abad ke-21, Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) dan menekankan penggunaan Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs). Selain itu, untuk pemantapan proses pengajaran dan pembelajaran. Penceramah jemputan bagi program ini ialah YBhg Ts. Dr. Mohd Shahrul Nizam Mohd Danuri, Pengarah Pusat Pembelajaran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Terima kasih pada semua yang terlibat, semoga komitmen dan kesungguhan yang dipamerkan oleh para pensyarah KIAS memberikan impak positif terhadap pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar KIAS.