Pada 26 Ogos 2024, pihak Kelantan Gold Trade telah mengadakan kunjungan hormat ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Pihak KGT diketuai oleh Encik Wan Muhammad Najahuddin bin Wan Fuad, Pengurus Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkenalkan Kelantan Gold Trade sebagai entiti yang terlibat dalam perdagangan emas di negeri Kelantan dan membincangkan peluang kerjasama strategik dalam sektor kewangan Islam, pelaburan emas, serta produk-produk berkaitan.
Pihak KGT memberi penerangan ringkas tentang sejarah penubuhan KGT, misi, visi, dan produk utama yang ditawarkan.
Pihak KIAS pula menyatakan hasrat untuk melihat dengan lebih lanjut tawaran kerjasama serta manfaat yang bakal dinikmati bersama dalam rangka menaikkan martabat penggunaan dinar dan dirham dalam kalangan penduduk negeri ini.