Previous slide
Next slide
Majlis Penyerahan “Mock Cheque” Daripada Family Etika Takaful kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Sesi penyampaian “mock cheque” telah diadakan pada 11 September 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Menteri Besar Kelantan, Kompleks Kota Darulnaim. Penyerahan “mock cheque” ini telah disampaikan oleh Encik Zafri bin Ab Halim, Ketua Pegawai Eksekutif, eTiQa Family Takaful Berhad kepada Prof. Dr. Mazlan bin Ibrahim, Rektor KIAS.

Proses penyerahan dilakukan dengan disaksikan oleh oleh YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Dato’ Hj. Mohd Nassuruddin Hj. Daud, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir bersama adalah YB Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KIAS Darulnaim Sdn. Bhd.


Melalui sokongan berterusan daripada Family eTiQa Takaful, ia akan membantu KIAS di dalam membina reputasi tinggi dan berdaya saing, yang menjunjung imej dan aspirasi Kerajaan Negeri dalam melahirkan generasi muslim yang berilmu, bertaqwa dan progresif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Fill out this field
Fill out this field
Sila masukkan alamat emel yang sah.
You need to agree with the terms to proceed