Sekalung Tahniah dirakamkan kepada Puan Nurul Hafiza binti Mat Daud, pensyarah program Diploma Kaunseling di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari KIAS atas pelantikan beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Kelab Sukarelawan Berdaftar Zon Timur bagi sesi 2024/2025.

Watikah pelantikan daripada Lembaga Kaunselor Malaysia telah disampaikan secara rasmi kepada beliau dalam Bengkel Kesihatan Mental Dan Mesyuarat Profesional Sukarelawan Kaunselor Berdaftar Zon Timur 2024, pada 31 Mei – 1 Jun 2024 di Permai Hotel, Kuala Terengganu.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan kepada beliau selaku kaunselor berdaftar yang komited dalam memberi khidmat kepada masyarakat berdasarkan kepakaran yang dimiliki.

Semoga para pensyarah dan kakitangan KIAS terus diberi pengiktirafan kepakaran untuk sama-sama memberi khidmat bakti dan sumbangan yang lebih meluas kepada agama, bangsa dan negara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Fill out this field
Fill out this field
Sila masukkan alamat emel yang sah.
You need to agree with the terms to proceed