Previous slide
Next slide

Pada 19 Februari 2025, satu kunjungan hormat daripada Majlis Perundingan Wanita Kubang Kerian telah diadakan di KIAS. MPWP merupakan organisasi yang mengutamakan penglibatan wanita dalam bidang ekonomi serta menyuarakan suara untuk kesejahteraan wanita.

Secara umum, kunjung hormat ini bertujuan untuk menjalin hubungan antara MPW dan KIAS. Perbincangan juga menyentuh mengenai pelbagai isu sosial, ekonomi, dan politik yang memberi impak kepada wanita, serta perancangan untuk meningkatkan penyertaan dan sokongan terhadap wanita.

Dalam perjumpaan ini juga, pihak MPWP bersetuju memperkenalkan KIAS kepada masyarakat untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi di KIAS. Di samping itu, pihak MPWP berjanji akan berfungsi sebagai badan yang menyalurkan maklumat mengenai isu-isu yang berkaitan tingkah laku pelajar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Fill out this field
Fill out this field
Sila masukkan alamat emel yang sah.
You need to agree with the terms to proceed