INTERNASIONAL SYMPOSIUM OF QURANIC EXEGESIS
Pada 5 September 2024 (Khamis), YABrs. Prof. Madya Dr. Haji Mazlan bin Ibrahim telah merasmikan program Internasional Symposium of Quranic Exegesis di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Tujuan simposium ini diadakan adalah untuk memberikan platform kepada ahli akademik dan para professional dari berbagai bidang berkongsi hasil penyelidikan baru dan perkembangan dalam bidang berkaitan.
Tetamu jemputan khas iaitu Syeikh Dr Abdul Kafi. Anggota Ittihad merupakan ulama sedunia yang mahir dalam bidang Tafsir. Berasal dari Syria (Halabi) dan menetap di Bahrain dan pernah mengajar di Madinah, Jami’ah Thayyibah selama 30 tahun. Beliau menjadi Imam di sebuah Masjid berdekatan dengan Masjid Quba’.
Simposium seperti ini merupakan forum penting untuk memajukan ilmu pengetahuan, memperkuatkan kajian ilmiah dan mendorong inovasi dalam pelbagai bidang.