Previous slide
Next slide

Pada 16 Ramadan 1446H bersamaan 17 Mac 2025, pihak pengurusan KIAS telah menganjurkan satu taklimat berkaitan percukaian kepada kakitangan KIAS bertempat di DK8, KIAS. Taklimat disampaikan oleh Puan Norazida Irani bt Ghazali, Pegawai Perhubungan Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Negeri Kelantan.

Taklimat ini diadakan sebagai persediaan kepada kakitangan untuk mengisi e-filing yang telah dibuka bermula pada 1 Mac 2025, juga memberi pendedahan dan maklumat berguna kepada kakitangan yang belum mendaftar sebagai pengguna dalam sistem e-filing.

Sesi taklimat ini juga dihadiri oleh YABrs. Prof. Dr. Mazlan bin Ibrahim, Rektor KIAS, YBrs. Dr. Nurul Akma bt Mohamed, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik & Penyelidikan), YBrs. Dr. Tuan Mohd Sapuan bin Tuan Ismail (Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Tuan Haji Mohd Zahari bin Sulaiman, Pendaftar KIAS, Encik Arinoor bin Ariffin, Timbalan Bendahari, Dekan-Dekan dan Ketua-Ketua Pusat dan Ketua Unit.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Fill out this field
Fill out this field
Sila masukkan alamat emel yang sah.
You need to agree with the terms to proceed