Previous slide
Next slide
Kota Bharu, 2 Disember 2024 – Kolej Universiti Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) telah mengaktifkan kembali KIAS-KHIDMAT yang telah ditubuhkan pada 2015 bagi Misi Segera Bantuan Banjir 2024 seusai dari Mesyuarat Jawatankuasa Induk KIAS KHIDMAT. Majlis ini telah diadakan dengan penuh semangat dan dihadiri oleh pelbagai Unit yang terlibat dalam usaha bantuan tersebut.
Majlis ini disempurnakan Pengerusi program, Prof. Dr. Mazlan Bin Ibrahim, yang juga merupakan Rektor KIAS dengan mendapat sokongan penuh Penaung program, Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd Yusof (Pengerusi KIAS Insani Sdn. Bhd.) Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi program iaitu Dr. Nurul Akma Binti Mohamed (Timbalan Rektor HEA), Dr. Tuan Sapuan Bin Tuan Ismail (Timbalan Rektor HEP), dan En. Mohd Khairil Hazmie Bin Yusof (Pendaftar KIAS).
Antara fokus utama jawatankuasa ini adalah untuk mengumpul dana, menyelaras bantuan dan memastikan pelajar dan staf KIAS dan mangsa yang terkesan oleh banjir menerima bantuan dengan segera.
Inisiatif ini merupakan salah satu usaha murni KIAS dalam membantu komuniti yang terjejas oleh bencana banjir dan memperkukuhkan semangat kesukarelaan serta kebersamaan dalam kalangan warga KIAS dan masyarakat setempat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Fill out this field
Fill out this field
Sila masukkan alamat emel yang sah.
You need to agree with the terms to proceed