9/7/2024 – Alhamdulillah, Pusat Pembangunan Kemahiran KIAS (KIASDEC) telah mendapat kelulusan kuota berinsentif 2/2024 bagi menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 Pengoperasian Masjid.
Susulan daripada itu, Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pelaksanaan Program SLDN Berinsentif 2024 diadakan pada 9 Julai 2024 bertempat di Dewan Kuliah Utama Institut Latihan Perindustrian Marang (ILP Marang) kepada semua Pusat Bertauliah yang telah mendapat kelulusan kuota tersebut.
KIASDEC diwakili oleh Pengarah, Ustaz Md Saifullah Nik Abdullah yang hadir untuk menerima surat tawaran dan seterusnya menandatangani surat setuju terima (SST) dalam majlis tersebut.
Turut bersama dalam majlis tersebut ialah Ustaz Muhd Zulfadli Suhaimi (Timbalan Pengarah KIASDEC), Ustaz Mohd Arash Amran (Penyelaras Program Pengoperasian Masjid) dan Ustaz Ahmad Asraff Sanawi Ismail (Pengajar SKM Tahap 1 Pengoperasian Masjid) untuk mendengar taklimat khas berhubung pelaksanaan Program SLDN Berinsentif daripada pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Semoga usaha penawaran SKM pertama di bawah KIASDEC yang telah pun berada di fasa akhir ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah.