Pada 19 Mac 2025 (Rabu) satu kunjungan hormat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah diadakan di KIAS. Pihak DBP dihadiri oleh YM Pn. Tengku Fauziah binti Ku Mat, Ketua Editor Bahagian Buku Umum, Pn. Marsilawati binti Mohamad Rani, Editor Kanan Bahagian Buku Umum dan En. Mohamad Hazim bin Mohd Zahari, Editor Bahagian Buku Umum, DBP.
Pihak KIAS pula diketuai oleh YABrs. Prof. Madya Dr. Haji Mazlan bin Ibrahim, Rektor KIAS, pengurusan tertinggi seta Dekan-dekan.
Selari dengan matlamat utama DBP untuk menjadi hab penerbitan buku agama khususnya di Malaysia, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menawarkan kerjasama dengan pihak KIAS untuk menerbitkan karya ilmiah berunsur agama dalam pelbagai bidang seperti pengurusan, muamalat, Usuluddin dan Syariah serta pendidikan awal kanak-kanak. Usaha ini dapat memperkukuh peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu dan pembudayaan ilmu serta mempromosikan KIAS kepada orang ramai.