Kelas Talaqqi Qiraat Al-Quran Bersanad (PERGERAQ)

Pusat Kursus Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (PKPII)

MUQADDIMAH

Suatu yang tidak boleh disangkalkan, bahawa metod utama dalam menerima dan mengambil al-Quran oleh imam qurra’ dan para ulama’ adalah dengan jalan talaqqi dan al-musyafahah (membaca secara bersemuka) dan bersandar kepada sanad yang silsilahnya sampai kepada Rasulullah agar keaslian ilmu terpelihara. Justeru Pusat Kursus Pengajian Ilmu-ilmu Islam (PKPII) merasakan amat wajar menjadikan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sebagai satu platform kepada masyarakat dalam mendalami ilmu al-Quran secara talaqqi dan musyafahah dengan menawarkan Kelas Talaqqi Qiraat al-Quran Bersanad (KQTA). Ini juga bertepatan dengan kehendak seamasa masyarakat kita yang amat memerlukan bimbingan dan intensif daripada pakar yang bersanad dan berwibawa dalam bidang tersebut.

 

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan pembelajaran dan pengajian al-Quran dengan manhaj talaqqi dan musyafahah yang benar iaitu berhadapan dengan guru yang sudah diverifikasi bacaannya.
  2. Menambah pengetahuan peserta tentang ilmu tajwid dan ilmu Qiraat melalui pembentangan tajwid dan ilmu Qiraat daripada pakar dalam bidang tersebut.
  3. Melahirkan guru-guru al-Quran yang berkualiti dan berwibawa dan dianugerahkan sanad talaqqi al-Quran bersambung kepada Rasulullah s.a.w.

TEMPOH PENGAJIAN

Modul

Tempoh Pengajian

1

4 bulan

2

5 bulan

3

4 bulan

4

5 hulan

5

4 bulan

6

5 bulan

KANDUNGAN KURSUS

Talaqqi :

Peserta akan bertalaqqi al-Quran mengikut juz yang telah ditetapkan sepertimana berikut :

 

Modul

Bacaan Juzu’

1

1-5

2

6-10

3

11-15

4

16-20

5

21-25

6

26-30

Kelas Tajwid :

Pembentangan kertas kerja berhubung ilmu tajwid bagi riwayat Hafs akan diadakan sebanyak dua kali setiap modul. Semua peserta dikehendaki hadir pada sesi pembentangan tersebut yang akan dijalankan selama 2 jam setiap pembentangan. Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan dalam sesi pembentangan tersebut ialah :

Tajuk

Modul

1.           Pengenalan Ilmu Tajwid Isti’azah

2.           Basmalah

3.           Hamzah Wasal

4.           Hamzah Qata’

5.           Nun Sakinah Dan Tanwin

6.           Mim Sakinah

1

1.           Makhraj Huruf

2.           Sifat Huruf

2

1.           Mad Dan Qasr

3

1.           Waqaf Dan Ibtida’

4

1.           Lahn

2.           Takbir

3.           Sujud Tilawah

4.           Perbezaan Tariq al-Syatibi Dan Jazari

5.           Tafkhim Tarqiq

5

TENAGA PENGAJAR

Tenaga pensyarah terdiri daripada pensyarah KIAS. Mereka adalah ;

 

Guru Talaqqi :

 

  1. Ustaz Wan Ismail Bin Abd. Halim
  2. Ustaz Mohd Nurul Hisyam Bin Mohamed
  3. Ustaz Ahmad Mukhlis Bin Mustaffa
  4. Ustaz Anuwa Bin Che Othman
  5. Ustaz Shamsuddin Bin Taib
  6. Ustaz Ahmad Afifi Bin Fauzi
  7. Ustaz Irfan Bakti Bin Mohamed
  8. Ustaz Md Saifullah Bin Nik Abdullah
  9. Ustaz Mohamad Asyraf Bin Mohd Anuar
  10. Ustaz Mohamad Shafiz Zulfika Bin Sa’ari
  11. Ustaz Mohamad Zul Ikhwan Bin Zahari
  12. Ustaz Mohd ismani Bin Yusoff
  13. Ustaz Mohd Rahimi Bin Abdul Rahim
  14. Ustaz Mohd Taufiq Bin Mohamed
  15. Ustaz Muhammad Amirullah Bin Rusli
  16. Ustaz Zamani Bin Ibrahim

Guru Tajwid :

  1. Ustaz Muhammad Amiri Bin Ab. Ghani
  2. Ustaz Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail
  3. Ustaz Dusuki Bin Abdul Rahman
  4. Ustaz Ahmad Muhklis Bin Mustaffa
  5. Ustaz Mohd Nurul Hisyam Bin Mohamed

WAKTU KELAS

Kelas akan diadakan sepertimana berikut :

Hari : Jumaat / Sabtu

Slot waktu antara 
( 8.30pg – 12.30tgh @ 2.30 – 6.30ptg )

YURAN

Bayaran yuran yang dikenakan bagi SETIAP MODUL termasuk nota pengajian adalah sebagaimana berikut;

Yuran Pendaftaran        : RM 50.00

Yuran Pengajian           : RM 375.00

Bayaran boleh dibuat secara ansuran. Bayaran ansuran pertama RM125.00 perlu dibayar semasa hari pendaftaran.

Sekiranya peserta belum khatam pada modul keenam, bayaran yuran sebagaimana berikut :

  • RM 375.00 / 1 modul ( 4 jam 30 minit bacaan talaqqi )

PENILAIAN

Penilaian ke atas penguasaan dan kemahiran peserta dalam membaca al-Quran akan dijalankan setiap selepas 5 bulan KQTA berjalan dengan mengadakan peperiksaan berikut :

  1. Syafawi (40%)      Bertulis (60%)

IJAZAH SANAD & SIJIL PENGAJIAN

Sijil akan diberikan mengikut kategori berikut :

  1. Sijil Akuan Talaqqi Qiraat Al-Quran bagi setiap 10 juz yang dibaca.
  2. Ijazah Sanad Talaqqi Qiraat al-Quran : Peserta yang khatam pengajian talaqqi Qiraat al-Quran bermula surah al-Fatihah hingga surah al-Nas dengan syarat tambahan iaitu menduduki ujian syafawi dan bertulis serta memperolehi pencapaian dalam peperiksaan sekurang-kurangnya 80% dan ke atas.
  • Sijil Akuan Talaqqi Qiraat Al-Quran Surah Al-Fatihah hingga Surah al-Nas : Peserta yang khatam pegajian talaqqi Qiraat al-Quran dan tidak mengambil peperiksaan.