Kunjungan Hormat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
Pada 12 September 2024, KIAS telah menerima kunjungan hormat daripada Yapeim Negeri Kelantan. Tujuan perjumpaan adalah untuk mewujudkan kerjasama dalam pembangunan pendidikan di Malaysia. Pelbagai inisiatif yang disediakan oleh pihak Yapeim seperti bantuan sosial melalui penganjuran atau penajaan sumbangan program, bengkel, seminar, persidangan, penulisan dan buku.
Melalui hasil perbincangan, pihak Yapeim bersedia membantu pihak KIAS dalam melaksanakan aktiviti / program berkaitan selaras dengan peranan KIAS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam di negeri Kelantan yang menawarkan program-program pengajian yang berteraskan Islam bagi menyediakan modal insan yang dapat memenuhi keperluan masyarakat.