PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH

PENGENALAN

Pusat Pengajian Siswazah (PPS) diwujudkan bertujuan untuk mengurus segala aktiviti berkaitan dengan pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. PPS diletak di bawah seliaan dan pemantauan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan KIAS yang diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh beberapa orang kakitangan pentadbiran.

OBJEKTIF

PPS ditubuhkan adalah bertujuan untuk :

  1. Menyediakan prasarana yang kondusif bagi melicinkan segala keperluan aktiviti pengajian peringkat pasca siswazah agar berjalan lancar
  2. Melahirkan sarjana yang berkualiti, berdaya saing sesuai dengan aspirasi Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK)
  3. Meneroka dan membentuk rangkaian jaringan kerjasama dengan pihak institusi pengajian tinggi awam atau swasta, agensi kerajaan dan pihak industri dalam dan luar negara melalui program penyeliaan bersama, projek penyelidikan, pelaksanaan seminar serta  inisiatif tajaan dan biasiswa.
  4. Merancang dan melaksana program baharu pasca siswazah berasaskan masyarakat masa kini dengan kerjasama dengan pihak Pusat Penyelidikan serta fakulti-fakulti pengajian di KIAS.

FUNGSI PPS

Antara fungsi atau tugas yang dijalankan oleh PPS adalah seperti berikut :

  1. Bekerjasama dengan fakulti dalam membangunkan program pengajian pasca siswazah yang berkualiti.
  2. Mewujudkan dan melaksanakan garis panduan dan peraturan dalam memastikan kualiti program pengajian siswazah memenuhi piawaian MQA dan KPT
  3. Bekerjasama dengan pihak fakulti dan unit promosi dalam mempromosikan pengajian pasc siswazah
  4. Mengurus hal ehwal kemasukan dan pendaftaran calon pasca siswazah
  5. Mengurus hal yang berkaitan dengan penyeliaan/peperiksaan/pentaksiran
  6. Memastikan segala proses pengijazahan calon pasca siswazah berjalan lancar
  7. Merancang, menyelaras dan mengatur keperluan pembelajaran pasca siswazah termasuk latihan dan bimbingan.
  8. Mentadbir dan mengurus maklumat dan rekod akademik pelajar selaras dengan keperluan kolej universiti.
  9. Merancang dan melaksanakan penilaian berkala ke atas program pengajian, peraturan dan garis panduan berkaitan pengajian pasca siswazah.
DR-MOHD-RAMIZU-BIN-ABDULLAH-@-ZAKARIA-TIMBALAN-KETUA-EKSEKUTIF-520x640
PROF. MADYA DR MOHD RAMIZU BIN ABDULLAH @ ZAKARIA
PENGARAH
LELAKI

PENOLONG PENDAFTAR
LELAKI

PEMBANTU TADBIR