26 JUN 2024
Perjumpaan Staf Akademik KIAS telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah 8, KIAS. Objektif perjumpaan tersebut adalah untuk mendengar idea- idea dan persoalan yang dilontarkan oleh para pensyarah, menyampaikan secara terus berkenaan situasi yang memerlukan penjelasan dan meningkatkan kebersamaan serta menyelaraskan maklumat dan tindakan. Perjumpaan yang dikendalikan sendiri oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan) ini turut dihadiri oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Pendaftar KIAS yang telah banyak membantu memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang ditimbulkan oleh para pensyarah. Sesi soal jawab telah mendapat sambutan yang hangat di mana seramai 21 orang pensyarah telah mengambil bahagian dalam mengemukakan pelbagai idea dan persoalan.