Kursus Sijil Pengajian Islam

Kursus Sijil Pengajian Al-Quran Wal-Qiraat

MUQADDIMAH

  Sabda Nabi s.a.w “Sebaik-baik kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya.” (Hadith Riwayat Bukhari)

  Ilmu al-Quran sebenarnya amat luas untuk diterokai. Salah satu cabang ilmu al-Quran ialah bersangkut paut dengan kaedah pembacaan yang betul sepertimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Ianya dikenali sebagai ilmu Tajwid. Penurunan al-Quran daripada Allah s.w.t dengan beberapa qiraat sewajarnya juga diambil tahu dan ditalaqqi daripada guru yang mursyid. Pembacaan al-Quran secara bertarannum yang betul sebenarnya pula akan lebih memikat hati pembaca itu sendiri untuk terus membasahi lidahnya dengan mengalunkan Kalamullah. Begitu juga hati akan lebih khusyuk andainya pembaca dapat memahami ayat-ayat yang dilantunkan. Akhirnya dengan kefahaman yang betul terhadap sesuatu tuntutan Ilahi ianya akan menjadi mudah kepada seseorang insan untuk tunduk taat serta patuh segala perintah Allah s.w.t.

  Penawaran pengajian Sijil Al-Quran Wal Qiraat yang mengandungi modul-modul berkaitan Tajwid al-Quran, Tahsin al-Quran, Tartil al-Quran, Qiraat al-Quran dan Tilawah al-Quran merupakan satu usaha ke arah membina generasi al-Quran berilmu dan beramal dengan al-Quran.

OBJEKTIF

Melalui kursus ini diharapkan para peserta dapat mencapai objektif berikut :

 

  1. Bermotivasi dalam menimba ilmu al-Quran bagi tujuan memperelokkan bacaan, memahami dan menghayati ayat-ayat yang dibaca.
  2. Mengetahui ilmu yang berkaitan dengan al-Quran seperti Pengantar al-Quran, Pengantar Qiraat, Pengantar Tarannnum, Rasm al-Mushaf, al-Fawasil, Tafsir dan adab-adab membaca al-Quran.
  3. Memahami ilmu Tarannum dan Qiraat al-Quran yang mutawatirah daripada Qiraat Tujuh dan Qiraat Sepuluh dari segi teori dan praktikal.
  4. Menguasai Asas Tarannum dan Asas bacaan Qiraat Sepuluh.

TEMPOH PENGAJIAN

  • Modul Tajwid Al-Quran – 48 jam 12 minggu
  • Modul Tahsin Al-Quran – 36 jam 12 minggu
  • Modul Tartil Al-Quran – 48 jam 12 minggu
  • Modul Qiraat Al-Quran – 144 jam 36 minggu
  • Modul Tilawah Al-Quran – 72 jam 18 minggu

MODUL TAJWID AL - QURAN

TAHAP 1 ( 18 Jam )

TAHAP 2 ( 18 Jam )

Tahsinul Quran

Tilawah Al-Quran

Dhabt Al-Mushaf

Hafazan

 

MODUL TARTIL AL - QURAN

TAHAP 1 ( 24 Jam )

TAHAP 2 ( 24 Jam )

Al-Tafsir al Maudhu’i 1

Al-Tafsir al Maudhu’i 2

Ilmu Tajwid 1

Ilmu Tajwid 2

Asas Bahasa Arab

Pengantar Al-Quran

MODUL QIRAAT AL - QURAN

TAHAP 1 ( 24 Jam )

TAHAP 2 ( 24 Jam )

Pengantar Ilmu Qiraat

Rasm al-Mushaf

Farsy al-Huruf

Ilmu al-Fawasil

Usul Qiraat Nafi’

Usul Qiraat Ibnu Kathir

TAHAP 3 ( 24 Jam )

TAHAP 4 ( 24 Jam )

Qiraat Amaliyyah 1

Usul Qiraat ‘Asim

Pengaruh Qiraat Terhadap Makna Ayat

Usul Qiraat Ibn ‘Amir

 

Usul Qiraat Abi ‘Amr

 

TAHAP 5 ( 24 Jam )

TAHAP 6 ( 24 Jam )

Usul Qiraat Al-Kisa’i

Qiraat Amaliyyah 2

Usul Qiraat Hamzah

Jama’ Qiraat Al-Sab’

MODUL TILAWAH AL - QURAN

TAHAP 1 ( 24 Jam )

TAHAP 2 ( 24 Jam )

Pengantar Ilmu Tarannum

Seni Tarannum   Al-Quran

Ilmu Sout

Jama’ Qiraat ‘Asyara 1

Tarannum Amali

( Bayyati Dan Hijaz)

Tarannum Amali (Saba, Nahawand Dan Husaini)

TAHAP 3 ( 24 Jam )

Bahasa Al-Quran Harfiyah

Jama’ Qiraat ‘Asyara 2

Tarannum Amali (Rast, Sikah Dan Jaharkah)

TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar terdiri daripada pensyarah KIAS dan guru yang berpengalaman.Mereka adalah :

 

  1. Ahmad Mukhlis Bin Mustaffa
  2. Dr Lina Malini Bt Mat Nafi
  3. Dr Mohd Azhar Bin Abdullah
  4. Dr Muhammad Nasron Bin Yaacob
  5. Hassan Ash–Shukry Bin Abdullah
  6. Hj Mohd Hussin Bin Mohd Yunus
  7. Mohd Jismani Bin Yusoff
  8. Mohd Nurul Hisyam Bin Mohamed
  9. Muhammad Amiri Bin Ab Ghani
  10. Wan Ahmad Ikmal Bin Wan Mohamed Adnan
  11. Wan Ismail Bin Abd Halim
  12. Wan Mohd Al Hafiz Bin Wan Mustapa

WAKTU KULIAH

Kuliah yang ditawarkan bagi sesi ini adalah sebagaimana berikut :

Modul

Masa

Hari

Modul Tajwid Al-Quran

8.30 pg -12.30 tgh

Jumaat

Modul Tahsin Al-Quran

8.30 pg -12.30 tgh

Jumaat

Modul Tartil Al-Quran

3.00-6.00 ptg

Jumaat

Modul Qiraat Al-Quran

8.30-12.30 tgh

Jumaat

Modul Tilawah Al-Quran3.00-6.00 ptgJumaat

YURAN

1)   Modul Tajwid Al-Quran

: RM 320/1Tahap

2)  Modul Tahsin Al-Quran

: RM 250/1Tahap

3)   Modul Tartil Al-Quran

: RM 320/1Tahap

4)  Modul Qiraat Al-Quran

: RM 320/1Tahap

5)  Modul Tilawah Al-Quran

: RM 320/1Tahap

6) Modul Qiraat Al-Quran

RM 320 (Tahap 1 – 5)

RM 250 (Tahap 6)

 Bayaran boleh dibuat secara ansuran. Bayaran ansuran pertama RM100.00 perlu dibayar semasa hari pendaftaran.

PENILAIAN

Ujian dijalankan bagi tujuan menilai tahap pencapaian peserta. Walaubagaimanapun peserta tidak diwajibkan menduduki ujian tersebut. Peserta yang mengambil ujian akan dinilai berdasarkan aspek berikut ;

  1. Bertulis                     ii.   Lisan

PENILAIAN

Peserta yang mengikuti mana-mana modul akan diberikan sijil mengikut kategori berikut :

  1. Sijil Lulus Berpangkat : bagi peserta yang lulus dalam peperiksaan tersebut
  2. Sijil Penyertaan : bagi peserta yang gagal atau tidak mengambil peperiksaan tersebut.

Sijil pengajian Al-Quran Wal-Qiraat akan diberikan kepada peserta yang mengikuti kesemua modul yang ditawarkan mengikut kategori berikut :

  1. Sijil Lulus Berpangkat : bagi peserta yang lulus dalam peperiksaan tersebut
  2. Sijil Penyertaan : bagi peserta yang gagal atau tidak mengambil peperiksaan tersebut.