LAPORAN AKTIVITI KELAB SENI BUDAYA (KIAS)
PROGRAM : Festival Lestari Tradisi (LESTRA FEST 2019) Sayembara Puisi 2019
ANJURAN : Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UniSZA, Terengganu
TARIKH : 23 dan 24 November 2019 (Sabtu dan Ahad)
PESERTA : Abdul Hafiz bin Sa’edi (Jabatan Al-Syariah) (16021468)
PENCAPAIAN: Tempat Ketiga Kategori IPT
LAPORAN :
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) telah dinobatkan sebagai pemenang Tempat Ketiga Kategori IPT di pentas Sayembara Puisi 2019 sempena Festival Lestari Tradisi (LESTRA FEST 2019) anjuran Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UniSZA, Terengganu, pada hujung minggu yang lepas. Wakil KIAS iaitu Saudara Abdul Hafiz bin Sa’edi dari Jabatan Al-Syariah, telah berjaya ke pusingan akhir selepas berentap dengan 13 orang peserta yang lain pada pusingan saringan. Melalui deklamasi sajak bertajuk ‘Bunga Kasih di Laman Anugerah’ karya Fairuzan A. Majid, wakil KIAS adalah di antara tiga orang peserta pentas akhir di dalam kategori IPT bersama-sama wakil UNITEN dan UniSZA. KIAS amat berbangga dengan pencapaian yang diraih ini dan mengharapkan agar peluang sebegini dibuka lagi untuk lebih ramai wakil KIAS bergema di pentas sayembara puisi di seluruh Malaysia.