Pengenalan Institut Bahasa Antarabangsa (IBA)

PENDAHULUAN

1.1.  INSTITUT BAHASA ANTARABANGSA singkatannya IBA telah ditubuhkan pada tarikh  16 Muharram 1440 / 26 Setember 2018 dengan pelantikan seorang Penyelaras IBA

1.2:  IBA di bawah pentadbiran terus Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

1.3:  IBA dipertanggungjawabkan memberikan perkhidmatan pembelajaran bahasa-bahasa antarabangsa utama dunia. Fokus utama diberikan kepada modul-modul Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan aktiviti terjemahan dan Rujukan Bahasa.

VISI

Menjadi peneraju bahasa antarabangsa yang utama di rantau ini.

MISI

Memperkasa modal insan rabbani yang menguasai bahasa antarabangsa bagi menerokai pelbagai ilmu, bidang dan kemahiran untuk memimpin ketamadunan Islam.

MISI

Moto: Peneraju Bahasa Antarabangsa

                                                                                             Slogan: Sahabat Bahasa Anda

MATLAMAT

3.1.   Memantapkan ilmu dan kemahiran bahasa antarabangsa yang utama di dunia menerusi pembelajaran bahasa secara holistik.

3:2.   Menjadi pusat rujukan utama bagi pembelajaran bahasa antarabangsa dan terjemahan.

3.3.   Memperluas jaringan akademik dan intelek melalui pengantarabangsaan bahasa  di Nusantara, Asia, Timur Tengah dan Barat dan Eropah.

PERANAN & AKTIVITI

4.1.   Menyediakan kursus-kursus bahasa antarabangsa, khususnya Arab, Inggeris, Melayu dan Mandarin untuk semua, termasuk membantu pelajar KIAS, pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian ke luar negara, kaki tangan kerajaan atau swasta dan orang awam yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa mereka.

4.2. Menawarkan beberapa program yang menyediakan instruksi bahasa Arab, Inggeris, Melayu dan Mandarin secara intensif kepada pelajar antarabangsa yang ingin memasuki universiti, atau untuk kegunaan peribadi atau profesional lain melalui tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman

4.3.  Menjalankan fungsi sebagai pusat terjemahan bahasa yang akan mengendalikan hal ehwal berkaitan terjemahan, jurubahasa dan pemindahan ilmu di semua peringkat sama ada kebangsaan mahupun antarabangsa.

FALSAFAH DAN POLISI INSTITUT

5.1. Mengenal pasti dan menghormati hasrat pelajar untuk memberi khidmat pembelajaran bahasa yang efektif untuk memperkasa kemahiran bahasa.

5.2. Memberikan perkhidmatan bahasa yang berdasarkan piawaian pihak berkenaan sama ada dalam negara dan luar negara. 

5.3. Mengadakan pendidikan bahasa melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

5.4. Menyediakan dan memberikan latihan kemahiran dan kepakaran bahasa antarabangsa bagi tenaga pengajar melalui latihan, kursus dan pertukaran kepakaran dalam dan luar negara.

5.5. Menjalankan aktiviti terjemahan dan rujukan secara profesional dan mengikut piawaian dan tahap yang terbaik.

SKOP PERKHIDMATAN

7.1 Perkhidmatan kepakaran akademik bagi semua bahasa utama dunia. Fokus utama diberikan kepada modul-modul Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan ativiti terjemahan dan rujukan bahasa.

BENTUK KURSUS BAHASA YANG DITAWARKAN

8.1.   Terdapat dua bentuk kursus bahasa yang ditawarkan menurut kesesuaian dan keperluan kurikulum seperti berikut.

(i). Kursus Jangka Pendek di antara 1 hingga 3 bulan.

      (i.ii) Kursus Bahasa Arab Timur Tengah.

 Kursus 2 atau 3 bulan ini ditawarkan bagi persiapan pelajar-pelajar yang berhasrat menyambung pelajaran di Timur Tengah seperti Universiti al-Azhar, Mesir, Universiti Zaituniyyah di Tunisai dan Universiti Islam Madinah.

 Kursus ini kebiasaannya ditawarkan pada bulan Jun – Ogos dan amat sesuai bagi pelajar lepasan STAM atau SPM.

 

(i.ii) Kursus Bahasa Arab Tinggi

Kursus dijalankan selama 2 atau 3 bulan bagi persiapan pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat diploma atau ijazah di kolej-kolej atau universiti-universiti tempatan seperti Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Kursus ini kebiasaannya ditawarkan pada bulan Jun – Ogos dan amat sesuai bagi pelajar lepasan SPM.

(i.iii). Kursus Bahasa English Tinggi

Kursus dijalankan selama 2 bulan dan dua kali setahun. Kursus jangka pendek ini bagi persiapan pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat diploma atau ijazah di kolej-kolej atau universiti-universiti tempatan seperti Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Kursus ini kebiasaannya ditawarkan pada bulan Jun – Ogos dan Jun hingga September dan amat sesuai bagi pelajar lepasan SPM.

Dalam pada itu juga, kursus-kursus kaedah pembelajarah Bahasa English kepada guru-guru ditawarkan selama 2 bulan melalui tajaan dana pihak luar yang diusahakan oleh pihak IBA.

(ii). Kursus Hujung Minggu

Kursus bahasa hujung minggu dijalankan pada hari Jumaat atau Sabtu. Pembelajarannya melibatkan masa pengajian antara 20 jam hingga 40 jam, iaitu mengambil masa antara 2 bulan hingga 4 bulan pengajian di hujung minggu sahaja.

Antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut;

(a). Bahasa Arab untuk orang-orang awam seperti Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Arab Ibadat, Bahasa Arab al-Quran.

(b). Bahasa Inggeris untuk orang awam seperti Bahasa Inggeris Komunikasi dan Bahasa Inggeris 

(c). Bahasa Mandarin untuk orang awam dan terbuka seperti Asas Bahasa Mandarin dan Bahasa Mandarin Komunikasi.

(d). Bahasa Malaysia untuk bukan warganegara Malaysia yang kurang faham atau kurang fasih Bahasa Malaysia.

(iii). Bengkel dan Seminar

IBA juga menawarkan dan menjalankan bengkel dan seminar berkaitan pemerkasaan bahasa antarabangsa bersesuaian keperluan masa ke semasa.



KEISTIMEWAAN

  • Bumi “Serambi Mekah” dengan persekitaran biaah solehah di negeri Kelantan dan KIAS menjadi faktor unik bagi kecemerlangan sakhsiah.

 

  • Dokongan padu Kerajaan Negeri Kelantan, dalam usaha menjadikan Negeri Kelantan sebuah pusat pengajian bahasa antarabangsa.

 

  • Tenaga pakar bahasa antarabangsa yang mencukupi.

 

  • Fasiliti dan kemudahan asrama, bilik darjah, dewan, makmal bahasa dan studio yang mencukupi bagi kursus jangka pendek 2-4 bulan.

 

  • Asrama dalam kampus pengajian yang memudahkan dan menjimatkan kos serta menjamin kawalan lebih berkesan.

 

  • Kos yuran pengajian yang rendah kerana lialibiti pengurusan KIAS masih murah seperti elaun pensyarah dan yuran asrama yang murah.

 

  • KIAS berpengalaman menjalankan kursus awam lebih 15 tahun, membuktikan penawaran pengajian KIAS ada kelebihan.

PENUTUP

IBA bersedia memberikan penawaran dan perkhidmatan pembelajaran bahasa antarabangsa menurut keperluan masa depan pelanggan. Masyarakat seluruhnya dialu-alukan untuk mengambil peluang dan manfaat daripada kepakaran IBA dalam usaha bersama menerokai dunia yang hebat. Disediakan: Dr. Mohd Azhar Abdullah (Pengarah IBA)