Soalan Lazim

KIAS telah ditubuhkan pada 24 Ogos 1999
Komponen-komponen kursus yang diperlukan untuk memenuhi syarat bergraduat ialah
i) Kursus Wajib LAN
ii) Kursus Asas Kolej
iii) Kursus Major Jabatan
iv) Kursus Pilihan Kolej
Peperiksaan Ulangan:
Peperiksaan ulangan boleh diadakan bagi mana-mana pelajar yang memperolehi kebenaran penangguhan peperiksaan semester pada suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dan seboleh-bolehnya diadakan dalam tempoh satu minggu sebelum permulaan semester baru.
Peperiksaan Ulangan Khas:
i. Peperiksaan ulangan khas boleh diadakan bagi mana-mana pelajar semester terakhir yang memerlukan lulus hanya satu kursus untuk tujuan mendapatkan Diploma/ Ijazah.
ii. Peperiksaan tersebut hanya boleh diambil sekali sahaja dan permohonan hendaklah dibuat dalam masa empat belas (14) hari selepas keputusan peperiksaan diumumkan.
iii. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Peperiksaan dan setelah menerima permohonan, hendaklah mengaturkan peperiksaan tersebut dalam tempoh empat (4) minggu selepas tempoh permohonan peperiksaan tersebut berakhir.
Perpindahan Kredit tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan, mana-mana pelajar boleh memohon perpindahan kredit ke atas mana-mana kursus yang telah diambil di mana-mana institusi lain untuk diambil kira dalam memenuhi keperluan graduatnya. Jumlah maksimum yang dibenarkan ialah tidak lebih daripada atu pertiga daripada keseluruhan jam kredit yang diperlukan bagi peringkat pengajiannya. Perpindahan kredit yang dibenarkan hendaklah atas sebab-sebab ianya telah lulus matapelajaran yang sama atau diiktiraf oleh Kolej.
Pihak Kolej akan mempertimbangkan bagi menetapkan jangka masa kursus pengajian bagi pelajar yang mendapat perpindahan kredit.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh didapati daripada:
Telefon : 609 – 7129 386 / 7129 387
Faks : 609 – 7129 444