Pada 26 Februari 2025 – KIAS menerima bantuan musibah banjir daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).
Sumbangan ini dapat membantu meringankan bebanan mangsa banjir dalam kalangan warga KIAS berjumlah RM23,000.00 menerusi bantuan musibah banjir yang disampaikan oleh Encik Nik Mohd Nurul Ihsan bin Salleh (Pengurus Wilayah Timur) dan Puan Che Nor Azila binti Che Ghani (Pengurus Negeri YAPEIM Kelantan).
Program ini merupakan salah satu di antara pelbagai inisiatif pihak YAPEIM yang memfokuskan kepada bantuan musibah / bencana dan bantuan kewangan pendidikan.