Visi & Misi

VISI

Menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi Rabbani.

MISI

Bertekad melahirkan graduan yang progresif, berilmu, bertaqwa dan berakhlak mulia yang dapat memberi khidmat kepada ummah dengan penuh dedikasi dan berkesan.

FALSAFAH

Percaya bahawa semua manusia mempunyai bakat, minat dan kecenderungan dan jika diasuh, dididik dan dilatih dengan sempurna melalui pemindahan ilmu pengetahuan dari mana-mana kebudayaan atau tamadun di dunia secara terbuka serta melalui pemindahan dan penerapan nilai-nilai Islam, mereka boleh berperanan dalam membangun diri, masyarakat dan negara.

OBJEKTIF

1. Melahirkan graduan yang berilmu, bertaqwa dan berakhlak mulia melalui sistem pendidikan yang berpaksikan Tauhid.
2. Melahirkan graduan yang seimbang dan sepadu dari segi rohani serta bersedia berkhidmat kepada masyarakat dan negara dengan penuh dedikasi.
3. Melibatkan diri dalam pengembangan dan penyebaran ilmu pengetahuan yang selaras dengan Islam.
4. Menyediakan peluang pendidikan tinggi terutamanya kepada lepasan pendidikan Islam.